Showing posts with label BUMI KMNS. Show all posts
Showing posts with label BUMI KMNS. Show all posts

Tuesday, December 18, 2018

Sukarelawan : KERJA SUKARELAWAN ZOO NEGARA


LMCR 1102
KESUKARELAWANAN KHIDMAT BAKTI

REFLEKSI KERJA SUKARELAWAN
ZOO NEGARA



Pada 18 Oktober 2017 yang lalu, kelas A2P1 bersama kelas S3CP4 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti kesukarelawan di Zoo Negara Malaysia. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam program kesukarelawan. Selain itu, tujuan kami mengikuti program sukarelawan ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar senam aerobik di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar. Program yang kami ikuti ini melibatkan seramai 31 orang pelajar  serta Puan Marzuna bt Marzuki dan Puan Amrizah bt Rosdi sebagai guru pengiring. Program sukarelawan ini sudah lama dijalankan oleh pihak Zoo Negara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kandang haiwan dan persekitaran zoo, memberikan makanan kepada haiwan serta membantu dalam persembahan haiwan.


Kami bertolak dari KMNS pada pukul 6.45 pagi dan tiba di Zoo Negara kira-kira pada pukul 8.30 pagi. Ketua program memberikan sedikit peringatan dan taklimat di atas bas serta memberikan setiap peserta sepasang sarung tangan dan penutup muka sebagai langkah keselamatan di samping menjaga kebersihan dan kesihatan. Setibanya di sana, kami berkumpul dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Sebelum bergerak ke tempat kerja masing- masing, kami sekali lagi diberi taklimat dan peringatan oleh wakil daripada pihak Zoo Negara tentang langkah keselamatan dan perkara-perkara yang harus dielakkan sepanjang mengadakan aktiviti ini.

Setelah itu, kami dibahagikan tugas secara rawak dan terus bergerak ke tempat kerja masing-masing bersama wakil daripada zoo. Antara kawasan yang diberikan kepada kami adalah kawasan karnivor, kawasan reptilia dan sebagainya. Terdapat juga satu kumpulan yang ditugaskan untuk hanya memberi makanan kepada haiwan-haiwan di seluruh zoo. Secara asasnya, kami perlu membersihkan sisa buangan haiwan di kandang-kandang mereka dan seterusnya memberi makanan. Seterusnya, arahan yang diberikan oleh wakil daripada zoo dan kerja yang diberikan untuk setiap kumpulan adalah berbeza. Sebagai contoh, ada yang perlu membersihkan kawasan di sekitar zoo, ada yang diberi peluang untuk memberi makanan kepada haiwan lain, malah ada yang ditugaskan untuk membantu ahli zoo membina sangkar baharu seperti untuk kura-kura yang ingin dipindahkan daripada tempat asalnya.

Setelah tamat sesi pagi, kami berehat selama 1 jam dan sambung semula kira-kira pada pukul 2 petang. Namun aktiviti tergendala seketika akibat hujan yang turun. Tidak lama kemudian, kami meneruskan kerja masing-masing dan aktiviti kami akhirnya tamat kira-kira pada pukul 4.30 petang. Setelah itu, kami berkumpul semula dan diberi sedikit ucapan penghargaan daripada wakil zoo. Mereka sememangnya menghargai sesiapa yang sudi untuk meluangkan masa dan menyertai program ini terutamanya daripada golongan pelajar. Walaupun kerja yang mampu kami lakukan adalah terhad, namun mereka masih menghargainya kerana kehadiran kami sedikit sebanyak meringankan beban yang terletak di bahu mereka.

Sebelum bertolak pulang, kami solat asar terlebih dahulu dan diberi peluang untuk membeli sedikit cenderahati daripada zoo tersebut. Kami bertolak pulang kira-kira pukul 5.30 petang dan tiba di KMNS pada pukul 7.55 petang. Sememangnya aktiviti ini telah memberi suatu dimensi baru dalam pengalaman hidup saya. Peluang untuk melihat serta menyentuh haiwan dalam jarak dekat adalah suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Selain pengalaman bersama haiwan, peluang untuk berkerja serta berkongsi pengalaman dan cerita bersama pekerja-pekerja di Zoo Negara juga merupakan memori yang tidak harus dilupakan. Setelah beberapa bulan saya menelaah ilmu, mempunyai peluang untuk keluar dan berbakti kepada masyarakat sememangnya suatu yang amat saya perlukan. Saya  berharap agar program-program kesukarelawan seperti ini dapat dijalankan secara lebih kerap lagi pada masa hadapan agar mata saya lebih terbuka dan seterusnya mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat.



Tuesday, September 25, 2018

And The Story Goes: NEGERI SEMBILAN MATRICULATION COLLEGE


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Untuk entry kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya masa dekat matrikulasi dulu.

Image result for Matrikulasi negeri sembilan 

Seperti yang korang baca dekat title dan gambar dekat atas ni mesti la korang dah tahu saya di matrikulasi mana dulu kan? Okay first, kita cerita tengtang hari pertama saya dekat KMNS. Sebelum tu nak bagitahu yang saya ambil accounting di sana. So yang sains tu boleh la kot bukak entry saya yang lain. Tapi kalau anda nak teruskan membaca pon boleh saja. Okay, 6 Jun 2017 merupakan hari pendaftaran bagi pelajar dari zon selatan. Ha saya la tu zon selatan. Pagi tu saya datang awal bersama mama dan kakak saya. Pagar tak buka lagi masa tu, so kene la tunggu dekat luar sekejap.


Masuk je terus menuju ke kolej kediaman masing-masing, masa tu saya tinggal di Kolej B4 (dekat dengan café B dan dekat juga dengan surau)tempat yang strategic la bak kata orang.
Selesai je pendaftaran terus check in bilik, cewahh macam hotel lak! Masuk je jumpa roommate, awkward la juga. Eh tipu je, tak awkward pon sebab dah kenal (YTJT).-bijak 1 bilik sepatutnya 4 orang, tapi kami bertiga sahaja (ade je yang berdua)

 

Part paling menyeksakan adalah untuk angkat semua barang yang saya bawa ke bilik, nasib tingkat dua je. Tapi malangnya kereta kami mesti park di Kolej B2 (bawah bukit ok!) sebab B4 guna untuk khemah ibu bapa menunggu. Jadi dengan pasrah dan redho angkat la segala barang seorang diri sebab anak bongsu, yang ikut cuma mama dan kakak je. Xdela nak minta tolong angkatkan.(tapi mase abang2 dan akak2 yang masuk Uni kita sebagai adik juga yang bantu angkat)-sedih. Tapi saya dah biasa, masa masuk UKM pon begitu juga.

Lupa nak bagitahu tentang bilik. Macam saya bagitahu 1 bilik 4 orang, ade almari, meja belajar, katil dan bantal serta ruang ampaian di bahagian tepi.

Okay habis je angkat barang terus ke perpustakaan za’ba untuk ambil gambar kad matrik. Sorry xde contoh gambar kad matrik sebab dah patah so buang je. Kenangan? Sentiasa di dalam ingatanku, cewahhhhh.

Selesai sudah sesi pendaftaran kami dibenarkan rehat sehingga jam 4 petang manakala ibu bapa akan diberikan taklimat di dewan serbaguna. Tapi saya suruh family saya balik je sebab mereka dah penat.hihi .Oleh itu bermula la hari pertama saya di KMNS (luoa nak bagitahu yang bulan tu bulan puasa). So bila dah penat angkat barang saya dan roommate pon buat apa yang patut dan lelap sekejap sementara tunggu jam 4 untuk berkumpul di surau.

Dan tiba masa yang paling semua orang tidak nantikan kecuali senior yang acah2 paskal acah2 polis evo acah2 perdana menteri. Iaituuu, minggu orientasi!

Tengah sedap berehat dengar satu announcement dari abang senior *pengemuman kepada semua pelajar sila turun ke surau selepas solat asar dengan memakai baju yang anda pakai harini! (baju yang dah basah sebab berpeluh berpeluh dan kotor angkat barang tadi die suruh pakai, heloo, memang tak la, so saya dengan beraninya pakai baju lain, ade 2000 pelajar kot,tak kan la die hafal baju sorang2)-Bijak

Peringatan! Pastikan mandi dahulu sebab mereka tak kan benarkan kamu balik bilik selepas itu (walaupun nak ambil air untuk berbuka)paskal la katakan. (mata naik keatas, kedua2 tangan dibahu, jelirkan lidah).

Selesai ceramah dan perkenalan senior kami disuruh untuk membeli juadah puasa. Lelaki diminta membeli di café C (jauh atas bukit kesian perempuan nak naik jauh2, jadi kami lelaki la yang beli di café C). dan yang perempuan beli di café B. Selesai berbuka, solat maghrib dan solat terawih kami diminta beratur dan duduk mengikut kursus, modul dan kelas masing-masing. Saya punya kursus perakaunan kelas A2P1.

Dan jumpa la classmate yang sangat baik, pendiam dan malu2 kucing (tak sampai seminggu kenal dah sekepala). Dan selesailah minggu orientasi dan bermulalah minggu asimilasi yang merupakan minggu suai kenal mentor, classmate dan KMNS.

Ha nak tahu apa yang berlaku pada minggu asimilasi?? Nak tahu apa jadi setahun saya di KMNS?? Kene tunggu lah entry KMNS yang akan datang..


Bye semua. Assalammualaikum


IF YOU CANNOT DO GREAT THINGS DO SMALL THINGS IN THE GREAT WAY

Buletin : PENUNTUT UKM

  PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...