Showing posts with label DUNIA UKM. Show all posts
Showing posts with label DUNIA UKM. Show all posts

Friday, November 23, 2018

ECON HUNT MAKROEKONOMI 2018


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya menyertai econ hunt makroekonomi 2018 yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.


Peserta yang menyertai Econ Hunt ini disertai oleh pelajar yang mangambil subjek Makroekonomi bagi sesi 2018/2019. Aktiviti ini dikendalikan secara sepenuhnya oleh pelajar tahun satu dibantu oleh pensyarah-pensyarah bagi setiap set.

Siswa dan siswi dari setiap set akan dipecahkan kepada 30 kumpulan dan setiap kumpulan harus mempunyai 10 orang pelajar dari setiap set termasuk pelajar antarabangsa. Tujuan Econ Hunt ini adalah untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang subjek Makroekonomi dan mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dari setiap set. Aktiviti ini dilakukan di kawasan UKM untuk mendapatkan soalan (clue) di setiap check point.



Terdapat sebanyak 20 checkpoint di sekitar kawasan UKM harus dijelajahi oleh peserta Econ Hunt. Peraturan game atau aktiviti ini amat mudah kerana pelajar perlu mengambil gambar soalan (clue) dengan menggunkan aplikasi HP Reveal dan mengambil swafoto tempat (checkpoint). Pada akhir game, pelajar bersama ahli kumpulan perlu mengambil gambar bagi menandakan bahawa mereka selesai menyelesaikan tugasan yang diberikan dan menjawab soalan yang diperolehi daripada setiap checkpoint melalui Google Doc. Maka secara keseluruhannya, setiap kumpulan harus mengumpulkan sebanyak 41 buah gambar dan menghantar kepada AJK Econ Hunt.



Pelajar dapat mengumpul pengalaman, meningkatkan ilmu pengetahuan dan menambahkan kenalan baru melalui aktiviti yang dijalankan ini. Sebagai contoh, melalui aktiviti berkumpulan bersama pelajar-pelajar dari set lain, kami dapat berkenalan dengan pelajar international student dan ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana setiap pensyarah, AJK dan peserta telah bekerjasama untuk menjayakan program ini.

Sunday, November 18, 2018

MINGGU KEUSAHAWANAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan antara aktiviti yang diadakan di Kolej Aminuddin Baki.

Hari ni saya nak ceritakan aktiviti yang dilakukan di Kolej Aminuddin Baki baru-baru ini. Setiap tahun kolej ini akan mengadakan Mingguan Keusahawanan KAB. Makna kata setiap biro yang terdapat di kolej tersebut wajib untuk membuat jualan seperti jualan minuman, makanan berat atau ringan, perkhidmatam dan sebagainya. Minggu Keusahawanan ini diadakan pada 12 November sehingga 15 November 2018 bermula pada jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.




Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang Minggu Keusahawanan ini diadakan antaranya pameran keusahawanan, gerai jualan, money drop, fun fair game, catur bestari dan persembahan dikir barat pada malam majlis penutupan. Pada majlis penutupan, menyampaian hadiah kepada pemenang yang memenangi game turut dilakukan dan banyak hadiah yang menarik serta lumayan telah dimenangi.


Baiklah itu sahaja untuk entry kali ini,,byeee



Saturday, October 27, 2018

Another World : DEBAT NAIB CANSELOR UKM 2018

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan salah satu pengalaman saya di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pelajar tahun 1. 

Setiap tahun UKM akan menganjurkan pertandingan debat dan pidato. Oleh itu, setiap kolej kediaman wajib menghantar wakil untuk menyertai pertandingan tersebut. Antara pertandingan yang popular dalam kalangan pelajar adalah Pertandingan Debat Naib Canselor (DNC) dan Pertandingan Pidato Piala Timbalan Naib Canselor HEPA UKM.  Pertandingan ini dikendalikan oleh pihak Urus Setia Pengucapan Umum (UPU). Pertandingan ini diadakan di Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan dan Pusanika manakala final diadakan di Persada Canselori pada tahun ini sahaja. Tahun-tahun sebelumnya dan tahun kehadapan akan diadakan di DECTAR semula.


Pertandingan Debat Naib Canselor ini hanya terbuka kepada pelajar tahun satu sahaja. Bagi mewakili pertandingan ini pemilihan di peringkat kolej kediaman akan diadakan dan pelajar yang layak untuk mewakili kolej akan dilatih oleh felo dan jurulatih yang telah dilantik.

Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan anjuran Biro Akademik Majlis Pewakilan Pelajar. And, saya merupakan timbalan pengerusi bagi Biro Akademik Kolej Aminuddin Baki 2018/2019 (saja mention).

Dunia debat merupakan dunia yang saya kenal rapat dengannya, tetapi tidak pernah terfikir untuk tinggal di dalamnya walaupun sesaat. Dan tiba saat saya diarahkan untuk bersama-sama turun untuk ujibakat debat kerana saya merupakan timbalan pengerusi. Owh, lupa nak bagitahu yang semua biro (13 Biro)perlu menghantar wakil mereka untuk di ujibakat oleh alumni debat KAB yang merupakan jurulatih debat kolej.

Kelak diumumkan nama calon yang telah disenarai pendek untuk menjadi wakil KAB yang merupakan kolej yang digeruni kolej-kolej yang lain ( kalau tak percaya boleh masuk UKM dan anda bakal mengetahui sejauh mana kebenarannya). KAB menghantar 3 kumpulan (1 kumpulan 4 orang menteri), 2 kumpulan bertanding 1 kumpulan yang digelar ‘Research Team’ (orang terpenting dalam dunia debat).

 

Haaa inilah calon-calon kekasih hati anda. Saya tahu mesti anda semua tak nak tahu yang mana satu saya kan, tapi saya tetap nak bagitahu. Haaa, saya yang paling tinggi dalam TEAM A. Alhamdulillah Team A melepasi semua pusingan awal dan berjaya membawa nama KAB ke pentas final.

And mesti anda semua tertanya-tanya siapa juara DNC 2018/2019 kan? JENG JENG JENG..Haa, pijamkan saya mata dan telinga anda untuk melihat video dibawah ini bagi mengetahui jawapannya. Lupa nak beritahu usul yang kami debatkan dipentas final ialah 100 Universiti Terbaik : Universiti Awam Perlu Diberikan Status Autonomi dan kami merupakan perwakilan pembangkang melawan KTSN (kolej di cheras) sebagai kerajaan.


 


Haa, dah tahu jawapannya?? Ya anda betul, TEAM A KAB la JUARAnyaa!!

21 October 2018 merupakan tarikh di mana sejarah berulang kembali bagi Kolej Aminuddin Baki UKM. Selepas 5 tahun penantian, kini KAB dinobatkan sebagai JUARA Debat Naib Canselor 2018. Alhamdulillah besyukur sangat, penat lelah sepanjang persediaan dan sepanjang pertandingan berbaloi jua. KAB juga dinobatkan juara liga menang berturut turut tanpa kalah sepanjang 7 pusingan awal dan menjadi johan di pentas final. Best speaker juga merupakan wakil daripada Team A KAB. Tahniah Team KAB. Semoga tahun depan KAB menjadi juara.

Usul 100 Universiti Terbaik : Universiti Awam Perlu Diberikan Status Autonomi secara rasminya DITOLAK!

Semuanya nampak indah bukan, tapi anda mesti ingat ‘we must first pass through the storm before we are to see the rainbow’

Bermula dalam keadaan tidak mempunyai keyakinan untuk berucap di hadapan khalayak ramai kini saya tidak mempunyai masalah untuk berucap (ayat seperti iklan produk bukan?).hihi. Latihan yang berterusan dari pagi sehingga lewat pagi keesokannya, berdebat dalam keadaan yang tidak sihat dan berkat kesabaran felo dan jurulatih yang mengajar kami amat saya hargai. Sebanyak 11 buah kolej kediaman menghantar wakil dan setiap kolej menghantar 2 atau lebih pasukan. Dan kami berada ditempat pertama yang terus menjadikan KAB sebagai kolej terbaik di UKM

  

Kolej B KOlej Bestari, Kolej Aminuddin Baki, Rela Ku Berbakti, Meski Terkorban Diri.

Samapai disi sahaja entri kali ini, SO stay tune untuk tahu apa yang saya lakukan di UKM lagi. Byeee..Assalammualaikum


AFTER RAIN THERE'S A RAINBOW AFTER A STORM THERE'S CALM AFTER NIGHT THERE'S A MORNING AND AFTER AN END THERE'S A NEW BEGINNING 

Tuesday, September 25, 2018

MINGGU MESRA MAHASISWA







Malam Mingguan Mesra Mahasiswa merupakan malam penutup mingguan mesra mahasiswa dan m erupakan malam di mana secara rasminya pra-mahasiswa dan pra-mahasiswi menjadi warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada malam yang penuh bersejarah itu semua mahasiswa mengangkat sumpah dan ikrar pelajar sebagai lambang kesetiaan untuk menjadi mahasiswa UKM. Di bawah pimpinan Naib Canselor dan timbalan-timbalannya, beliau mengalu-alukan kedatangan pelajar Tahun Satu dan memaklumkan betapa istimewanya kami yang dipilih untuk menjadi warga UKM dan peluang yang diberikan ini haruslah dihargai dan ditunjukkan dengan bakti dan sumbangan pelajar kepada UKM.


Sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa ini berlansung, kami pelajar Tahun Satu didedahkan dengan banyak perkara berkaitan dengan UKM. Kami didedahkan dengan domain-domain yang terdiri daripada domain kebudayaan, sukan, kesukarelawan, keusahawanan, inovasi, kepimpinan dan kelestarian.






Oleh itu, Minggu Mesra Mahasiswa merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana melalui aktiviti ini terutama aktiviti mengikut domain saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru terutama daripada kolej kediaman dan fakulti yang berbeza. Aktiviti mengikut setiap domain juga amat menyeronokkan dan dapat mengenali tenaga pengajar yang menyumbangkan tenaga, ilmu dan masa mereka dengan pelajar Tahun Satu.


 

Sunday, September 23, 2018

UKM AS I KNOW



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Tidak sangka hari ini sudah masuk 21 hari aku berada di UKM. Alhamdulillah.

Kepada yang terjumpa entri ini, entri ini aku tulis khas untuk tugasan kursus aplikasi komputer. Untuk pengetahuan semua ini adalah kali pertama aku menulis blog, 'newbie'  kata nama lainnya. Jadi maaf jika ada kekurangan di dalam entri ini.

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah dan syabas kepada 'freshmen' pengambilan 2018/2019 kerana berjaya menempatkan diri ke UKM.

Walaupun baru 21 hari aku berada di ukm, tetapi banyak yang aku ingin kongsikan bersama sahabat-sahabat
yang diraikan inshaaAllah. Tetapi sebelum itu, aku nak cakap, aku belajar di UKM Bangi. Untuk pengetahuan, UKM ada dua lagi kampus iaitu satu di KL dan satu lagi di Cheras. Jadi, kepada student medic, farmasi, dan pergigian, mungkin anda boleh teruskan pembacaan entri ini sekiranya anda tidak kisah hihi.

OK, kembali ke topik utama,

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang UKM

1) Kolej-kolej kediaman 

Mengikut pengalaman aku dan pengalaman senior-senior dekat sini, kalian dah tahu kalian ditempatkan di mana berdasarkan surat tawaran yang kalian terima. Ada sepuluh buah kolej kediaman  yang terdapat di UKM Bangi ini. Untuk first year, kalian wajib stay di kolej walaupun rumah kalian 5 minit sahaja dari UKM, tetapi bila dah masuk second year and so on, kalian harus berdoa banyak-banyak agar dapat tinggal di kolej. Jika anda gagal untuk stay di kolej bagi tahun seterusnya, kalian boleh buat permohonan rayuan kepada pengetua kolej anda. Dan untuk langkah berjaga-jaga mohon juga di kolej-kolej kediaman yang lain.

Sekiranya tidak ada rezeki anda kena cari housemate baru untuk tinggal di rumah sewa :(

Satu bilik 2 orang, dan alhamdulillah sebab tahun pertama ini roomate aku lepasan KMNS macam aku juga. Bagi sesiapa yang tidak tahu KMNS itu apa, haa meh sini aku bagi tahu, KMNS itu stand for Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Aku tinggal di Kolej Aminuddin Baki (KAB), kolej kedua yang ditubuhkan di UKM, nama lainnya ialah Kolej B Kolej Bestari. Dekat KAB ini ade dua blok siswa dan tiga blok untuk siswi rasanya. Kemudahan seperti kafe kolej, mesin basuh berbayar, surau, foyer, koperasi (BMART), bilik mesyuarat, wifi juga disediakan tetapi ada kouta (10GB) setiap seorang.


Dan untuk pengetahuan kalian, KAB ini kolej untuk pelajar sukan dan kebudayaan, jika anda aktif dengan aktiviti kolej inshaaAllah anda akan stay di kolej sepanjang pengajian.


Maaf tidak dapat ceritakan tentang kolej lain sebab tidak pernah masuk lagi kolej-kolej tersebut. Tetapi jika kalian ditempatkan di Kolej Pendeta Za'ba dan Kolej Keris Mas, kalian dapat manfaat untuk memilih pelbagai gerai.




2) Pakaian siswa dan siswi
Kalian tidak perlu risau soal pemakaian kerana kita boleh pakai apa sahaja yang kita mahu asalkan sopan dan kemas, tetapi kalau boleh formal atau smart casual itu lebih baik.Yang lelaki, pakailah apa-apapun, nak pakai kemeja, t-shirt berkolar, t-shirt round neck, jubah, baju melayu sekali dengan kerisnya sekalipun pakailah. seluar semua boleh (jeans ikut pensyarah,kalau pensyarah bagi pakailah), kasut bertutup lagi bagus. Tetapi selalunya freshmen akan pakai formal atau smart casual (cara pemakaian melambangkan bahawa awak junior). Tetapi mula sahaja second year and so on, kamu akan mula pakai pakaian yang aku senaraikan di atas tadi, slippers pon kalian akan pakai nanti. Yang wanita, silakan pakai mengikut cita rasa anda, nak pakai shawl ke, niqabiss ke, semua boleh, tetapi ingat, sila jaga etika pemakaian yang mematuhi syariah dan menutup aurat inshaaAllah. 

Macam aku, aku biasa pakai kasut bertutup, sandal sahaja pergi kuliah. Baju pula T-shirt berkolar. Oh, kecuali kalau anda ambil kursus Undang-undang di FUU pakaian anda ialah formal setiap kuliah iaitu kemeja putih, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam.

Tetapi, adalah juga certain case yang menyebabkan kalian untuk memakai pakaian formal. Sebagai contoh, semasa presentation, better pakai baju formal dan neck tie sekali.

Tips untuk siswa sahaja,
Just beli 3 helai kemeja sahaja hitam (majlis malam), putih (minggu mesra mahasiswa), biru (interview). Dan selebihnya beli T-shirt berkolar untuk ke kuliah.



3) Pengangkutan untuk bergerak 
Untuk freshmen, kalian hanya dibenarkan membawa motorsikal sahaja, kereta tidak dibenarkan:( . Aku ada motor tetapi tidak boleh bawa ke UKM sebab tiada lesen motor, just ade lesen kereta :( . Jadi pengangkutan utama aku di UKM ialah bas Kiffah UKM. Ada 4 jenis zon. Sila ambil perhatian sebab kalau anda tersalah naik bas, alamatnya menangislah anda kerana tas sampai-sampai ke dewan kuliah atau destinasi yang ingin dituju.





Yup. Mesti kalian bingung kan. Tak apa, kalian masuk UKM dulu dan rasa dulu pengalaman naik bas dan pengalaman tersalah bas hihi. 

Oh ya, tak adanya nak bayar tambang bila naik bas ni, sebab memang kalian dah bayar dalam yuran.

Sekiranya anda ada motosikal dan kereta, silakan bawa. Tapi setiap kenderaan perlu mendapat sticker pelekat khas. Sekiranya tiada, saya tak nak tanggung apa-apa hihi.


Okay itu sahaja yang mampu aku nukilkan. Sebenarnya banyak lagi nak cerita, tentang Perpustakaan Tun Sri Lanang yang merupakan perpustakaan terbesar di Asia, hutan simpan (satu-satunya uni yang ada hutan simpan), Minggu Mesra Mahasiswa yang sampai masuk berita tu (memang orietasi yang paling best la). InshaaAllah kalau ade kesempatan masa dan permintaan akan aku huraikan lagi tentang UKM ini. Sebab mesti ramai yang akan mula mencari entri seperti ini bila tiba masa intake baru masuk. Boleh la PM atau komen nak tulis fasal apa inshaaAllah

Assalammualaikum. :)




WHAT MAKES YOU DIFFERENT MAKES YOU DANGEROUS

Buletin : PENUNTUT UKM

  PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...