بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca
sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Tidak sangka
hari ini sudah masuk 21 hari aku berada di UKM. Alhamdulillah.
Kepada yang terjumpa entri ini, entri ini aku tulis
khas untuk tugasan kursus aplikasi komputer. Untuk pengetahuan semua ini adalah
kali pertama aku menulis blog, 'newbie' kata nama lainnya. Jadi maaf jika
ada kekurangan di dalam entri ini.
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah dan
syabas kepada 'freshmen' pengambilan 2018/2019 kerana berjaya menempatkan diri
ke UKM.
Walaupun baru 21 hari aku berada di ukm, tetapi
banyak yang aku ingin kongsikan bersama sahabat-sahabat
yang diraikan inshaaAllah. Tetapi sebelum itu, aku
nak cakap, aku belajar di UKM Bangi. Untuk pengetahuan, UKM ada dua lagi kampus
iaitu satu di KL dan satu lagi di Cheras. Jadi, kepada student medic, farmasi,
dan pergigian, mungkin anda boleh teruskan pembacaan entri ini sekiranya anda
tidak kisah hihi.
OK, kembali ke topik utama,
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang UKM
1) Kolej-kolej kediaman
Mengikut pengalaman aku dan pengalaman senior-senior
dekat sini, kalian dah tahu kalian ditempatkan di mana berdasarkan surat
tawaran yang kalian terima. Ada sepuluh buah kolej kediaman yang terdapat
di UKM Bangi ini. Untuk first year, kalian wajib stay di kolej walaupun rumah
kalian 5 minit sahaja dari UKM, tetapi bila dah masuk second year and so on,
kalian harus berdoa banyak-banyak agar dapat tinggal di kolej. Jika anda gagal
untuk stay di kolej bagi tahun seterusnya, kalian boleh buat permohonan rayuan
kepada pengetua kolej anda. Dan untuk langkah berjaga-jaga mohon juga di
kolej-kolej kediaman yang lain.
Sekiranya tidak ada rezeki anda kena cari housemate
baru untuk tinggal di rumah sewa :(
Satu bilik 2 orang, dan alhamdulillah sebab tahun
pertama ini roomate aku lepasan KMNS macam aku juga. Bagi sesiapa yang tidak
tahu KMNS itu apa, haa meh sini aku bagi tahu, KMNS itu stand for Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan. Aku tinggal di Kolej Aminuddin Baki (KAB), kolej
kedua yang ditubuhkan di UKM, nama lainnya ialah Kolej B Kolej Bestari. Dekat
KAB ini ade dua blok siswa dan tiga blok untuk siswi rasanya. Kemudahan seperti
kafe kolej, mesin basuh berbayar, surau, foyer, koperasi (BMART), bilik mesyuarat,
wifi juga disediakan tetapi ada kouta (10GB) setiap seorang.
Dan untuk pengetahuan kalian, KAB ini kolej untuk
pelajar sukan dan kebudayaan, jika anda aktif dengan aktiviti kolej inshaaAllah
anda akan stay di kolej sepanjang pengajian.
Maaf tidak dapat ceritakan tentang kolej lain sebab
tidak pernah masuk lagi kolej-kolej tersebut. Tetapi jika kalian ditempatkan di
Kolej Pendeta Za'ba dan Kolej Keris Mas, kalian dapat manfaat untuk memilih pelbagai
gerai.
2) Pakaian
siswa dan siswi
Kalian tidak perlu risau soal pemakaian kerana kita
boleh pakai apa sahaja yang kita mahu asalkan sopan dan kemas, tetapi kalau
boleh formal atau smart casual itu lebih baik.Yang lelaki, pakailah apa-apapun,
nak pakai kemeja, t-shirt berkolar, t-shirt round neck, jubah, baju melayu
sekali dengan kerisnya sekalipun pakailah. seluar semua boleh (jeans ikut
pensyarah,kalau pensyarah bagi pakailah), kasut bertutup lagi bagus. Tetapi
selalunya freshmen akan pakai formal atau smart casual (cara pemakaian melambangkan
bahawa awak junior). Tetapi mula sahaja second year and so on, kamu akan mula
pakai pakaian yang aku senaraikan di atas tadi, slippers pon kalian akan pakai
nanti. Yang wanita, silakan pakai mengikut cita rasa anda, nak pakai shawl ke,
niqabiss ke, semua boleh, tetapi ingat, sila jaga etika pemakaian yang
mematuhi syariah dan menutup aurat inshaaAllah.
Macam aku, aku biasa pakai kasut bertutup, sandal
sahaja pergi kuliah. Baju pula T-shirt berkolar. Oh, kecuali kalau anda ambil
kursus Undang-undang di FUU pakaian anda ialah formal setiap kuliah iaitu
kemeja putih, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam.
Tetapi, adalah juga certain case yang menyebabkan
kalian untuk memakai pakaian formal. Sebagai contoh, semasa presentation,
better pakai baju formal dan neck tie sekali.
Tips untuk siswa sahaja,
Just beli 3 helai kemeja sahaja hitam (majlis
malam), putih (minggu mesra mahasiswa), biru (interview). Dan selebihnya beli
T-shirt berkolar untuk ke kuliah.
3) Pengangkutan
untuk bergerak
Untuk freshmen, kalian hanya dibenarkan membawa
motorsikal sahaja, kereta tidak dibenarkan:( . Aku ada motor tetapi tidak boleh
bawa ke UKM sebab tiada lesen motor, just ade lesen kereta :( . Jadi
pengangkutan utama aku di UKM ialah bas Kiffah UKM. Ada 4 jenis zon. Sila ambil
perhatian sebab kalau anda tersalah naik bas, alamatnya menangislah anda kerana
tas sampai-sampai ke dewan kuliah atau destinasi yang ingin dituju.
Yup. Mesti kalian bingung kan. Tak apa, kalian masuk
UKM dulu dan rasa dulu pengalaman naik bas dan pengalaman tersalah bas
hihi.
Oh ya,
tak adanya nak bayar tambang bila naik bas ni, sebab memang kalian dah bayar
dalam yuran.
Sekiranya
anda ada motosikal dan kereta, silakan bawa. Tapi setiap kenderaan perlu
mendapat sticker pelekat khas. Sekiranya tiada, saya tak nak tanggung apa-apa
hihi.
Okay itu sahaja yang mampu aku nukilkan. Sebenarnya banyak
lagi nak cerita, tentang Perpustakaan Tun Sri Lanang yang merupakan
perpustakaan terbesar di Asia, hutan simpan (satu-satunya uni yang ada hutan
simpan), Minggu Mesra Mahasiswa yang sampai masuk berita tu (memang orietasi
yang paling best la). InshaaAllah kalau ade kesempatan masa dan permintaan akan
aku huraikan lagi tentang UKM ini. Sebab mesti ramai yang akan mula mencari
entri seperti ini bila tiba masa intake baru masuk. Boleh la PM atau komen nak
tulis fasal apa inshaaAllah
Assalammualaikum. :)
WHAT MAKES YOU
DIFFERENT MAKES YOU DANGEROUS