Sunday, September 23, 2018

UKM AS I KNOW



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Tidak sangka hari ini sudah masuk 21 hari aku berada di UKM. Alhamdulillah.

Kepada yang terjumpa entri ini, entri ini aku tulis khas untuk tugasan kursus aplikasi komputer. Untuk pengetahuan semua ini adalah kali pertama aku menulis blog, 'newbie'  kata nama lainnya. Jadi maaf jika ada kekurangan di dalam entri ini.

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah dan syabas kepada 'freshmen' pengambilan 2018/2019 kerana berjaya menempatkan diri ke UKM.

Walaupun baru 21 hari aku berada di ukm, tetapi banyak yang aku ingin kongsikan bersama sahabat-sahabat
yang diraikan inshaaAllah. Tetapi sebelum itu, aku nak cakap, aku belajar di UKM Bangi. Untuk pengetahuan, UKM ada dua lagi kampus iaitu satu di KL dan satu lagi di Cheras. Jadi, kepada student medic, farmasi, dan pergigian, mungkin anda boleh teruskan pembacaan entri ini sekiranya anda tidak kisah hihi.

OK, kembali ke topik utama,

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang UKM

1) Kolej-kolej kediaman 

Mengikut pengalaman aku dan pengalaman senior-senior dekat sini, kalian dah tahu kalian ditempatkan di mana berdasarkan surat tawaran yang kalian terima. Ada sepuluh buah kolej kediaman  yang terdapat di UKM Bangi ini. Untuk first year, kalian wajib stay di kolej walaupun rumah kalian 5 minit sahaja dari UKM, tetapi bila dah masuk second year and so on, kalian harus berdoa banyak-banyak agar dapat tinggal di kolej. Jika anda gagal untuk stay di kolej bagi tahun seterusnya, kalian boleh buat permohonan rayuan kepada pengetua kolej anda. Dan untuk langkah berjaga-jaga mohon juga di kolej-kolej kediaman yang lain.

Sekiranya tidak ada rezeki anda kena cari housemate baru untuk tinggal di rumah sewa :(

Satu bilik 2 orang, dan alhamdulillah sebab tahun pertama ini roomate aku lepasan KMNS macam aku juga. Bagi sesiapa yang tidak tahu KMNS itu apa, haa meh sini aku bagi tahu, KMNS itu stand for Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Aku tinggal di Kolej Aminuddin Baki (KAB), kolej kedua yang ditubuhkan di UKM, nama lainnya ialah Kolej B Kolej Bestari. Dekat KAB ini ade dua blok siswa dan tiga blok untuk siswi rasanya. Kemudahan seperti kafe kolej, mesin basuh berbayar, surau, foyer, koperasi (BMART), bilik mesyuarat, wifi juga disediakan tetapi ada kouta (10GB) setiap seorang.


Dan untuk pengetahuan kalian, KAB ini kolej untuk pelajar sukan dan kebudayaan, jika anda aktif dengan aktiviti kolej inshaaAllah anda akan stay di kolej sepanjang pengajian.


Maaf tidak dapat ceritakan tentang kolej lain sebab tidak pernah masuk lagi kolej-kolej tersebut. Tetapi jika kalian ditempatkan di Kolej Pendeta Za'ba dan Kolej Keris Mas, kalian dapat manfaat untuk memilih pelbagai gerai.




2) Pakaian siswa dan siswi
Kalian tidak perlu risau soal pemakaian kerana kita boleh pakai apa sahaja yang kita mahu asalkan sopan dan kemas, tetapi kalau boleh formal atau smart casual itu lebih baik.Yang lelaki, pakailah apa-apapun, nak pakai kemeja, t-shirt berkolar, t-shirt round neck, jubah, baju melayu sekali dengan kerisnya sekalipun pakailah. seluar semua boleh (jeans ikut pensyarah,kalau pensyarah bagi pakailah), kasut bertutup lagi bagus. Tetapi selalunya freshmen akan pakai formal atau smart casual (cara pemakaian melambangkan bahawa awak junior). Tetapi mula sahaja second year and so on, kamu akan mula pakai pakaian yang aku senaraikan di atas tadi, slippers pon kalian akan pakai nanti. Yang wanita, silakan pakai mengikut cita rasa anda, nak pakai shawl ke, niqabiss ke, semua boleh, tetapi ingat, sila jaga etika pemakaian yang mematuhi syariah dan menutup aurat inshaaAllah. 

Macam aku, aku biasa pakai kasut bertutup, sandal sahaja pergi kuliah. Baju pula T-shirt berkolar. Oh, kecuali kalau anda ambil kursus Undang-undang di FUU pakaian anda ialah formal setiap kuliah iaitu kemeja putih, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam.

Tetapi, adalah juga certain case yang menyebabkan kalian untuk memakai pakaian formal. Sebagai contoh, semasa presentation, better pakai baju formal dan neck tie sekali.

Tips untuk siswa sahaja,
Just beli 3 helai kemeja sahaja hitam (majlis malam), putih (minggu mesra mahasiswa), biru (interview). Dan selebihnya beli T-shirt berkolar untuk ke kuliah.



3) Pengangkutan untuk bergerak 
Untuk freshmen, kalian hanya dibenarkan membawa motorsikal sahaja, kereta tidak dibenarkan:( . Aku ada motor tetapi tidak boleh bawa ke UKM sebab tiada lesen motor, just ade lesen kereta :( . Jadi pengangkutan utama aku di UKM ialah bas Kiffah UKM. Ada 4 jenis zon. Sila ambil perhatian sebab kalau anda tersalah naik bas, alamatnya menangislah anda kerana tas sampai-sampai ke dewan kuliah atau destinasi yang ingin dituju.





Yup. Mesti kalian bingung kan. Tak apa, kalian masuk UKM dulu dan rasa dulu pengalaman naik bas dan pengalaman tersalah bas hihi. 

Oh ya, tak adanya nak bayar tambang bila naik bas ni, sebab memang kalian dah bayar dalam yuran.

Sekiranya anda ada motosikal dan kereta, silakan bawa. Tapi setiap kenderaan perlu mendapat sticker pelekat khas. Sekiranya tiada, saya tak nak tanggung apa-apa hihi.


Okay itu sahaja yang mampu aku nukilkan. Sebenarnya banyak lagi nak cerita, tentang Perpustakaan Tun Sri Lanang yang merupakan perpustakaan terbesar di Asia, hutan simpan (satu-satunya uni yang ada hutan simpan), Minggu Mesra Mahasiswa yang sampai masuk berita tu (memang orietasi yang paling best la). InshaaAllah kalau ade kesempatan masa dan permintaan akan aku huraikan lagi tentang UKM ini. Sebab mesti ramai yang akan mula mencari entri seperti ini bila tiba masa intake baru masuk. Boleh la PM atau komen nak tulis fasal apa inshaaAllah

Assalammualaikum. :)




WHAT MAKES YOU DIFFERENT MAKES YOU DANGEROUS

No comments:

Post a Comment

Buletin : PENUNTUT UKM

  PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...