Tuesday, September 25, 2018

UNIVERSITY LIFE TIPS



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk hidup dekat universiti.

1. Selamatkan Diri Daripada “Burnout”


Ramai pelajar universiti yang telah berkata “Ya, okay!” kepada terlalu banyak aktiviti, komitment atau kursus tahu benar perasaan burnout ini.

Burnout merupakan kepenatan secara emosi dan fizikal. Seperti Derek katakan, 4 tahun di institusi pendidikan tinggi tidak bermakna jika anda tidak sayangi diri anda untuk masa hadapan. Jika tidak dijaga, ia mungkin juga sampai ke tahap kemurungan.
1. Selamatkan Diri Daripada “Burnout”

Ramai pelajar universiti yang telah berkata “Ya, okay!” kepada terlalu banyak aktiviti, komitment atau kursus tahu benar perasaan burnout ini.

Burnout merupakan kepenatan secara emosi dan fizikal. Seperti Derek katakan, 4 tahun di institusi pendidikan tinggi tidak bermakna jika anda tidak sayangi diri anda untuk masa hadapan. Jika tidak dijaga, ia mungkin juga sampai ke tahap kemurungan.
JANGAN tidur lambat setiap malam
Merancang satu rutin, dan janji diri anda bahawa anda tidak akan belajar atau ulangkaji selepas 10pm (atau waktu yang sesuai)
Mulakan pagi anda dengan awal.
JANGAN belajar sahaja, cuba sertai pelbagai organisasi yang ada
Tak perlu risau, anda ada 3-4 tahun untuk cuba sebanyak yang anda inginkan.
Have fun!
Keluar dengan rakan-rakan universiti, belajar satu skill yang baru atau luangkan masa untuk aktiviti kegemaran anda (Gaming? Shopping?) – tidak ada pelajar yang boleh belajar untuk 24jam sehari.

2. Memupuk Dalam Diri Tabiat Belajar Yang Baik



Cuba sedaya upaya membaca bahan bacaan SEBELUM lecture
Dengan ini, lecture, tutorial atau kelas menjadi sesi ulangkaji, dan anda mempunyai rangka di dalam minda untuk memahami apa yang disampaikan.
Masa yang terbaik untuk melakukan ini ialah pada hujung minggu.
Rajinkan diri untuk pergi kelas, beri perhatian dan mengambil nota
Dalam kelas, professor anda akan secara sengaja atau tidak memberitahu anda apa yang paling penting, dan akan keluar semasa peperiksaan nanti.
Belajar daripada buku tidak sama seperti daripada mendengar daripada professor di kelas.
SELEPAS kelas, luangkan masa untuk ulangkaji nota anda
Cuba melakukan ini secepat mungkin selepas kelas itu, untuk tambah atau ubah apa yang anda tulis sebelum terlupa!
Sekurang-kurangnya setiap minggu, kalau bukan setiap hari.
3. Cara Belajar Dan Ulangkaji Yang Berkesan

Yakinkan professor anda bahawa anda memang layak mendapat A
Professor dan lecturer anda merupakan manusia juga. Jangan sesekali biadab, tanya soalan yang bijak di kelas atau semasa consultation dan tunjukkan usaha anda.
Jika anda selalu lambat, tidak kelihatan kemas dan sebagainya, mereka akan rasa seperti anda tidak ada semangat untuk belajar.
Jangan malu atau segan bertanya atau kunjungi mereka di ofis
Ramai pelajar universiti tunggu sehingga minggu sebelum peperiksaan finals untuk ulangkaji, dan terus sedar mereka tidak faham lebih daripada 1/3 syllabus. Terus bertanya jika anda tidak faham.
Pada masa hadapan, jika anda perlukan surat recommendation untuk kerja atau reference letter untuk biasiswa-biasiswa/Masters/PhD tertentu, professor yang paling anda kenali pasti akan sedia membantu.
Sebaliknya, susah untuk mereka membantu pelajar yang tidak pernah mereka jumpa.
Tulis nota anda di kertas, bukan di handphone atau laptop
Ini memudahkan ingatan apabila nota anda ditulis di kertas.
Selain itu, perhatian anda tidak akan mudah terganggu.
4. Pandai Mengurus Masa Sebagai Pelajar



Susun jadual untuk diri anda – jangan ‘squeeze’ segalanya
Susun jadual, termasuk masa di antara kelas – adakah anda akan mengulangkaji? Pergi ke perpustakaan? Berenang atau jogging? Menonton wayang? Bersihkan bilik? Tanpa jadual, anda tidak akan mencapai matlamat asal.
Setiap assignment atau perkerjaan mesti dipecahkan. Contohnya, jika anda harus tulis sebuah essay, jadualkan masa anda untuk membuat lakaran, research, menulis, edit dan cetak.

Okay sampai situ sahaja entry kali ini, semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Buletin : PENUNTUT UKM

  PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...