Sunday, October 28, 2018

Debat NC : DEWAN INI PERCAYA SEKOLAH TAHFIZ PERLU DISELIA OLEH KERAJAAN NEGERI




Image result for SEKOLAH TAHFIZ

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC.



ISU MASA KINI

- Kematian seorang pelajar tahfiz di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi
(SINAR HARIAN, 9JUL18)
-Tragedi kebakaran yang membunuh 20 org pelajar di Kuala Lumpur disebabkan masalah penyelenggaraan dan system keluar masuk sekolah tahfiz. Kerajaan pusat sepatutnya mengambil tindakan secara terperinci bagi menangani isu ini, Jabatan agama yang terlibat turut menyepi seolah2 melepaskan diri dari tanggungjawab.

-Penyelewengan .Seorang peguam di p.Pinang menerima kes seorang ustaz menukar tanah wakaf kepada namanya tanpa sebarang perjanjian untuk membuka sekolah tahfiz supaya menjadi miliknya. Banyak lagi penyelewengan lain
(Perlu penguatkuasaan agar system pend. Sekolah Tahfiz dapat diselia dgn baik)

-Murid2 jadi mangsa eksploitasi untuk menjual buku2 agama dan kutip derma dari org ramai untuk tujuan mencari dana bagi pusat tahfiz. Pelajar tersebut di asingkan dan diberi tuga mengutip dana di bank, restoran, jalan raya, pasar raya dan lain-lain. Konsep yang dibawa sama seperti pertubuhan Al-Arqam iaitu sebuah pertubuhan yang pernah dan telah diharamkan oleh kerajaan suatu masa dahulu kerana terdapatnya penyelewengan agama didalam konteks dakwah yang dibawa Al-Arqam.

-Ramai yang mengatakan ibu bapa yang menghantar anak anak ke pusat tahfiz sebagai ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab mereka kepada anak anak mereka. Mereka mencari duit dengan banyak, namun dihantar anak anak mereka ke pusat tahfix yang tidak mendapat Pengiktirafan kerajaan. Lalu apabila masalah timbul, ibu bapa dipersalahkan , sedangkan niat ibu bapa adalah baik untuk menghantar anak agar ke pusat agama supaya dapat menghafaz Al-Quran kalam Allah. Namun disebabkan sifat sambalewa ibu bapa yang tidak mengambil kisah tenatang status dan pengiktirafan sekolah tahfiz tersebut menyebabkan niat suci mereka dipandang sinis masyarakat. Justeru Sekiranya pusat tahfiz diselia dibawah kerajaan negeri, system pendidikan dan penyelenggaraan pusat tahfiz pasti lebih terjamin, dan niat suci ibu dan bapa tidak akan dipertikaikan

-Kurang selidik latar belakang pemberi sedekah pelajar menjadi mangsa melempias nafsu. 19 Mac , Kuantan . kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 17 tahun yang dipaksa menghisap kemaluan lelaki terbabit berlaku sejak Ogos tahun lalu, malah suspek turut meliwat enam pelajar berkenaan. Semua mangsa turut dipukul dan diugut bunuh sekiranya perkara yang dilakukan itu terbongkar kepada pengetahuan orang lain. Guru melaporkan, suspek yang merupakan aktivis yang terlibat dalam memberi makanan serta keperluan harian telah meliwat di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan di sini dan siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa,. Kekurangan dan kelemahan sistem yang dibawah sekolah tahfiz dengan membenarkan sesiapa sahaja memberi sumbang tanpa sebarang penyelidikan membuat pelajar menjadi mangsa.

-Kurang kredibiliti mendidik, seorang pelajar tahfiz dipukul dengan rotan dibahagian kepala mangsa serta diugut untuk mencucuh dan menggunting kemaluan pelajar tahfiz tersebut disebabkan oleh pelajar tahfiz tersebut tidak membasuh tandas dengan bersih selepas membuang air besar, kencing berdiriSusulan itu, polis merampas sebatang rotan berukuran 58 sentimeter dan satu gunting rumput berhulu hijau dipercayai digunakan untuk men­dera mangsa,” katanya. Mohamad Noor berkata, pasangan suami isteri berusia 42 dan 43 tahun yang juga tenaga pengajar di pusat tahfiz tersebut ditahan pukul 10 malam semalam.Suspek ditahan reman selama dua minggu di lokap Balai Polis Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Menurutnya, beliau sendiri meninjau lokasi kejadian dan mengesahkan kes terbabit ber­unsurkan penderaan terhadap mangsa

-Kekurangan Modul dan latihan pendidikan. Sekolah tahfiz dikatakan kurang mendapat perhatian kerajaan terutamanya nagi pusat tahfiz yang bukan berada dibawah seliaan kerajaan. Hal ini menyebabkan sistem pendidikan pusat tahfiz majoritinya tidak menerapkan pendidikan bertaraf perdana, seperti sistem kokurikulum yang tidak seimbang, kekurangan aktiviti perpaduan dan sistem akademik yang kurang memberansangkan. Pusat tahfiz harini lebih cenderung untuk memfokuskan pada Hafalan Al-Quran yang ia tidak menjadi masalah namun perlu diserpkan ilmu dunia masa kini agar pelajar menegtahui dan mampu menghadapi dunia luar yang lebih mencabar supaya kehadiran mereka didunia luar tida diperkotak katikkan masyarakat

-Pejabat agama negeri tidak berani bertindak kerana sensitiviti agama kerana pejabat agama masa kini lebih cenderung utk berdiam diri kerana menghormati golongan berjubah dan berkopiah.


KENAPA PERLU DISELIA KERAJAAN NEGERI

- Habis Belajar tidak sekadar menjadi imam tapi bekerja secara teknikal melalui sistem pendidkan yang akan dijalan kerajaan neger supaya pendidikan dan kokurikulum dapat diserapkan kepada pelajar agar lebih fleksibel dalam bidak agama dan dunia.

- Supaya dapat mengelakkan penyelewengan, supaya dana yang diperolehi ada catatan perakauanan yang lengkap, supaya isu penyelewangan penukaran tanah dapat disekat dan tidak berlaku lagi.

-Anak-anak tidak akan menjadi mangsa eksploitasi meminta dana dan sebagainya bagi tujuan penambahbaikan sekolah tahfiz, kerana dengan kehadiran dan masuk campur kerajaan negeri sudah pasti peruntukan dana untuk pusat2 Tahfiz akan lebih dikawal selia secara baik dan berhemah dan mencukupi bagi menampung proses, menambahbaik infrastruktur pusat tahfiz, serta aktiviti para pelajar.

-Soft Skill para pelajar dapat diterapkan seperti sifat kepimpinan, mencari maklumat, berkomunikasi, berfikiran kritis dan dapat berhubng dengan masyarakat luar den sistem kokurikulum yang akan dijalankan dan diselia kerajaan negeri melalui sistem kokurikulum berformat dan mencapai visi dan misi kerajaan pusat untuk melahir pelajar yang fleksibel di Malaysia melalui sistem kokurikulum ini.

-Idea Sistem pendidikan formal pelajar tahfiz pernah diketengah kerajaan dibawah pimpinan dato seri Najib Tun Razak .Dasar Pendidikan Tahfiz Negara telah digubal oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dengan matlamat melahirkan seramai 125,000 huffaz profesional dalam tempoh 30 tahun.
"Huffaz profesional ini bukan sahaja berupaya menghafal 30 juzuk al-Quran, tetapi pada masa yang sama dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu serta kemahiran teknikal. Pada 1 Mac 2018 pula, penulis mencatat komentar mengenai pendidikan agama dan Revolusi Industri 4.0 yang menyentuh mengenai kepentingan pendidikan agama dan tahfiz bagi me­lahirkan modal insan yang berintegriti dalam pelbagai bidang profesional untuk menjadi pemimpin pada masa depan. Justeru dengan seliaan dari kerajaan negeri , sistem pendidikan tahfiz akan mampu diselenggara dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Buletin : PENUNTUT UKM

  PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...