بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC.
Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM Syed Mohamed Aljunid
http://journalarticle.ukm.my/4374/1/Vol6%28K%29-Omar.pdf
1. persoalan samada kita sudah bersedia atau tidak mungkin tidak begitu relevan lagi. Akan tetapi apa yang mungkin perlu difikirkan adakah kita bersedia untuk memperluaskan lagi penswastaan ini supaya ia melibatkan lebih banyak lagi perkhidmatan kesihatan
2. sekiranya kita ingin meneruskan penswastaan maka beberapa isu perlu ditangani dengan serius.
· isu berkaitan kegagalan dalam kuasa pasaran yang ujud di dalam program-program penswastaan yang pernah dilaksanakan di beberapa buah negara di dunia ini
· keupayaan untuk memantau performans kontraktor di bawah sistem yang tidak dinyahpusat adalah amat terhad
3. Selagi faktor-faktor ini tidak ditangani dengan berkesan maka adalah tidak wajar perkhidmatan kesihatan awam diswastakan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Kita semua sedia maklum bahawa rata-rata mereka yang menggunakan hospital awam adalah mereka-mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar bil perkhidmatan yang tinggi dihospital swasta
Majoriti yang menggunakan perkhidmatan hospital awam adalah dari golongan yang berpendapatan rendah (B-40)
Perkhidmatan hospital awam menawarkan perkhidmatan dengan kadar yang minima mereka mendapat rawatan.
Satu perkara yang memusykilkan bilamana kerajaan bertindak untuk menswastakan perkhdmatan perubatan awam yang mana secara tidak langsung ini akan menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan
Jika perkhidmatan hospital dan perubatan diswastakan kita akan dapat melihat kejatuhan moralrakyat bilamana mereka tidak mampu mendapatkan perkhidmatan kesihatan
KEBAIKAN PENSWASTAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
1. Boleh memberi perkhidmatan yang terbaik dari sebelumnya kerana akan menghadapi persaingan dengan intitusi swasta yang lain dengan kualiti yang lebih baik, kurang birokrasi, kurang penyelewengan, dan perkhidmatan yang cekap.
2. Walaupun keadaan insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk kakitangannya memuaskan tetapi apabila di swastakan kemungkinan semua kakitangan akan mendapat insentif-insentif yang lebih daripada insentif yang ditawarkan pada masa kini.
3. Walaupun pada masa ini, hospital dikendalikan oleh Lembaga Pengarah terdiri daripada pegawai-pegawai kementerian kesihatan dan kewangan kemungkinan mereka ini yang kurang kepakaran khusus dalam bidang pengurusan perubatan professional.Sekirannya pihak swasta mengambil alih sudah tentu mereka akan tentu akan membawa masuk lebih pakar-pakar yang khusus dalam perkhidmatan perubatan terutamanya dalam bidang pengurusan perubatan. Ini akan membuatkan perkhidmatan kesihatan kita lebih berupaya untuk cemerlang. Dengan ini kerajaan dapat mengutip hasil cukai yang akan dibayar oleh pihak swasta dengan operasi yang menguntungkan.
4. Dari segi politik, penswastaan seperti biasanya boleh mengurangkan kecaman-kecaman dari pihak pembangkang yang sentiasa mencari kesalahan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Dengan ini populariti kerajaan akan bertambah baik. Sekiranya penswastaan ini berjaya memberi perkhidmatan yang terbaik dari sebelumnya, keyakinan rakyat untuk menyokong terus kepimpinan kerajaan yang sedia ada akan bertambah baik.
5. Dengan sumber dana sedia ada , pihak swasta boleh memperbesarkan, meningkatkan lagi prestasi tanpa sebarang birokrasi kewangan. Pusat perkhidmatan kesihatan di Malaysia boleh menjadi intitusi gemilang,cemerlang dan terbilang di rantau Asia mahupun di peringkat global di masa akan datang.
KELEMAHAN PENSWASTAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
1. Segala penglibatan dan sebarang hak mengendalikan institusi perkhidmatan kesihatan kemungkinan terbatas untuk kerajaan dalam pentadbiran intitusi ini pada masa akan datang. Kerajaan perlu ingat mereka harus dipertanggungjawabkan dalam apa jua masalah yang akan menimpa rakyat kelak dengan pemberian kotrak ini dan bukannya ia di tanggungjawab ke atas pihak swasta yang mengendalikannya.
2. Sekiranya syarikat swasta yang akan mengendalikan institusi ini boleh memberi perkhidmatan yang terbaik dari sebelumnya; kerajaan akan dapat pujian dari rakyat tetapi sekiranya perkara sebalik; kerajaan akan menjadi kecaman dan cemuhan rakyat. Kemungkinan isu ini kecil tetapi rakyat akan mula hilang kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah dan dengan itu kemungkinan rakyat akan mengalihkan perhatian kepada pihak pembangkang
3. Hospital adalah soal kebajikan sosial yang kerajaan perlu beri pada rakyat apabila di katakan Negara sedang menuju ke arah kemajuan.Apa lah gunanya sekiranya di katakan negara sedang maju dan makmur tetapi setiap hari kebajikan rakyat dicantas satu persatu.rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah perlu dibela. Kerajaan perlulah melindungi agensi-agensi kebajikan sosial seperti ini daripada menswastakan kepada pihak swasta yang hanya pentingkan keuntungan perniagaan sahaja.
4. Oleh kerana itu, pemberian kontrak kepada pihak swasta sekiranya tidak dilakukan secara transpiransi dalam sistem tender, rakyat akan beranggapan mungkin telah berlaku rasuah, kroni, dan neopotisma dalam pemilihan syarikat swasta untuk penswastaan tersebut. Perkara ini akan menjadi isu penting untuk parti pembangkang untuk meraih undi dalam pilihan raya ke-15 nanti.
5. Kerajaan yang dilantik secara demokratik adalah untuk menjaga kepentingan rakyat melalui sistem berparlimen yang bertujuan untuk mengawal selia segala aset negara yang sedia ada. Pihak swasta hanya bermotifkan keuntungan perniagaan akan mengagalkan objektif sosial yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan yang memerintah oleh rakyat.
6. Dengan penswastaan perkhidmatan kesihatan, secara langsung rakyat tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dalam hak bersuara dan kemungkinan kerajaan tidak dapat menguatkuasakan apa jua polisi kesihatan untuk rakyat dalam perkhidmatan kesihatan di masa akan datang.
MAKLUMAT STATISTIK 2016
https://www.malaysiakini.com/news/358481
1. Peratusan KDNK yang dibelanjakan untuk penjagaan kesihatan meletakkan Malaysia pada kedudukan 156 dunia.
2. Majoriti rakyat Malaysia menggunakan kemudahan penjagaan kesihatan awam.
3. 75 peratus rakyat Malaysia menggunakan sistem rawatan hospital dan 90 peratus rakyat Malaysia menggunakan sistem pesakit luar penjagaan kesihatan awam.
4. Walaupun begitu, kerajaan hanya membelanjakan 52.4 peratus untuk penjagaan kesihatan.
5. Ini membuktikan dua perkara
· kos yang lebih tinggi untuk kemudahan swasta
· keupayaan majoriti rakyat untuk menggunakan sistem penjagaan kesihatan swasta
Bagaimana kita mengukur prestasi?
Sekiranya kemampuan menanggung kos kesihatan menjadi ukuran, kos melahirkan bayi di hospital di United Kingdom dan Australia dengan tempoh tinggal di hospital selama 2.6 hari ialah pada kadar median sebulan gaji berbanding median gaji tiga bulan di Malaysia. Kos melahirkan anak sengaja dipilih sebagai contoh kerana kehamilan dan kelahiran merupakan sebab nombor satu kemasukan ke hospital iaitu 19.9 peratus untuk hospital awam dan swasta (Kementerian Kesihatan, 2016).
Statistik penjagaan kesihatan terpilih di bawah boleh menjadi ukuran bagi mengukur kedudukan Malaysia.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Kos perubatan adalah satu elemen penting bagi semua rakyat. Jika kerajaan tidak menyediakan rawatan perubatan percuma kepada rakyat, maka sudah pasti rakyat akan menderita. Oleh itu, kerajaan yang pentingkan kesejahteraan rakyat akan berusaha besungguh-sungguh untuk meningkatkan mutu rawatan perubatan percuma kepada rakyat. Bukan menyerahkan saja tanggungjawab yang maha penting itu kepada pihak lain
2. Kerajaan yang kurang peduli terhadap kebajikan rakyat sahaja yang akan membiarkan pihak swasta menawarkan rawatan perubatan kepada rakyat. Oleh sebab kesihatan adalah terlalu penting, maka rata-rata rakyat terpaksa sanggup bergadai golok untuk membeli rawatan perubatan. Tanpa adanya kemudahan perkhidmatan perubatan yang cukup yang disediakan oleh kerajaan, maka rakyat terpaksalah bergantung kepada kemudahan perubatan yang ditawarkan oleh pihak swasta. Ini akan membuka peluang yang luas kepada pihak swasta untuk menangguk di air keruh. Sedangkan pesakit pula adalah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Dahlah sakit, kena peras pula oleh pengamal perubatan swasta.
3. Di Cuba, perkhidmatan perubatan diberi percuma kepada seluruh rakyat jelata. Bilangan doktor Cuba telah lebih dari mencukupi berdasarkan piawaian WHO (World Health Organisation), iaitu seorang doktor bagi 400 orang rakyat. Sedangkan di Malaysia nisbahnya ialah 1.533 orang doktor bagi 1000 orang rakyat. Padahal PM dan TPM bagi negara Malaysia adalah doktor perubatan.
4. Sistem perkhimatan perubatan yang telah lama diswastakan di AS menyebabkan majoriti rakyat miskin tidak mampu mendapat rawatan perubatan dan terpaksa menanggung derita kesakitan. Adakah dasar negara kita (berkaitan dengan sistem perubatan) sedang menuju ke destinasi yang sama ? ya, jika perkhidmatan kesihatan di Malaysia diswastakan.
Skim insurans di Malaysia
Menteri Kesihatan. YB Dato Sri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad.
Skim insurans kesihatan sosial untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan dilaksanakan bermula Januari tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Skim ini termasuk
1) golongan B40
2) golongan M40
Kita akan memulakan pelaksanaan bagi B40 kerana golongan itu meliputi 60 hingga 70 peratus populasi di negara ini
Ia masih melibatkan proses perbincangan dan penyelarasan bersama pihak kementerian, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan berhubung beberapa isu penting.
Dzulkefly turut menjelaskan skim insurans kesihatan sosial itu adalah berbeza daripada pelan perlindungan 1Care 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sebelum ini dilaporkan berkata skim insurans kesihatan memungkinkan kadar minimum antara RM10,000 hingga RM20,000 setahun diberi untuk setiap keluarga, merangkumi perbelanjaan perubatan dan caj rawatan apabila ditempatkan di wad
Skim tersebut juga tidak akan memansuhkan bayaran rawatan RM1 dan RM5 yang dikenakan di klinik dan hospital kerajaan
Penerima skim berkenaan juga tidak akan menjejaskan gaji mereka kerana tiada sebarang potongan pendapatan dilakukan.
Fakta caruman gaji
Kementerian Kesihatan tetap akan memperkenal Skim Insurans Kesihatan yang dilaksanakan melalui caruman daripada gaji rakyat
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, tidak lebih daripada lima peratus gaji akan dikutip untuk melaksanakan skim tersebut.
Beliau tidak menafikan bahawa golongan berpendapatan lebih tinggi perlu mencarum lebih banyak kepada skim insurans itu.
“Negara maju yang melaksanakan rancangan seumpama telah mengguna pakai ‘mekanisme bersama’ iaitu masing-masing kerajaan dan pesakit menanggung kos perubatan.
” Jika kos perubatan ialah RM1,000, maka pesakit perlu menanggung RM50 atau RM100,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini cuba melaksanakan program 1Care 1Malaysia selepas merujuk program insurans yang dilaksanakan di Taiwan dan beberapa negara lain.
Konsep membabitkan sumbangan kerajaan, swasta dan rakyat itu mengecualikan bayaran untuk golongan berpendapatan rendah, tetapi ia tidak berjaya dilaksanakan.
Pada masa ini, kerajaan menanggung 98 peratus daripada kos perubatan pesakit di negara ini.
Boon Chye berkata, sekiranya skim insurans dilaksanakan, maka hanya mereka yang memiliki kad perubatan kerajaan layak mendapat perubatan.
“Program ini baik dan pasti akan dilaksanakan, cuma masanya yang belum ditentukan,” katanya.
Beliau berkata, cadangan kerajaan semasa ialah supaya kutipan daripada golongan berpendapatan rendah haruslah percuma atau melibatkan sedikit bayaran manakala golongan berpendapatan tinggi perlu membayar lebih.
“Dengan kad perubatan, setiap orang akan dapat membelanjakan sejumlah kos perubatan dalam setahun.
“Mereka boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau swasta
No comments:
Post a Comment