Sunday, October 28, 2018

Debat NC : DEWAN INI AKAN MENGUBAH UMUR LAYAK MENGUNDI KEPADA 18 TAHUN

Image result for pilihan raya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC.

KERAJAAN

1 ) Umur yang telah dikategorikan sebagai golongan dewasa 

- Mengikut akta majoriti 1971, rakyat Malaysia yang sudah mencecah umur 18 tahun sudah dianggap dewasa. Hal ini kerana pada umur 18 tahun berlakunya perubahan kepada fasa kehidupan yang baharu.

- Pada umur 18 tahun sudah dibenarkan untuk berkahwin, menandatangani kontrak, menyertai askar dan juga boleh berkhidmat untuk negara. Banyak juga golongan yang berumur 18 tahun semakin sibuk untuk memasukkan diri mereka ke dalam IPTA atau IPTS untuk mengejar impian mereka sekaligus secara perlahan lahan merubah fasa hidup mereka kepada golongan dewasa.

- Kepada yang bukan islam, mereka telah dibenarkan untuk membeli barangan berarkohol. Mereka telah dibenarkan untuk membuat apa saja dan ini menunjukkan mereka juga berhak untuk memilih parti politik yang akan memerintah negara.

- Menurut menteri pendidikan Malaysia, sebanyak 36% masyarakat muda di Malaysia yang mempunyai pendidikan bertaraf tinggi dan mereka merupakan satu monoriti. Persoalannya dimanakah yang 64%? Adakah mereka memilih untuk berkerja berbanding mengejar status pendidikan bertaraf tinggi ? Oleh sebab itu Kementerian pelajaran Malaysia ingin meningkatkan lagi masyarakat muda di Malaysia yang mempunyai pendidikan bertaraf tinggi kepada 50% menjelang 2025. Hal ini akan menambahkan lagi masyarakat muda kita yang mempunyai pendidikan tinggi supaya kita tidak memberikan beban kepada golongan minority sahaja untuk meneraju negara kita ke hadapan.

- Menurut laporan jabatan statistic Malaysia yang menyatakan bahawa purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 73 hingga 77 tahun. Hal ini menunjukkan bahawa orang muda mempunyai banyak lagi tahun untuk hidup berbanding dengan golongan tua. Oleh sebab itu kita mestilah memberikan mereka peluang untuk menyuarakan pendapat kerana hal ini akan dapat membantu ahli politik kita untuk merangka polisi yang akan memberikan mereka kebaikan daripada aspek social, ekonomi dan kewangan.

- Banyak yang mengatakan bahawa anak muda yang berumur 18 tahun tidak tahu akan politik tapi menyataan ini salah. Jika kita lihat di media social akan ada banyak anak muda yang menyuarakan pendapat mengenai masalah negara dan politik. Ada yang menggunakan laman social untuk membuat parodi mengenai masalah politik atau negara kita. Mereka sangat mengambil berat akan negara kita Cuma menggunakan cara yang berbeza untuk menyuarakannya.

- Menurunkan umur untuk mengundi akan memastikan orang muda lebih cakna akan politik negara. Hal ini akan menggalakkan ahli politik kita untuk membuat polisi yang akan memberikan keuntungan untuk anak muda oleh sebab meraka telah berubah kepada fasa dewasa.



2) Kapasiti intelektual

- Isu ini akan membangkitkan banyak persoalan seperti, adakah golongan yang berumur 18 tahun sudah bersedia untuk mengundi kerana mereka tidak matang, sering melakukan keputusan terburu-buru dan juga otak yang tidak sepenuhnya berkembang untuk membuat satu keputusan yang baikk.

- Menurut ahli psikologi yang menggunakan istilah kognitif `sejuk ` untuk merujuk pemikiran golongan umur 18 tahun.

- Kogntif sejuk adalah pemikiran yang digunakan ketika berada dalam situasi yang tenang, apabila kita bersendirian dan apabila kemahiran paling penting adalah untuk membuat alasan yang logik berlandaskan dengan fakta. Situasi terbaik untuk perkara ini adalah untuk membuat undi.

- Kajian terhadap konigsi sejuk ini menunjukkan bahawa pada usia 16 tahun telah teguhnya kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat-maklumat. Pada umur sebegitu, mereka dapat mengumpul dan memproses maklumat, menimbang kebaikan dan keburukan, berfikir secara logik dan berfakta serta mengambil masa untuk membuat keputusan. Golongan ini kadang-kadang membuat kesilapan namun menurut statistik mereka lebih kurang melakukan kesilapan berbanding dengan orang yang berumur 23 ke atas.



3) Perbezaan Pendidikan yang diterima oleh sebab kemodenan

- menurut Senator Edward Kennedy ( Ahli politik US ) , golongan muda zaman sekarang lebih bersiap sedia daripada segi intelektual, fizikal dan emosi untuk membuat keputusan dalam mengundi daripada golongan muda zaman dahulu. Beliau juga menyatakan bahawa banyak pakar mengatakan bahawa golongan 18 tahun zaman sekarang adalah sama tahap dalam aspek pemikiran, fizikal dan emosi berbanding umur ayahnya pada 21 tahun ketika zaman mudanyaa atau 25 tahun atuknya ketika zaman mudanya.

- Perbezaan ini oleh sebab pendidikan. Kini dengan adanya impak yang besar daripada kemodenanan komuniskasi seperti tv dan laman social memberikan golongan 18 tahun kini lebih bermaklumat tentang isu semasa tidak kira dalam atau luar negara

- Pada tahun1920, hanya 17% saja warga US dalam lingkungan umur 18 hingga 21 berada di sekolah menengah dan hanya 8% yang ke peringkat pendidikan tinggi. Namun begitu, kini telah berlaku satu perubahan yang ketara iaitu sebanyak 79% warga US dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun yang berada di sekolah menengah manakala 47% yang menyambung ke peringkat pendidikan tinggi oleh sebab kemajuan pendidikan yang diterima.



PEMBANGKANG


1 ) Tidak bersedia untuk mengundi kerana kurang pengalaman mengundi

- Menurut DR Hazland pada umur 18 tahun, golongan ini masih dikira terlalu muda untuk memikul satu tanggungjawab yang besar dalam politik negara. Pada usia ini juga mereka masih ragu-ragu dan tidak yakin dengan diri untuk memilih dan membuat satu keputusan yang tepat dalam mengundi. Hal ini oleh sebab kurangnya pengalaman mereka dalam mengundi. Pengundi muda di negara lain menunjukkan kelemahan kurangnya minat terhadap politik dan mereka juga mudah terpengaruh dengan permainan politik yang dibawa oleh ahli politik.



2) Pemikiran yang tidak matang

- banyak pengkritik yang mengatakan golongan 18 tahun masih belum matang sepenuhnya untuk membuat keputusan untuk mengundi demi kebaikan dan keburukan negara. Tambahan pula, mereka juga lebih berminat untuk melakukan aktiviti seperti, bersosial, bermain permainan video dan lain-lain


3) Kurangnya maklumat dalam diri.

- banyak pengkritik mengatakan golongan 18 tahun ini tidak berpengalaman menghadapi dunia dan tidak berkemampuan untuk memilih ketua negara yang betul. Mereka mungkin belajar sejarah tentang negara namun mereka masih tidak memahami sepenuhnya tentang politik dan juga mereka tidak berminat untuk mendekatinya. Golongan ini lebih suka untuk bersuka ria daripada terjebak dalam isu politik



SENARAI NEGARA YANG TELAH MULA MENGUNDI PADA UMUR 18 TAHUN

1 ) Brazil
– pada tahun 1989 pemilihan presiden di Brazil telah memulakan undi untuk golongan umur 18 tahun hingga 70 tahun.

2 ) Austria
- Pilihan raya pertama yang membenarkan golongan umur 18 tahun adalah pada 2007

3 ) Argentina
- Pada tahun 2012 telah bermulanya umur mengundi golongan 18 tahun untuk menggalakkan semangat politik.

4 ) Estonia
- Untuk pilihan raya umum dibenarkan 18 tahun ke atas untuk mengundi . pilihan raya kecil pula membenarkan golongan umur 16 tahun ke atas untuk mengundi.

5 ) Germany
- Sama seperti Estonia.


6) Japan
- jepun telah mengurangkan had umur daripada 20 tahun kepada 18 tahun untuk meningkatkan pelingbatan masyarakat untuk menggundi.

No comments:

Post a Comment

Buletin : PENUNTUT UKM

  PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...