بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC.
Definisi : cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain; bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat: dia terpaksa menafikannya, mungkin setelah memikirkan dia sendiri suka ~; menggosipkan memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sbg gosip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Perfileman Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli
1. Menurut Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Perfileman Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli, hakikat yang membuktikan nilai-nilai glamor, kontroversi dan sensasi itu sudah lama terbukti mudah menarik perhatian ramai peminat dalam mana-mana juga industri hiburan termasuklah di negara ini.
2. Memang ada artis yang banyak kontroversi dan gosip mudah menjadi popular. Secara tidak langsung ia boleh menjadi tarikan kepada para peminat untuk mengikuti apa juga perkembangan mereka termasuklah dengan menyaksikan lakonan mereka di kaca televisyen atau di panggung wayang.
3. Faktor itu juga boleh menaikkan rating bilangan penonton di mana ia secara tidak langsung tentunya memberi kepercayaan kepada pihak stesen-stesen televisyen untuk menyiarkan lakonan artis-artis yang terbabit dalam kontroversi dan sedang popular pada satu-satu masa," katanya
4. Ramai individu yang pada mulanya kurang dikenali dalam bidang hiburan tetapi disebabkan timbulnya kontroversi ke atas mereka, maka ia secara tidak langsung telah melonjakkan popularitinya. Bagi yang telah sedia popular, kontroversi yang tercetus juga mampu mempopularkan lagi nama mereka dalam bidang tersebut.
5. Kontroversi dan artis tidak dapat dipisahkan. Ayat itu mungkin kedengaran agak kasar, namun bilangan artis yang berjaya menempuh onak ranjau industri seni tanpa cerita kontroversi dapat di bilang dengan jari.
6. Jelas Jurey, sungguhpun kontroversi dan cerita-cerita sensasi artis mampu mengangkat nama mereka dalam bidang seni tetapi ia hanyalah bersifat sementara. Bakat sebenar dalam bidang seni adalah perkara hakiki yang lebih kuat untuk kekal lama dalam bidang tersebut.
Pengarah dan penerbit filem Malaysia Datuk Yusof Haslam
1. perkara ini disanggah oleh penerbit dan pengarah syarikat produksi Skop Production, Datuk Yusof Haslam
2. Pengarah filem ini berkata, para peminat kini semakin bijak dalam menilai kualiti yang ada dalam sesebuah drama atau filem dan tidak memandang barisan nama pelakon yang membintanginya semata-mata
3. Bagi saya, sesebuah kontroversi itu tidak boleh dijadikan bahan untuk menjual sesebuah filem atau drama. Apa yang paling penting ialah pengisian dalam sesebuah produksi itu mestilah dekat di hati para penonton. Contohnya, dalam filem-filem lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diminati sehingga ke hari ini
4. Sebagai contoh filem munafik 2 baru – baru ini, adakah para pelakon yang membintangi filem tersebut mempunyai gossip dan kontroversi pada masa pemfileman dilakukan. Tidak ada ! tapi kenapa munafik 2 ini berjaya memecah rekod HKL dengan mendapat kutipan melebihi 40 juta ? ini kerana penonton melihat pengisian yang ada dalam filem tersebut.
Pelakon Malaysia Nabila Huda
1. kontroversi hanya akan memberikan impak negatif dan langsung tidak membawa kebaikan kepada mana-mana artis
2. Namun kontroversi yang tidak melampau sememangnya diperlukan oleh artis, lebih-lebih lagi yang sedang mencipta nama
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim
1. Gosip liar berbentuk fitnah dan berita palsu bukan hanya menjejaskan imej, kredibiliti dan kerjaya artis, malah memberi kesan buruk terhadap keluarga mereka.
2. Beliau tidak menolak gosip hiburan boleh melonjakkan nama artis, sekali gus berupaya mengembangkan kerjaya golongan itu dalam industri hiburan tanah air.
3. Bagaimanapun, katanya, kesan baik atau buruknya gosip berkenaan bergantung kepada isi kandungan yang disebar di media sosial, selain penerimaan masyarakat khususnya pengikut di laman sosial.
HELAH GOSIP YANG DI LAKUKAN OLEH ARTIS ITU SENDIRI
1. Popular Kerana Menyentuh Isu Politik
Dengan adanya platform mudah untuk berinteraksi dengan peminat seperti Facebook, Instagram dan Twitter, nampaknya selebriti tempatan sangat selesa untuk bersuara megah menyentuh hal isu sensitif dan mampu mengundang kemarahan orang ramai. Kadang-kadang kerana “Marahkan seekor nyamuk, kelambu habis dibakar.”
Seperti yang terjadi pada pelakon muda Fatiha Latiff yang tak habis-habis mengeluarkan kenyataan yang sering mencetuskan kontroversi. Fathia Latiff kerap kali memuatnaik kenyataan berbaur politik di laman media sosialnya.
Susulan dari hal ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor telah menegur supaya dapatkan fakta sebelum membuat postiing
2. Popular Kerana Kecaman
Macam-macam jenis peminat hari ini. Ada yang teramat obses dengan artis kesayangan mereka. Ada juga yang terlalu ekstrem hingga menghentam artis dengan kata-kata yang menyakitkan. Namun hal ini sangat membantu beberapa orang selebriti untuk meraih populariti. Lagi banyak kecaman dari netizen, makin melonjak nama selebriti itu dalam industri hiburan. Terima Kasih Netizen!
4 orang usahawan ini bukanlah selebriti namun mereka lebih popular dari artis-artis ternama di Malaysia.
1.Datuk Seri Aliff Syukri popular kerana sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya.
2.Datuk Seri Vida popular kerana sering menjadi penaja utama program realiti TV popular seperti Gegar Vaganza (Astro) dan Mentor Millenia (TV3). Telatah beliau sering menawan hati ramai peminat dan menjadikan dirinya idola kerana sikapnya yang bersahaja. Bukan setakat mempunyai lagunya sendiri berjudul I Am Me, kini beliau sudah menegorak langkah ke bidang lakonan pula.
3.Sebaliknya pada dua usahawan ini, Nur Sajat dan Safiey Illias menggunakan pendekatan yang berbeza demi meraih populariti sekaligus memantapkan lagi perniagaan masing-masing. Mereka popular kerana status jantina yang agak mengelirukan dan sering mendapat kecaman.
3. Popular Kerana Kisah Percintaan
Rakyat Malaysia sebenarnya suka dengan kisah percintaan artis-artis Malaysia. Kalau boleh mereka mahukan hubungan cinta itu akan berkakhir dengan pernikahan. Selagi tak berkahwin selagi itulah peminat akan bertanya dan ternanti-nanti perkembangan terbaru artis kesayangan mereka.
Fattah Amin, Neelofa, Fazura
Sedarkah anda bagaimana 3 nama selebriti ini menjadi popular secara tiba-tiba? Fattah Amin dan Neelofa semakin popular selepas muncul dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot yang bersiaran di Astro Ria. Keserasian antara Neelofa dan Fattah Amin dalam drama tersebut, telah mencetuskan fenomena #Lofattah sekaligus kedua-duanya berjaya bergelar Bintang Popular Berita Harian.
Kisah percintaan mereka berakhir dan muncul pelakon wanita jelita Nur Fazura dalam hidup Fattah. Mereka mula berkenalan ketika sama-sama menjayakan drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria hingga peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura. Selepas bernikah, pasangan ini terus popular kerana mereka sering terlihat sangat romantis.
No comments:
Post a Comment