![]() |
PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – bersama Malaysian Sign Langguage (SIGNON)
Penuntut UKM dekati dan berbakti kepada Universiti Kebangsaan Malaysia
BANGI: Bagi memupuk sikap suka akan ilmu dan mempelajari sesuatu yang baru, sekumpulan penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi di bawah Citra Kesukarelawanan Khidmat Bakti menganjurkan program yang mendekati ilmu dengan aktiviti seperti explorace educational dan kelas asas bahasa isyarat yang julung kalinya diadakan di UKM, Bangi.
Seramai 24 orang pelajar citra Kesukarelawanan Khidmat Bakti terbabit dalam program di Perpustakaan Mini Masjid UKM, pada 8 Disember 2018.
Ia adalah suatu pengalaman baharu sebagai penuntut untuk mempelajari sesuatu yang baru iaitu bahasa isyarat yang boleh di aplikasikan dalam kehidupan dan dalam situasi yang memerlukan.
Ketua Program, Muhammad Khairul Amir Muhammad, berkata program itu adalah sebahagian daripada projek bagi citra Kesukarelawanan Khidmat Bakti.
Beliau berkata, bagi tujuan itu kumpulannya memilih program mendekati dan berbakti kepada universiti sendiri.
Beliau juga berkata, bahasa isyarat adalah ilmu yang kurang menarik di mata graduan untuk mempelajarinya pada zaman sekarang, maka dengan adanya program seperti ini akan dapat membuka mata dan hati mereka Bahasa bahasa isyarat juga merupakan kemahiran dan ilmu yang perlu dipelajari.
“Program turut dibantu pensyarah kami, Prof. Madya Dr. Fazilah binti Idris yang juga merupakan perasmi program tersebut.
“Kami percaya cara ini mampu memupuk rasa cinta terhadap semua ilmu yang ada di dunia ini ke dalam diri kami, sekali gus membantu mencantikkan dan menjadikan perpustakaan tersebut lebih
kondusif,” katanya. |
DIFF DANGER
I don't want to be just one thing. I can't be. I want to be brave, and I want to be selfless, intelligent, and honest, and kind.
Thursday, December 20, 2018
Buletin : PENUNTUT UKM
Tuesday, December 18, 2018
Management : TEORI ERG
TEORI ERG (Theory ECG)
- dipelopori oleh Clayton Alderfer, seorang ahli psikologi daripada Amerika Syarikat
- ringkasan daripada Hierarki Keperluan Maslow yang dikemukakan oleh Abraham Maslow
- Hierarki Keperluan Maslow merangkumi lima peringkat keperluan iaitu :-
a. Keperluan fisiologi
b. Keperluan keselamatan
c. Keperluan sosial / kasih sayang
d. Keperluan penghargaan
e. Keperluan sempurna diri / pencapaian diri
a. Keperluan fisiologi
b. Keperluan keselamatan
c. Keperluan sosial / kasih sayang
d. Keperluan penghargaan
e. Keperluan sempurna diri / pencapaian diri
·
Teori ERG pula memfokuskan kepada tiga aspek
iaitu :-
a.
Keberadaan (Existence)
ü
Merujuk kepada keperluan asas untuk kelangsungan
hidup
ü
Disejajarkan dengan keperluan fisiologi dan
keselamatan dalam teori Hierarki Keperluan Maslow
ü
Setiap manusia memerlukan bekalan makanan yang
sihat dan minuman yang bersih untuk kehidupan seharian. [CONTOH]
ü
Tempat tinggal melindungi kita daripada serangan
binatang liar, sinaran matahari dan hujan. [CONTOH]
ü
Keadaan negara yang aman dan damai serta bebas
daripada peperangan menjamin keselamatan rakyat jelata. [CONTOH]
ü
Alam sekitar yang lestari dan bebas daripada
pencemaran dapat mewujudkan hubungan yang harmonis antara kehidupan manusia
dengan kemampanan alam sekitar. [CONTOH]
ü
Tempat kerja yang bersih dan kondusif akan
meningkatkan prestasi seseorang pekerja dalam melaksanakan tugasan. [CONTOH]
b.
Hubungan (Relatedness)
ü
Merujuk kepada kebantuhan untuk berkomunikasi /
berinteraksi dengan orang lain
ü
Disejajarkan dengan keperluan sosial dan
penghargaan dalam teori Hierarki Keperluan Maslow
ü
Seseorang pekerja perlu mewujudkan hubungan yang
baik dengan rakan sekerja atau ahli kumpulan supaya dapat mengurangkan
perselisihan faham antara satu sama lain. [CONTOH]
ü
Seseorang pekerja akan menjadi lebih bermotivasi
untuk berusaha lagi apabila beliau diberi pengiktirafan seperti kenaikan
pangkat atau diberikan ganjaran atas pencapaian atau sumbangan beliau. [CONTOH]
ü
Hubungan yang baik antara ahli keluarga, rakan
sekerja serta pengurus dapat mengurangkan stress seseorang surbodinat. [CONTOH]
c.
Pertumbuhan (Growth)
ü
Hasrat untuk perkembangan diri
ü
Disejajarkan dengan keperluan pencapaian diri
dalam teori Hierarki Keperluan Maslow
ü
Seseorang surbodinat akan menjadi lebih
bermotivasi apabila beliau diberi peluang untuk melaksanakan sesuatu tugasan
yang lebih mencabar. [CONTOH]
ü
Seseorang surbodinat akan menjadi lebih
bermotivasi apabila beliau diberi peluang untuk menyertai program latihan dan
pembangunan. [CONTOH]
·
Mekanisme halangan-kemunduran (frustration-regression)
ü
Sekiranya sesuatu tingkat kebutuhan pada
peringkat yang lebih tinggi terhalang, hasrat seseorang akan lebih
berkecendurungan untuk meningkatkan kepuasan ke tingkat yang lebih rendah.
ü
Contohnya, seseorang tidak mampu untuk berinteraksi
dengan rakan sekerja (hubungan) akan meningkatkan keinginan untuk mendapatkan ruang
yang lebih kondusif (keberadaan).
ü Jadi, halangan atau
frustasi tersebut akan menyebabkan kemunduran atau regresi ke suatu kebutuhan
yang lebih rendah.
Teori ERG
Hierarki Keperluan
Maslow
Keberadaan
Keperluan Fisiologi
& Keprluan Keselamatan
Hubungan
Keperluan Sosial &
Keperluan Penghargaan
Pertumbuhan
Keperluan Pencapaian
Diri
Keperluan
|
Contoh
|
Keperluan
Fisiologi
|
makanan, pakaian,
tempat tinggal, oksigen
|
Keprluan Keselamatan
|
perlindungan
undang-undang, bebas daripada peperangan, bebas daripada pencemaran
|
Keperluan Sosial
|
Hubungan dengan
keluarga, kawan-kawan & masyarakat
|
Keperluan Penghargaan
|
Pengikrafan,
penghormatan
|
Keperluan Pencapaian
Diri
|
Peluang untuk latihan
dan pembangunan, mencuba sesuatu yang
lebih mencabar
|
Sukarelawan : KERJA SUKARELAWAN ZOO NEGARA
LMCR
1102
KESUKARELAWANAN
KHIDMAT BAKTI
REFLEKSI
KERJA SUKARELAWAN
ZOO
NEGARA
Pada
18 Oktober 2017 yang lalu, kelas A2P1 bersama kelas S3CP4 Kolej Matrikulasi
Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti kesukarelawan di Zoo Negara Malaysia.
Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan dan
pengalaman kepada pelajar dalam program kesukarelawan. Selain itu, tujuan kami
mengikuti program sukarelawan ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama
pelajar senam aerobik di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan
alam sekitar. Program yang kami ikuti ini melibatkan seramai 31 orang pelajar serta Puan Marzuna bt Marzuki dan Puan
Amrizah bt Rosdi sebagai guru pengiring. Program sukarelawan ini sudah lama
dijalankan oleh pihak Zoo Negara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
membersihkan kandang haiwan dan persekitaran zoo, memberikan makanan kepada
haiwan serta membantu dalam persembahan haiwan.
Kami
bertolak dari KMNS pada pukul 6.45 pagi dan tiba di Zoo Negara kira-kira pada
pukul 8.30 pagi. Ketua program memberikan sedikit peringatan dan taklimat di
atas bas serta memberikan setiap peserta sepasang sarung tangan dan penutup
muka sebagai langkah keselamatan di samping menjaga kebersihan dan kesihatan.
Setibanya di sana, kami berkumpul dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil. Sebelum bergerak ke tempat kerja masing- masing, kami sekali lagi diberi
taklimat dan peringatan oleh wakil daripada pihak Zoo Negara tentang langkah
keselamatan dan perkara-perkara yang harus dielakkan sepanjang mengadakan
aktiviti ini.
Setelah
itu, kami dibahagikan tugas secara rawak dan terus bergerak ke tempat kerja
masing-masing bersama wakil daripada zoo. Antara kawasan yang diberikan kepada
kami adalah kawasan karnivor, kawasan reptilia dan sebagainya. Terdapat juga
satu kumpulan yang ditugaskan untuk hanya memberi makanan kepada haiwan-haiwan
di seluruh zoo. Secara asasnya, kami perlu membersihkan sisa buangan haiwan di
kandang-kandang mereka dan seterusnya memberi makanan. Seterusnya, arahan yang
diberikan oleh wakil daripada zoo dan kerja yang diberikan untuk setiap
kumpulan adalah berbeza. Sebagai contoh, ada yang perlu membersihkan kawasan di
sekitar zoo, ada yang diberi peluang untuk memberi makanan kepada haiwan lain,
malah ada yang ditugaskan untuk membantu ahli zoo membina sangkar baharu
seperti untuk kura-kura yang ingin dipindahkan daripada tempat asalnya.
Setelah
tamat sesi pagi, kami berehat selama 1 jam dan sambung semula kira-kira pada
pukul 2 petang. Namun aktiviti tergendala seketika akibat hujan yang turun.
Tidak lama kemudian, kami meneruskan kerja masing-masing dan aktiviti kami
akhirnya tamat kira-kira pada pukul 4.30 petang. Setelah itu, kami berkumpul
semula dan diberi sedikit ucapan penghargaan daripada wakil zoo. Mereka
sememangnya menghargai sesiapa yang sudi untuk meluangkan masa dan menyertai
program ini terutamanya daripada golongan pelajar. Walaupun kerja yang mampu
kami lakukan adalah terhad, namun mereka masih menghargainya kerana kehadiran
kami sedikit sebanyak meringankan beban yang terletak di bahu mereka.
Sebelum
bertolak pulang, kami solat asar terlebih dahulu dan diberi peluang untuk
membeli sedikit cenderahati daripada zoo tersebut. Kami bertolak pulang
kira-kira pukul 5.30 petang dan tiba di KMNS pada pukul 7.55 petang.
Sememangnya aktiviti ini telah memberi suatu dimensi baru dalam pengalaman
hidup saya. Peluang untuk melihat serta menyentuh haiwan dalam jarak dekat
adalah suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Selain pengalaman bersama
haiwan, peluang untuk berkerja serta berkongsi pengalaman dan cerita bersama
pekerja-pekerja di Zoo Negara juga merupakan memori yang tidak harus dilupakan.
Setelah beberapa bulan saya menelaah ilmu, mempunyai peluang untuk keluar dan
berbakti kepada masyarakat sememangnya suatu yang amat saya perlukan. Saya berharap agar program-program kesukarelawan
seperti ini dapat dijalankan secara lebih kerap lagi pada masa hadapan agar
mata saya lebih terbuka dan seterusnya mampu menyumbang sesuatu kepada
masyarakat.
Monday, December 17, 2018
Time to share: ETIKET DAN PROTOKOL PT. 1
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan antara tugasan saya untuk citra kolej iaitu Etiket dan Protokol.
Pilih Dua daripada aktiviti dibawah serta buatkan pendahuluan program serta nyatakan kelebihan, kekurangan dan penambahbaikan aktiviti tersebut.
1.PERBARISAN HARI MALAYSIA
2. DEBAT PIALA NC
3. PIDATO PIALA TNC HEPA
4. PERTANDINGAN PANTUN UKM
5. PESTA KONVOKESYEN UKM
6. FESTIVAL TEATER UKM
7. FESTIVAL KESENIAN ISLAM UKM
8. SUKEM 2018
Dan aktiviti pertama yang saya pilih ialah Debat Piala Naib Canselor. Dan inilah laporannya:
PENDAHULUAN PROGRAM
Debat Piala Naib Canselor 2018 atau nama singkatannya ialah Debat NC 2018 merupakan acara tahunan anjuran Upacara Pengucapan Umum (UPU). Pada tahun ini, pusingan saringan dan pusingan kalah mati berlangsung di FSSK bermula jam 8:00 AM – 5:00 PM pada 20 November 2018 sehingga 21 November 2018 dan final berlangsung di Persada Canselori pada malam 21 November 2018. Debat NC ini hanya disertai oleh pelajar tahun satu UKM sahaja dan setiap 11 kolej wajib menghantar wakil termasuk cawangan di Cheras dan KL. Setiap kolej telah menghantar 2 kumpulan kecuali KPZ yang menghantar 3 kumpulan dan KKM yang menghantar 1 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada empat orang menteri, tiga menteri bersidang dan satu menteri tidak bersidang. Juara liga pada tahun ini di menangi oleh Team A KAB yang menjuarai semua persidangan dan pendebat terbaik 2018 dimenangi oleh wakil daripada KKM. Di pentas final telah berlaku persidangan di antara Team A KTSN sebagai perwakilan kerajaan dan Team A KAB sebagai perwakilan pembangkang. Usul yang diperdebatkan di pentas final ialah 100 Universiti Terbaik : Universiti Awam Perlu Diberikan Status Autonomi. Secara rasminya usul pada malam itu ditolak dan ini menandakan bahawa juara Debat NC 2018 disandang oleh Team A KAB. Pendebat terbaik untuk sidang tersebut juga dijuarai oleh wakil daripada Team A KAB.
KELEBIHAN PROGRAM
Kelebihan utama program ini ialah melahirkan pendebat yang hebat dan juga pelajar UKM yang berani bercakap dihadapan khalayak ramai dengan fasih serta melontarkan fakta-fakta yang benar. Membantu pelajar berfikir secara dua aspek iaitu aspek yang baim dan aspek yang tidak baik bagi sesuatu keadaan atau isu yang timbul. Selain itu dapat menyediakan pelajar untu temu duga yang akan mereka hadapi suatu hari nanti kerana program debat ini mengajar mereka untuk berfikir dengan pantas dan memberikan keyakinan kepada mereka ketika bercakap dan berkomunikasi.
KELEMAHAN PROGRAM
Kelemahan atau kekurangan program semasa persidangan di FSSK yang pertama ialah dari segi penyediaan makanan, tiada makanan yang disediakan untuk MEP pengiring setiap kolej dan ahli kumpulan penyelidik. Kedua, dari segi pengiring bilik sidang, berlaku kekeliruan untuk ke tempat sidang kerana pengiring tidak mengetahui tempat yang sepatutnya dituju dan ini menyebabkan masa kuarantin terbazir. Ketiga, tiada meja persidangan yang sesuai di bilik sidang 1 hingga sidang 4, hanya kerusi kuliah yang disediakan dan ini menyukarkan menteri-menteri semasa persidangan berlangsung. Keempat, tempat persidangan yang tidak strategik, terdedah kepada umum dan menyebabkan gangguan kepada peserta terutama di sidang kawasan pusanika iaitu sidang 9 dan sidang 11. Yang terakhir ialah juri, juri tidak menjalankan tugas dengan amanah dan adil dan memberikan alasan dan mengulas dengan tidak professional dan mengikut emosi. Kelemahan program semasa final yang pertama ialah, tidak menyediakan bilik kuarantin menyebabkan peserta terpaksa duduk di atas lantai dan kawasan yang gelap untuk membuat persediaan. Yang kedua, tentatif yang tidak tepat dan tidak terurus. Yang terakhir ialah ruangan yang sempit untuk penonton yang menyebabkan tidak semua pelajar kolej dapat menyertai program tersebut akibat kekangan tempat duduk.
PENAMBAHBAIKAN
Yang pertama adalah menyediakan makanan untuk MEP pengiring dan kumpulan penyelidik. Kedua, memastikan semua pengiring sedia maklum dengan tempat persidangan dan tahu arah ke bilik sidang supaya memudahkan peserta dan tidak membuang masa. Ketiga, menyediakan tempat sidang yang lebih tertutup dan tiada gangguan kerana ini akan menjadi faktor yang besar kepada peserta seperti kehilangan fokus. Keempat, menyedikan peralatan yang sesuai untuk setiap bilik sidang. Kelima, menyediakan bilik kuarantin yang sepatutnya bagi memudahkan peserta akhir Debat NC 2018. Keenam, mengikut tentatif yang telah disediakan dan yang terakhir adalah mengadakan final di DECTAR kerana ia akan memuatkan ribuan pelajar UKM untuk hadir dan memberikan sokongan kepada peserta.
Okay itu sahaja untuk entry kali ini, untuk laporan seterusnya kita jumpa di entry seterusnya. Assalammualaikum
Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan antara tugasan saya untuk citra kolej iaitu Etiket dan Protokol.
Pilih Dua daripada aktiviti dibawah serta buatkan pendahuluan program serta nyatakan kelebihan, kekurangan dan penambahbaikan aktiviti tersebut.
1.PERBARISAN HARI MALAYSIA
2. DEBAT PIALA NC
3. PIDATO PIALA TNC HEPA
4. PERTANDINGAN PANTUN UKM
5. PESTA KONVOKESYEN UKM
6. FESTIVAL TEATER UKM
7. FESTIVAL KESENIAN ISLAM UKM
8. SUKEM 2018
Dan aktiviti pertama yang saya pilih ialah Debat Piala Naib Canselor. Dan inilah laporannya:
PENDAHULUAN PROGRAM
Debat Piala Naib Canselor 2018 atau nama singkatannya ialah Debat NC 2018 merupakan acara tahunan anjuran Upacara Pengucapan Umum (UPU). Pada tahun ini, pusingan saringan dan pusingan kalah mati berlangsung di FSSK bermula jam 8:00 AM – 5:00 PM pada 20 November 2018 sehingga 21 November 2018 dan final berlangsung di Persada Canselori pada malam 21 November 2018. Debat NC ini hanya disertai oleh pelajar tahun satu UKM sahaja dan setiap 11 kolej wajib menghantar wakil termasuk cawangan di Cheras dan KL. Setiap kolej telah menghantar 2 kumpulan kecuali KPZ yang menghantar 3 kumpulan dan KKM yang menghantar 1 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada empat orang menteri, tiga menteri bersidang dan satu menteri tidak bersidang. Juara liga pada tahun ini di menangi oleh Team A KAB yang menjuarai semua persidangan dan pendebat terbaik 2018 dimenangi oleh wakil daripada KKM. Di pentas final telah berlaku persidangan di antara Team A KTSN sebagai perwakilan kerajaan dan Team A KAB sebagai perwakilan pembangkang. Usul yang diperdebatkan di pentas final ialah 100 Universiti Terbaik : Universiti Awam Perlu Diberikan Status Autonomi. Secara rasminya usul pada malam itu ditolak dan ini menandakan bahawa juara Debat NC 2018 disandang oleh Team A KAB. Pendebat terbaik untuk sidang tersebut juga dijuarai oleh wakil daripada Team A KAB.
KELEBIHAN PROGRAM
Kelebihan utama program ini ialah melahirkan pendebat yang hebat dan juga pelajar UKM yang berani bercakap dihadapan khalayak ramai dengan fasih serta melontarkan fakta-fakta yang benar. Membantu pelajar berfikir secara dua aspek iaitu aspek yang baim dan aspek yang tidak baik bagi sesuatu keadaan atau isu yang timbul. Selain itu dapat menyediakan pelajar untu temu duga yang akan mereka hadapi suatu hari nanti kerana program debat ini mengajar mereka untuk berfikir dengan pantas dan memberikan keyakinan kepada mereka ketika bercakap dan berkomunikasi.
KELEMAHAN PROGRAM
Kelemahan atau kekurangan program semasa persidangan di FSSK yang pertama ialah dari segi penyediaan makanan, tiada makanan yang disediakan untuk MEP pengiring setiap kolej dan ahli kumpulan penyelidik. Kedua, dari segi pengiring bilik sidang, berlaku kekeliruan untuk ke tempat sidang kerana pengiring tidak mengetahui tempat yang sepatutnya dituju dan ini menyebabkan masa kuarantin terbazir. Ketiga, tiada meja persidangan yang sesuai di bilik sidang 1 hingga sidang 4, hanya kerusi kuliah yang disediakan dan ini menyukarkan menteri-menteri semasa persidangan berlangsung. Keempat, tempat persidangan yang tidak strategik, terdedah kepada umum dan menyebabkan gangguan kepada peserta terutama di sidang kawasan pusanika iaitu sidang 9 dan sidang 11. Yang terakhir ialah juri, juri tidak menjalankan tugas dengan amanah dan adil dan memberikan alasan dan mengulas dengan tidak professional dan mengikut emosi. Kelemahan program semasa final yang pertama ialah, tidak menyediakan bilik kuarantin menyebabkan peserta terpaksa duduk di atas lantai dan kawasan yang gelap untuk membuat persediaan. Yang kedua, tentatif yang tidak tepat dan tidak terurus. Yang terakhir ialah ruangan yang sempit untuk penonton yang menyebabkan tidak semua pelajar kolej dapat menyertai program tersebut akibat kekangan tempat duduk.
PENAMBAHBAIKAN
Yang pertama adalah menyediakan makanan untuk MEP pengiring dan kumpulan penyelidik. Kedua, memastikan semua pengiring sedia maklum dengan tempat persidangan dan tahu arah ke bilik sidang supaya memudahkan peserta dan tidak membuang masa. Ketiga, menyediakan tempat sidang yang lebih tertutup dan tiada gangguan kerana ini akan menjadi faktor yang besar kepada peserta seperti kehilangan fokus. Keempat, menyedikan peralatan yang sesuai untuk setiap bilik sidang. Kelima, menyediakan bilik kuarantin yang sepatutnya bagi memudahkan peserta akhir Debat NC 2018. Keenam, mengikut tentatif yang telah disediakan dan yang terakhir adalah mengadakan final di DECTAR kerana ia akan memuatkan ribuan pelajar UKM untuk hadir dan memberikan sokongan kepada peserta.
Okay itu sahaja untuk entry kali ini, untuk laporan seterusnya kita jumpa di entry seterusnya. Assalammualaikum
ONCE IN YOUR LIFE TRY SOMETHING WORK HARD AT SOMETHING TRY TO CHANGE NOTHING BAD CAN HAPPEN - JACK MA
Thursday, December 13, 2018
Management: KPJ HEALTHCARE BERHAD REPORT
1.0 PENGENALAN
KPJ
Healthcare Berhad (KPJ) adalah bahagian prisihatin Johor Corporation (JCorp),
dan juga merupakan peneraju dalam industri perkhidmatan kesihatan yang mencabar
di Malaysia.
Sejak
penubuhan hospital pertamanya dalam tahun 1981, KPJ telah berkembang maju dan
kini memiliki 42 buah anak syarikat dan syarikatsyarikat bersekutu yang
berteraskan perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar. Ini
menjadikan KPJ sebuah perusahaan penjagaan kesihatan yang terbesar di Malaysia.
Portfolio perniagaannya termasuk pengurusan hospital, perkhidmatan teknikal
penjagaan kesihatan, pembangunan hospital dan pentauliahan, pendidikan
kejururawatan, sains kesihatan dan pembelajaran profesional pendidikan
kesihatan yang berterusan, perkhidmatan patologi dan pemerolehan.
KPJ Healthcare Berhad adalah kumpulan
penjagaan kesihatan tempatan pertama di Malaysia yang telah disenaraikan di
Papan Utama Bursa Malaysia pada 29 November 1994. Dengan jumlah aset melebihi
RM1.1 billion dan dana pemegang saham melebihi RM443 juta, KPJ kini menjadi
peneraju kumpulan penyedia perkhidmatan penjagaan swasta terbesar negara yang
tersenarai dengan modal berbayar RM 204 juta.
Berdiri
teguh di belakang wawasan korporatnya, untuk menjadi “pilihan utama pengguna
dalam perkhidmatan prisihatin” KPJ sejak dari penubuhannya, sentiasa mencari
peluang baru bagi menjamin prestasi terbaik Kumpulan. Sebahagian besar
pencapaian Kumpulan adalah hasil dari falsafah kukuh korporatnya yang sentiasa
mengilhamkan kecemerlangan, menggalakkan inisiatif diri dan kerja berpasukan,
melaksanakan sinergi strategik dan menyemai ketelusan yang tinggi dan semangat
keusahawanan untuk menjadi barisan hadapan dalam penyediaan penjagaan kesihatan
dan pembangunan negara dan antarabangsa.
Kesemua
ini diperkukuhkan lagi melalui misi korporatnya, iaitu “Menyediakan
Perkhidmatan Prisihatin Berkualiti Kepada Pelanggan”, sejajar dengan 5 teras
nilai-nilai asas iaitu, Keselamatan, Budi Pekerti, Ketelusan, Profesionalisme
dan Peningkatan Berterusan.
Komitmen
KPJ adalah untuk menyediakan kepada pesakit penjagaan berkualiti dengan khidmat
yang tidak ada bandingan oleh sebuah pasukan yang profesional dan anggota
pekerja sokongan menggunakan teknologi tercanggih. KPJ yang diterajui oleh
pakar profesional klinikal dan pengurus-pengurus penjagaan kesihatan
berpengalaman, telah memberi KPJ sebuah tapak yang kukuh di dalam industri
penjagaan kesihatan.
Rangkaian
KPJ yang meluas meliputi 23 hospital pakar swasta termasuk 17 di Malaysia, 3 di
Indonesia, 1 di Bangladesh dan 2 di Arab Saudi. KPJ, dengan asasnya yang kukuh
dan dedikasi yang kuat serta komitmen yang tinggi, bersedia untuk menyahut
cabaran pasaran global.
2.0 PERANCANGAN
2.1 Definisi
Perancangan
Perancangan adalah proses menentukan matlamat dan
memutuskan tindakan yang paling sesuai diambil untuk mencapai matlamat
tersebut. Menurut James A.F Stoner dan Charles Wankel (1986) dalam buku mereka
yang bertajuk “Management”, perancangan adalah satu garis panduan yang dirangka
oleh pihak atasan sesebuah organisasi bagi mencapai maksud asal penubuhannya.
Perancangan merupakan satu proses yang melibatkan pentakrifan objektif dan
matlamat organisasi, mewujudkan strategi keseluruhan untuk mencapai matlamat-matlamat
ini dan membangunkan rancangan yang menyeluruh untuk menyelaras dan
mengintegrasikan semua aktiviti dalam organisasi (Robbins & Coulter, 1999).
Perancangan adalah amat penting bagi sesebuah
organisasi. Perancangan membolehkan seseorang pengurus menyediakan hala tuju
syarikat dan mengukur prestasi organisasi. Dengan adanya perancangan
organisasi, pengurus boleh membuat keputusan dan menyelaras dan memperuntukkan
sumber-sumber pengeluaran. Kawalan awalan, semasa dan selepas boleh dilakukan
dari semasa ke semasa mengikut panduan. Dalam perancangan yang strategik,
terdapat beberapa unsur yang hendak dititikberatkan, antaranya termasuklah
visi,, misi , objektif dan lain-lain.
Visi KPJ
Healthcare Berhad adalah “The Preferred Provider Of Healthcare Services”,
misinya adalah “Deliver Quality Healthcare Services To Our Customers” manakala
objektifnya adalah “to maintain or enhance the overall quality of life, dignity
and well-being of every individual needing healthcare service and to create a
more equitable, accessible, effective and efficient healthcare system”. KPJ
Healthare Berhad dapat berkembang maju atas perancangan dan matlamat syarikat
yang jelas dan terperinci ini. Setiap peringkat pengurusan KPJ Healthcare
Berhad memegang kepada lima nilai-nilai asas iaitu keselamatan (safety),
kesopanan (courtesy), ketelusan (integrity), profesionalisme (professionalism)
dan peningkatan berterusan (continuous improvement). Nilai-nilai tersebut
ditentukan bertujuan untuk memastikan hasil dan perkhidmatan yang ditawarkan
tersebut adalah sesuatu yang terbaik dan seragam.
2.2 Kekuatan Perancangan KPJ Healthcare Berhad
Pekerja di KPJ Healthcare Berhad dapat mengetahui
matlamat dan arah tuju organisasi merupakan kekuatan organisasi ini. Hal ini
sedemikian kerana pekerja pada setiap peringkat pengurusan dapat mengetahui
laporan tahunan organisasi di laman web. Laporan tahunan yang terdapat di laman
sesawang bukan sahaja dapat membantu pekerja lebih memahami perkembangan
organisasi, malah pekerja dapat melaksanakan cadangan atau tindakan pembaikan
yang disalurkan dalam laporan tahunan KPJ Healthcare Berhad.
Selain itu, kekuatannya termasuklah pihak
pengurusan KPJ Healthcare Berhad mudah untuk melakukan perancangan jangka
panjang. KPJ Healthcare Berhad merupakan organisasi yang berasaskan bidang
perubatan. Oleh itu, perkembangan utama organisasi ini adalah memastikan
kepakaran, ilmu perubatan, teknologi perubatan digital dan aplikasi-aplikasi
yang digunakan dalam hasil dan perkhidmatan mengikut perkembangan dunia dari
semasa ke semasa. Organisasi ini juga melaburkan “Retirement and age-care
resort” di Australia dan in Sibu, Sarawak, “Senior Living Care” (SLC) centre di
Tawakkal serta “Health Centre” (THC) di
Kuala Lumpur. Untuk perkembangan jangka masa panjang, KPJ Healthcare Berhad
boleh memperbanyakkan pelaburan di bidang-bidang lain.
2.3 Kelemahan Perancangan
KPJ Healthcare Berhad
KPJ Healthcare
Berhad mempunyai beberapa kelemahan daripada pelbagai aspek. Salah satu
kelemahannya adalah KPJ Healthcare Berhad tidak dapat memotivasikan pekerjanya
kerana perancangan organisasi tidak dikaitkan dengan ganjaran pekerja.
Organisasi ini amat menitikberatkan kepakaran dalam bidang perubatan dan
pelaburan dalam bidang-bidang lain terutamanya bidang perkhidmatan, namun
begitu kebajikan pekerja telah diabaikan oleh pihak pengurusan. Gaji pekerja
ditentukan dan diberikan mengikut kepakaran dan pengalaman. Hal ini sedemikian
mungkin akan menyebabkan pekerja-pekerja berasa tidak adil dan tidak ingin
bekerjasama dengan rakan sekerja. Ganjaran pula tidak diberikan kepada mereka
yang menunjukkan usaha lebih semasa berkhidmat. Sesetengah pekerja berasa tidak
puas hati apabila mereka tidak ditawarkan ganjaran padahal usaha yang dilakukan
adalah sama banyak.
Di samping itu, pihak pengurusan
KPJ Healthcare Berhad akan mengalami risiko yang tinggi dalam proses perancangan
jangka panjang. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, organisasi ini
banyak melabur di bidang-bidang lain dan membuka cawangan hospital di ssetiap
negeri dan luar negara. Apabila organisasi ini ingin menjalankan perancangan
jangka panjang, lebih banyak modal diperlukan untuk menampung kos pengeluaran.
KPJ Healthcare Berhad juga perlu bersaing sengit dengan organisasi berasaskan
perubatan dan perkhidmatan seperti Pantai Hospital untuk mendapatkan
pakar-pakar dan teknologi terkini
3.0 PENGORGANISASIAN
3.1
Definisi Pengorganisasian
Pengorganisasian
secara umum boleh dianggap sebagai proses membuat keputusan mengenai cara yang
terbaik untuk mengumpulkan, mengagihkan dan menyelaraskan aktiviti-aktivit
sumber organisasi agar matlamatnya dapat dicapai. Melalui fungsi ini, pengurus
akan menentukan tugas mana yang perlu disiapakan, bagaimana tugas-tugas
tersebut boleh digabungkan secara terbaik ke dalam pekerjaan yang sepsifik, dan
bagaimanan pekerjaan boleh dikumpulkan ke dalam unit-unit yang berbeza bagi
membentuk struktur organisasi. Di samping itu, pengurus juga bertindak mengisi
sesuatu pekerjaan dengan individu yang boleh melaksanakan pelan dengan jayanya.
3.2
Faedah Faedah Pengorganisasian
Fungsi pengorganisasian amat penting
kepada system pengurusan kerana ia merupakan mekanisma utama yang digunakan
oleh pengurus untuk mengoperasi pelan. Pengorganisasian membentuk dan
mengekalkan perhubungan antara semua sumber organisasi dengan menunjukkan
sumber mana yang akan digunakan untuk aktiviti yang telah ditetapkan, bila, di
mana, dan bagaimana sumber-sumber tersebut akan digunakan. Fungsi
pengorganisasian yang dijalankan dengan sempurna akan dapat membantu pengurus
meningkatkan produktiviti organisasi serta meminimakan duplikasi usaha dan
pembaziran sumber organisasi. Secara spesifik, pengorganisasian yang berkesan
dapat menyediakan faedah-faedah seperti berikut:
1. Memberi
penjelasan mengenai jangkaan prestasi dan tugas-tugas khusus.
2. Mewujudkan
pembahagian kerja yang dapat mengelakkan duplikasi, konflik, dan penyalhgunaan
sumber-sumber bahan dan manusia.
3. Membentuk
aliran aktiviti kerja secara logical yang boleh dilakukan dengan selesa oleh
individu atau kumpulan.
4. Menetapkan
saluran komunikasi yang dapat memudahkan proses membuat keputusan dan kawalan.
5. Mewujudkan
mekanisma penyelarasan yang dapat menjamin keharmonian di kalangan ahli
organisasi yang terlibat dalam pelbagai aktiviti yang berbeza.
6. Membantu
memberi focus keoada usaha yang berkaitan dengan objektif secara logical dan
cekap.
3.3
Geografi
Penjabatan mengelolakan kerja dan
pekerja di dalam unit berasingan oleh lokasi geografi atau daerah. Struktur
organisasi setiap cawangan atau subsidiari akan memberi gerak balas ke atas
pasaran yang berbeza dengan membawa sumber dekat dengan pelanggan.
Rajah
1: Struktur Organisasi KPJ Healthcare Berhad
(Struktur
Divisional Geografik)
3.3.1
Kebaikan
• Setiap
pengurus cawangan KPJ mempunyai
pengetahuan yang luas tentang kehendak dan gelagat pengguna bagi kawasan masing
– masing.
• Memudahkan
pengurus di lokasi tertentu untuk membuat keputusan dengan lebih cepat dan
berkesan.
3.3.2
Kelemahan
• Pengurus
merasa kurang kuasa untuk mengawal pekerja cawangan.
• Kos
yang tinggi akibat faktor demografi yang berbeza mengikut kawasan.
• Kemahiran
tidak dikongsi antara cawangan.
4.0 PENGAWALAN
5.1
Definisi Pengawalan
Pengawalan ialah proses mengukur kemajuan pelaksanaan atau pencapaian
sesuatu
perancangan dan mengambil tindakan
pembetulan jika sesuatu pelaksanaan tersebut telah
menyimpang daripada rancangan asal atau
standard. Menurut Sabri Hj. Hussin (2005),
penagwalan melibatkan proses untuk
menetapkan paiwaian, memantau aktiviti yang sedang
dilaksanakan serta membandingkan
pencapaian sebenar dengan prestasi yang ditetapkan.
Pengawalan merupakan satu proses yang
berterusan dan melibatkan seluruh warga dalam
organisasi. Pengawalan organisasi
merupakan proses memantau atau mengawal selia segala
aktiviti organisasi dengan sistematik dan
konsisten untuk memastikan matlamat organisasi
tercapai (Daft, R.L 2018). Pengawalan
secara segera dan menyeluruh dapat membantu pengurus
untuk mengesan kesilapan-kesilapan dalam
organisasi seperti rungutan pelanggan, kerosakan
produk dan sebagainya. Sekiranya didapati
bahawa sesuatu pelaksanaan atau pencapaian sesuatu
rancangan telah menyimpang daripada
rancangan asal atau standard, tindakan pembetulan perlu
diambil segera. Pelan pembetulan tersebut
dapat membaiki kesilapan yang telah berlaku serta
dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan
yang bakal berlaku. Hal ini secara tidak langsung akan
meningkatkan produktiviti sesebuah
organisasi (Daft, R.L 2018).
5.1
Kekuatan Pengawalan KPJ Healthcare Berhad
KPJ Healthcare Bhd telah menggunakan kedua-dua jenis kawalan dalam
organisasi
mereka agar matlamat organisasi akan
tercapai. Antara kedua-dua jenis kawalan yang digunakan
ialah kawalan dalaman dan kawalan luaran.
Kawalan dalaman merujuk kepada pemantauan
daripada pihak pengurusan atasan terhadap
pelaksanaan aktiviti organisasi. Manakala, kawalan
luaran ialah penyeliaan daripada
pihak-pihak yang tidak mempunyai hubungan secara langsung
dengan organisasi seperti Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan sebagainya.
Antara kawalan dalaman yang telah digunakan
oleh KPJ Healthcare Bhd ialah audit
dalaman dan prosedur kerja. Audit dalaman
merupakan kerja-kerja pengauditan yang dilakukan
oleh juruaudit dalam organisasi untuk
kegunaan organisasi sendiri. Audit dalaman membolehkan
pihak pengurusan organisasi untuk menilai
pengendalian akauan dalaman serta inventori yang
sedia ada. Audit dalaman juga dapat
menentukan kebolehpercayaan amalan perakaunan serta
menilai mutu dan prestasi pengurusan.
Bahagian Kewangan KPJ Healthcare Berhad telah
menyediakan laporan audit dalaman untuk
menilai prestasi dan pencapaian organisasi dalam
tempoh yang tertentu. Laporan audit
dalaman yang disediakan tersebut akan diserahkan kepada
akauntan yang bertauliah untuk tujuan
pengesahan audit luaran.
Selain itu, KPJ Healthcare Berhad juga memperkenalkan prosedur kerja
yang teratur dan
jelas untuk seluruh warga organisasinya.
Dasar organisasi merupakan tatacara atau garis panduan
yang digunakan oleh sesebuah organisasi
untuk melakukan aktiviti-aktiviti organisasi dengan
lebih efektif dan berkesan. Setiap
subordinat dalam organisasi perlu mematuhi prosedur kerja
supaya setiap kerja dapat dilaksanakan
dengan mengikuti proses kerja yang seragam. Prosedur
kerja juga menjadi rujukan kepada
subordinat semasa melaksanakan tugasan atau membuat
keputusan. KPJ Healthcare Berhad telah
memperkenalkan Kod Etika Kerja KPJ untuk seluruh
warga organisasi untuk mengelakkan berlakunya
sebarang dilema kerja. Kod Etika Kerja KPJ
meliputi panduan-panduan seperti Kod Etika
Pemakaian, Panduan untuk mengurus konflik
antara staf dengan pesakit, gangguan
seksual, Larangan untuk menerima rasuah dan sebagainya.
Dengan adanya prosedur kerja yang kukuh,
maka seluruh warga KPJ Healthcare Berhad dapat
meningkatkan lagi integriti dan ketelusan
dalam melaksanakan tugasan masing-masing.
Kawalan
luaran yang telah digunakan oleh KPJ Healthcare Bhd meliputi audit luaran dan
undang-undang. Audit luaran ialah kerja-kerja
pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit
professional atau akauntan bertauliah yang tidak
mempunyai sebarang hubungan langsung
dengan organisasi. Audit luaran bertujuan untuk
memastikan organisasi mematuhi tatacara
pengawalan luaran organisasi serta meningkatkan lagi
kebolehpercayaan perakaunan organisasi.
Laporan audit dalaman yang disediakan oleh juruaudit
dalaman KPJ Healthcare Berhad akan
disemak dan dinilai oleh juruaudit luaran ataupun
akauntan bertauliah bagi memastikan
prosedur-prosedur pengauditan BY-LAWS (on Professional
Ethics, Conduct and Practice) yang
ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara ditepati dan
dipatuhi. Akauntan bertauliah menyemak
dan menilai pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit
dalaman bagi memastikan
kebolehpercayaan kerja-kerja pengauditan. Audit luaran
juga memberi gambaran yang jelas
kepada pihak ketiga seperti pelabur dan pembiaya
tentang prestasi organisasi. Laporan audit
dalaman yang telah disahkan akan diterbitkan dalam
bntuk Laporan Tahunan untuk kegunaan
pihak ketiga.
Di
samping itu, KPJ Healthcare Berhad juga mematuhi dan bertegang teguh kepada
undang-undang yang sedia ada. Undang-undang merujuk
kepada peraturan-peraturan yang telah
digubal oleh badan perundangan sesebuah negara yang
termaktub dalam perlembangan sesebuah
negara atau sesebuah akta. KPJ Heathcare Berhad telah
menjadikan Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang telah
diperkenankan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia sebagai sumber rujukan untuk
melaksanakan pengurusan harian di hostipal
dan pusat kesihatan. KPJ Heathcare Berhad juga
mengimplementasikan Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010 supaya segala maklumat tentang pesakit
adalah terlindung dan sulit serta akan
disebarkan keluar tanpa persetujuan pesakit.
5.2
Kelemahan Pengawalan KPJ Healthcare Berhad
Secara
umumnya, KPJ Healthcare Bhd juga mempunyai beberapa kelemahan dari segi
pengawalan walaupun pendekatan pengwalan yang
sistematik dan kukuh telah direalisasikan.
Antaranya ialah Perundangan dan kod etika yang sedia
ada tidak berupaya untuk menyelesaikan
pertenglikahan antara organisasi dengan keluarga
pesakit walaupun akta-akta tersebut dipatuhi
sepenuhnya. Hal ini demikian kerana masih wujud
bahagian yang tidak dinyatakan secara jelas
dalam undang-undang atau kod etika yang sedia.
Penyelesaian atau intervensi yang dikemukakan
oleh KPJ Healthcare Bhd untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau pertenglikahan mungkin
dianggap tidak adil terhadap salah satu pihak kerana
tidak ada panduan yang jelas.
Selain
itu, KPJ Helathcare Bhd juga tidak mempunyai panduan yang lengkap tentang
pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat.
Tanggungjawab Sosial Korporat merupakan satu
kewajipan atau tanggungjawab pihak pengurusan
organisasi dalam membuat keputusan serta
mengambil tindakan yang sepatutnya demi menjaga
kebajikan dan kepentingan masyarakat serta
organisasi. KPJ Healthcare Bhd merupakan satu
organisasi yang menyediakan perkhidmatan
penjagaan kesihatan. Sehubungan dengan itu, KPJ Healthcare
Bhd tidak mempunyai kepakaran
dalam menganani isu-isu sosial. Jadi, KPJ Healthcare
Bhd mungkin akan menghadapi kritikan
daripada masyarakat sekiranya Tanggungjawab Sosial
Korporat tidak direalisasikan dengan baik
dan sudah pastilah reputasi dan nama baik organisasi
akan tercemar dan terjejas.
5.0 KONKLUSI
KPJ Healthcare Berhad telah menjadi salah satu
perkhidmatan kesihatan yang terkemuka di
Malaysia kerana pengorganisasian syarikatnya serta
sifat kepimpinan yang dimiliki oleh
pengurusnya.
Faktor utama kejayaan serta pencapaian KPJ Healthcare
Berhad sepanjang ia beroperasi adalah
kerana pengurusnya yang berdedikasi serta mampu
mentadbir organisasi dengan baik.
Pengetahuan yang luas serta dapat memahami gelagat
pengguna yang dimiliki oleh pengurus
dapat menjamin kelangsungan perkhidmatan KPJ
Healthcare Berhad di Malaysia.
Kecekapan dalam membuat pengurusan pengawalan juga
dapat menjadikan KPJ Healthcare
Berhad sebagai salah satu pusat kesihatan yang berjaya
dan mampu mencapai keuntungan serta
prestasi yang disasarkan oleh syarikat.
KPJ Healthcare Berhad telah menjadi antara salah
sebuah pusat kesihatan yang terpenting dalam
kalangan masyarakat Malaysia kerana perkhidmatan dan
langganan yang diberikan sangat
berbaloi dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Buletin : PENUNTUT UKM
PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...

-
1.0 PENGENALAN KPJ Healthcare Berhad (KPJ) adalah bahagian prisihatin Johor Corporation (JCorp), dan juga merupakan peneraju da...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T Insha...
-
TEORI ERG ( Theory ECG) - dipelopori oleh Clayton Alderfer, seorang ahli psikologi daripada Amerika Syarikat - ringkasan dari...