Sunday, October 28, 2018

Debat NC : DEMI MANCAPAI STATUS NEGARA BEBAS JENAYAH HAK ASASI RAKYAT HARUS DISEKAT

Image result for negara bebas jenayah



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC.


- Diisyhtiharkan oleh PBB -10/12/1948

- 4KOMPONEN UTAMANYA

· Kepercayaan

· Ketakutan

· Bersuara – fasal (1) a perkara 10 perlembagaan persekutuan

· Kemahuan

- Isu berkaitan

· Isu seks luar nikah/lgbt

1) Perjuangan aktivitis dengan hak² asasi seperti :

a) Perkara 19 pengisytiharan Hak Asasi Sejagat dan HAK ASASI MANUSIA/ ANTARABANGSA dalam perjanjian ANTARABANGSA dijadikan alat untuk menuntut .


2) Buli siber/penyebaran maklumat yang tidak sahih

Alat sekatan

a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

b) Akta hasutan 1948

c) Akta Jenayah Komputer 1997

d) Akta mesin cetak dan penerbitan 1984

e) Akta penyiaran 1988



· Isu maksiat / zina / arak

1) “ Himpunan Rakyat Tolak Usul Hadi” – sokong zina/murtad/ minum arak (KEBEBASAN BERAGAMA)

- Kes berkaitan Akta Mahkamah syariah bidang kuasa jenayah 1965@RUU 355

Langkah :

- Guna undang-undang sebagai perisai utama

- Guna Akta Hasutan



Contoh isu dan kejayaan sekatan undang2

Isu NAJIB RAZAK

- Zaman dia guna – sekatan ucapan secara aman untuk lindungi Najib

- Dicatatkan di dalam buku ‘ Deepening The Culture of Fear: Criminalization of Peaceful Expression in Malaysia

- Guna Akta Rahsia Rasmi untuk elak siasatan berkaitan 1MDB

- Tiada kawalan dalam hak bersuara

- - pergaduhan / peperangan menyumbang kepada pembunuhan antara masyarakat

- Guna media massa

- Sekatan boleh elak melalui akta-akta yang ada – kuatkuasa akta yang berkaitan



Mutakhir ini, isu utama yang sering dibangkitkan masyarakat khususnya pengamal media ialah hak menulis dan melapor dengan bebas dan tanpa sekatan. Benar, kebebasan untuk menulis, memberi pandangan, melapor atau dikenali sebagai ‘kebebasan media’ sangat berkait rapat dengan kebebasan bersuara iaitu salah satu hak asasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Untuk makluman, kebebasan bersuara warganegara Malaysia dijamin di bawah Fasal (1)(a) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Fasal itu memperuntukkan bahawa tiap-tiap warganegara adalah berhak kepada kebebasan bersuara.

Namun perlu diingat bahawa kebebasan ini bukanlah suatu hak mutlak. Fasal (2) Perkara 10 memberi kuasa kepada Parlimen untuk mengenakan sekatan melalui undang-undang kepada kebebasan bercakap dan bersuara demi memelihara kepentingan keselamatan Persekutuan, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Dalam konteks Malaysia, komunikasi media diberi kebebasan untuk berperanan dalam lingkungan undang-undang dan akta yang telah ditetapkan. “Ini bertujuan mengelak daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang boleh memudaratkan keselamatan atau kestabilan negara”. - (Othman Muhammad 1998:3).

Harus ditekankan bahawa kebebasan pengamal media untuk menulis, memberi pandangan, melapor dan menerbit sesuatu perkara adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang wajar seperti diperuntukkan secara nyata melalui undang-undang.

Oleh kerana pengamal media diberi kuasa untuk ‘mempengaruhi’ orang awam maka sewajarnya digunakan dengan penuh tanggungjawab bagi memelihara ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Selain itu, pengamal media yang bertanggungjawab juga harus bersama-sama menilai dan mengkritik dalam usaha menambah nilai untuk kebaikan, dan bukannya mengkritik untuk meruntuhkan. Mesej yang disampaikan harus mampu mengubah persepsi dan sikap masyarakat terhadap sesuatu perkara. 

Media yang digerakkan dengan penuh kesedaran sosial mampu membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara, namun media yang dilonjakkan dengan semangat mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kemusnahan akhlak dan pemikiran bangsa akan mengundang pelbagai malapetaka.

Sehubungan itu, masyarakat umum selaku pengguna komunikasi media haruslah menjadi pengguna bijak dalam menilai sesuatu mesej yang dilihat, dibaca dan didengar. Usah bertindak melulu dengan menyebarkan sesuatu yang belum pasti kesahihannya. Jadikan informasi berakhlak sebagai salah satu budaya kita.



POCA

Atas sebab itu, kerajaan telah memperkenalkan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 atau lebih dikenali sebagai Prevention of Crime Act (POCA) yang telah dipinda dan diperluaskan bagi membanteras jenayah-jenayah terancang serta jenayah berat seperti jenayah yang menggunakan senjata api, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api, pergaduhan antara kumpulan ahli kongsi gelap untuk merebut kawasan, perebutan kawasan pengedaran dadah, mengutip wang perlindungan serta sindiket pelacuran dan perjudian.

"POCA antara lain mencakupi pelbagai penambahbaikan dalam mencegah dan mengawal gengsterisme, jenayah berat dan terancang secara lebih berkesan sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Antaranya termasuklah pengenalan alat peranti Elektronic Monitoring Device (EMD)," ujarnya lagi.

Dalam membendung penglibatan lebih ramai rakyat Malaysia dalam kegiatan keganasan seperti penglibatan dalam kumpulan militan, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), telah digubal.

Akta ini memperuntukkan mengenai langkah-langkah pencegahan pelakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing serta bagi kawalan terhadap orang yang terlibat dengan perbuatan sedemikian.

Perdebatan yang mengatakan POCA dan POTA ini mempunyai eleman tahanan tanpa bicara yang dikatakan sebagai jelmaan semula ISA adalah suatu yang berbeza sama sekali.

"Jika sebelum ini, ISA mengundang tohmahan bahawa kuasa Eksekutif Menteri disalahgunakan bagi mengeluarkan perintah tersebut, POCA dan POTA memperuntukkan Lembaga Pencegahan Jenayah yang mana ahlinya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, untuk membuat keputusan mengenainya.

"Undang-undang menentang keganasan yang diperkenalkan di Parlimen ini bukan berhajat menceroboh hak asasi rakyat, tetapi bertujuan menjaga keselamatan rakyat dan negara. Di dalam POTA, tahanan pencegahan boleh dibuat ke atas individu yang terbabit atau menyokong perbuatan keganasan di negara asing. Ia juga berhasrat menyekat rakyat negara ini daripada terbabit secara langsung dalam apa jua aktiviti keganasan", tegasnya lagi.

"Malah, POTA dan POCA juga mengandungi elemen mengimbangkan antara hak asasi manusia dan kepentingan keselamatan negara suatu yang tidak ada dengan ISA, dengan kedua-dua Akta tersebut menghadkan seseorang yang disyaki melakukan kesalahan keselamatan ditahan untuk siasatan selama 28 hari sahaja, berbanding 60 hari di bawah ISA.

POTA dan POCA juga membolehkan seseorang pegawai polis menangkap mana-mana individu tanpa waran jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan ke atas individu itu.

Apabila seseorang ditangkap, kes hendaklah dirujuk oleh pegawai polis kepada Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan tidak lewat daripada tujuh hari dari tarikh penangkapan. Mana-mana orang yang ditangkap hendaklah, melainkan jika dilepaskan terlebih dahulu, dibawa di hadapan seorang Majistret dalam tempoh 24 jam. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

Pengenalan kedua-dua akta ini adalah pendekatan yang berbentuk perundangan bagi membendung penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan pengganas yang jauh menyimpang daripada makna perjuangan sebenar.



RELEVEN KE POCA

Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Syukri Razab mempersoalkan rasional undang-undang baru yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan menyerupai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sedangkan katanya, Datuk Seri Najib Razak sendiri menyatakan kadar jenayah menurun sebanyak 12.6 peratus selepas ISA dimansuhkan dan kenyataan itu turut disokong Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

SYUKRI_RAZABBeliau berkata, laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2013 juga menunjukkan kadar jenayah berkurangan daripada 52,320 kes kepada 49,059 kes apabila polis melancarkan Ops Cantas Khas yang bermula pada Ogos 2013.

“Apa yang pasti, laporan ini memberi gambaran yang amat signifikan bagi menunjukkan tanpa undang-undang seperti ISA dan EO, kadar jenayah masih dapat dibendung.

“Oleh itu SUARAM ingin mempersoalkan rasional penggubalan undang-undang baru seperti Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA), dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) yang peruntukkannya 98 peratus menyerupai ISA,” katanya pada kenyataan media.

Katanya, kedua-dua akta baru ini memperuntukkan penahan tanpa bicara selama dua tahun yang bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) 1948. Menurutnya, melalui akta seperti POTA dan POCA, seseorang itu tidak berpeluang membela diri dan boleh dianggap dihukum tanpa dibuktikan bersalah


Selain itu, Suaram juga mempersoalkan sejauh mana POCA dan POTA akan menjamin keadilan untuk individu yang dituduh memandangkan akta berkenaan tidak memiliki prosedur perbicaraan yang adil untuk tertuduh membela diri.

Apakah Kerajaan boleh memberi jaminan bahawa POCA dan POTA akan bebas daripada kepentingan politik memandangkan perlantikan ahli Lembaga dibuat dengan nasihat menteri, dan dalam masa yang sama keputusan Lembaga tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Menurutnya, SUARAM percaya akta drakonian yang mencabuli hak asasi manusia seperti SOSMA, POCA dan POTA tidak mampu menangani masalah jenayah dalam Negara.

“Kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada proses memperkukuh institusi Polis dengan peningkatan kecekapan siasatan agar semua pesalah didakwa, dibicara di mahkamah dan seterusnya dikenakan hukuman secara adil,” tegasnya.



KUALA LUMPUR 19 MEI- Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Syukri Razab mempersoalkan rasional undang-undang baru yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan menyerupai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Sedangkan katanya, Datuk Seri Najib Razak sendiri menyatakan kadar jenayah menurun sebanyak 12.6 peratus selepas ISA dimansuhkan dan kenyataan itu turut disokong Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2013 juga menunjukkan kadar jenayah berkurangan daripada 52,320 kes kepada 49,059 kes apabila polis melancarkan Ops Cantas Khas yang bermula pada Ogos 2013.

“Apa yang pasti, laporan ini memberi gambaran yang amat signifikan bagi menunjukkan tanpa undang-undang seperti ISA dan EO, kadar jenayah masih dapat dibendung.

“Oleh itu SUARAM ingin mempersoalkan rasional penggubalan undang-undang baru seperti Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA), dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) yang peruntukkannya 98 peratus menyerupai ISA,” katanya pada kenyataan media.

Katanya, kedua-dua akta baru ini memperuntukkan penahan tanpa bicara selama dua tahun yang bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) 1948. Menurutnya, melalui akta seperti POTA dan POCA, seseorang itu tidak berpeluang membela diri dan boleh dianggap dihukum tanpa dibuktikan bersalah

Selain itu, Suaram juga mempersoalkan sejauh mana POCA dan POTA akan menjamin keadilan untuk individu yang dituduh memandangkan akta berkenaan tidak memiliki prosedur perbicaraan yang adil untuk tertuduh membela diri.

Apakah Kerajaan boleh memberi jaminan bahawa POCA dan POTA akan bebas daripada kepentingan politik memandangkan perlantikan ahli Lembaga dibuat dengan nasihat menteri, dan dalam masa yang sama keputusan Lembaga tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Menurutnya, SUARAM percaya akta drakonian yang mencabuli hak asasi manusia seperti SOSMA, POCA dan POTA tidak mampu menangani masalah jenayah dalam Negara.

“Kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada proses memperkukuh institusi Polis dengan peningkatan kecekapan siasatan agar semua pesalah didakwa, dibicara di mahkamah dan seterusnya dikenakan hukuman secara adil,” tegasnya.



Negara bebas jenayah :

1. Norway – ranking jenayah di bawah 1/100,000 , mengurangkan ketenteraannya kerana kurangnya kadar jenayah

2. Belgium

3. Jepun

4. Finland

5. Switzerland

6. New Zealand- jenayah adalah sesuatu yang jarang, negara yang paling aman d dunia, mempunyai hubungan yang baik dengan negara jiran,

7. Negara yang mempunyai masalah pengangguran yang rendah, taraf hidup yang tinggi dan memiliki tahap Pendidikan yang paling tinggi di dunia.

8. Austria

9. Denmark

- Berada di tangga ke 5 dunia dengan GPI 1.337 kes jenayah dan negara paling selamat dikunjumgi pada 2012-2016

10. Iceland – ratio jenayah 29/100000

Diiktiraf oleh GPI – GLOBAL PEACE INDEX



4 tonggak utama negara bebas jenayah

- Bebas dari semua ancaman fizikal,social dan mental

- Persekitaran sentiasa berada di dalam keadaan yang terpelihara

- Penghuninya sentiasa berada dalam keadaan selamat, ceria , sejahtera dan sihat

- Tiada suasana yang menganggu gugat kesejahteraan setempat. Etc, ragut, jenayah kolar putih rasuah dll.



CHICAGO: Seorang anggota polis kulit putih didapati bersalah semalam kerana menembak mati seorang remaja kulit hitam, kejadian yang mencetuskan protes berbulan-bulan di bandar ketiga terbesar Amerika Syarikat.

Jason Van Dyke melepaskan 16 tembakan ke arah Laquan McDonald yang berusia 17 tahun ketika kejadian yang berlaku pada 2014.

Kejadian itu dirakam video polis yang menunjukkan remaja itu yang memegang pisau seperti berjalan menjauhi beberapa anggota polis apabila dia ditembak.

Juri 12 orang mencapai keputusan itu hanya sehari selepas memulakan perbincangan tetapi tidak mendapati Van Dyke bersalah membunuh tahap pertama tetapi tahap kedua.

Van Dyke juga bersalah atas 16 tuduhan menggunakan senjata api secara keterlaluan bagi setiap peluru yang dilepaskan tetapi tidak bersalah atas satu tuduhan melakukan kesalahan peri laku sebagai anggota polis.

Keputusan perbicaraan dianggap bergantung kepada rakaman video menunjukkan Van Dyke terus melepaskan tembakan sekali pun McDonald sudah tidak bernyawa.

Lebih penting lagi, Van Dyke juga dilihat mendekati McDonald dan terus menembak meskipun dia mendakwa melepaskan tembakan kerana remaja itu berada terlalu dekat dengannya sambil memegang pisau.

Beberapa juri memberitahu wartawan bahawa mereka tidak ada masalah mencapai keputusan kerana bukti adalah jelas.

Bagaimanapun, mereka memilih untuk mengenakan dakwaan bersalah membunuh tahap kedua kerana percaya Van Dyke bercakap benar dia rasa terancam.

“Dia sepatutnya tidak mengambil langkah yang tidak akan membawa kepada ketegangan sebaliknya bertindak menamatkan ketegangan,” kata seorang juri. - AFP

http://parstoday.com/id/radio/world-i56206-pelanggaran_luas_ham_di_amerika

No comments:

Post a Comment

Buletin : PENUNTUT UKM

  PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...