بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC.
1. MERISIKOKAN
KESIHATAN
-
Perkahwinan bawah usia
membawa kepada hubungan seksual awal yang secara tidaj lansung akan mendedahkan
kanak-kanak tersebut kepada risiko kehamilan dan bersalin. Pusat Antarabangsa Penyelidikan
dan Wanita melaporkan bahawa kanak-kanak perempuan di bawah 15 tahun adalah
lima kali lebih cenderung untuk meninggal semasa kehamilan dan bersalin
daripada wanita dalam usia mereka 20-an. Perempuan berumur di bawah 18 tahun
juga mengalami komplikasi yang lebih tinggi dalam kehamilan dan bersalin
berbanding wanita berumur 20-24 tahun. Hal ini berlaku kerana pada usia muda
ini mereka belum mencapai kematangan fizikal dan organ pembiakan mereka masih
belum berkembang sepenuhnya.
-
Fakta : 45% gadis di Mali
dan 42% di Uganda melahirkan anak pada usia muda. Gadis seawal usia 10 dan 14 tahun adalah lima
kali ganda terdedah dengan risiko kematian.
-
Hal ini kerana, pada usia
ini mereka mempunyai pelvis yang kecil dan masih belum sedia untuk melahirkan anak.
Mereka terdedah dengan fistula obstetric sebanyak 88%. ( Fistula obstetric
merupakan komplikasi ketika melahirkan anak yang mana pembukaan antara vagina
dan rectum yang tidak normal)
2. MERISIKOKAN
NYAWA BAYI DALAM KANDUNGAN
-
Kajian yang dijalankan
oleh Nawal M Nour seorang pakar obstetrik dan ginekologi mendapati bahawa kadar
kematian bayi adalah 60% lebih tinggi apabila ibu yang mengandung berusia di
bawah 18 tahun. Kehamilan awal dalam perkahwinan kanak-kanak juga selalunya
akan membawa kepada masalah keguguran, kematian pada ketika lahir dan pengguguran.
Walaupun kandungan dan bayi itu selamat, bayi tersebut akan mengalami masalah
kekurangan berat badan, kurang zat dan nutrisi dan membantutkan perkembangan
fizikal dan kognitif
-
Data yang dikumpul juga membuktikan
bahawa selepas tahun pertama masih hidup, kanak-kanak mempunyai kadar mortaliti
(jangka hayat) sebanyak 28%. Hal ini kerana, kekurangan zat dan nutrisi,
ketidakmatangan emosi dan fizikal dan risiko menghidap penyakit berjangkit.
3. RISIKO
TINGGI UNTUK MENDAPAT STDs DAN KANSER SERVIKS
-
Gadis yang berkahwin pada
usia muda lebih cenderung untuk dijangkiti STDs terutamanya penyakit HIV dan
virus papilloma (HPV). Kajian yang dilakukan oleh Persekutuan Antarabangsa
Ginekologi dan Obstetrik dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan
bahawa gadis-gadis muda terdedah dengan risiko yang lebih tinggi mendapat STDs
yang disebabkan perkahwinan awal.
-
Sesetengah keluarga
berpandangan bahawa dengan mengahwinkan anak-anak mereka di bawah umur akan
melindungi mereka daripada penyakit HIV /AIDS. Namun kajian yang dijalankan
oleh Dr. Nawal M Nour membuktikan bahawa perkahwinan awal usia ini merupakan
faktor kepada jangkitan penyakit ini.
-
Fakta : Di Uganda, kadar
jangkitan HIV yang dihadapi oleh gadis yang berkahwin dalam linkungan umur 15
adalah 89% dan 19 tahun adalah 66%. Jangkitan ini berlaku kerana pasangan
mereka yang menjangkiti mereka semasa mengadakan hubungan seks.
-
Di samping itu,
ketidakupayaan fizikal juga meningkatkan risiko jangkitan HIV dan juga menyebabkan
penyakit lain seperti herpes, simplex virus type 2, gonorrhoea dan ch;amydia.
-
Oleh itu, penyelidikan
telah membuktikan bahawa perkahwinan bawah umur dapat meningkatkan risiko
penularan virus, STDs, HIV dan kanser serviks.
4. GANGGUAN
PSIKOLOGI DAN PSIKIATRI
-
Gadis-gadis yang
berkahwin bawah umur ini akan kehilangan zaman kanak-kanak mereka kerana mereka
tidak mempunyai peluang untuk bermain, berkawan, membina kemahiran bersosial
atau memperoleh pendidikan yang sepatutnya mereka dapat. Perkara ini seterusnya
akan menganggu emosi dan perkembangan psikologi, mereka berasa terasing,
dipulau dan tertekan berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Nour dalam
artikel beliau, Child Marriage : A Silent Health and Human Rights Issue
1. PENDIDIKAN
-
Apabila golongan di bawah
umur ini berkahwin, mereka akan cenderung untuk berhenti sekolah tidak kiralah
sebelum perkahwinan atau selepas perkahwinan. Hal ini kerana, tugas yang
digalas sebagai seorang isteri atau ibu akan melakukan kerja-kerja suri rumah
dan menjaga keluarga.
-
Mereka yang berkahwin
bawah umur ini susah untuk memberikan komitmen sebagai seorang pelajar kerana
bebanan yang perlu ditanggung sebagai isteri dan ibu. Terdapat sesetengah
negara mengharamkan kanak-kanak yang hamil atau ibu muda ini untuk melanjutkan
pelajaran mereka.
ISU BERKAITAN PERKAHWINAN BAWAH UMUR
-
Kerajaan jawab isu budak
11 tahun kahwin lelaki 41 tahun
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/30/kerajaan-jawab-isu-kahwin-bawah-umur/#E4pxpxz4h8vMegbk.99. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes perkahwinan bawah umur melibatkan budak perempuan berumur 11 tahun bersama lelaki 41 tahun di Kelantan. Jika seorang budak berumur bawah 16 tahun dinikahkan tanpa kebenaran bertulis daripada Hakim Mahkamah Syariah, ia merupakan tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan. Namun, dalam kes ini perkahwinan antara dua individu ini melalui proses permohonan oleh pasangan dan anggota keluarga tanpa unsur paksaan dan dibuat secara sukarela ( atas dasar suka sama suka).
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/30/kerajaan-jawab-isu-kahwin-bawah-umur/#E4pxpxz4h8vMegbk.99. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes perkahwinan bawah umur melibatkan budak perempuan berumur 11 tahun bersama lelaki 41 tahun di Kelantan. Jika seorang budak berumur bawah 16 tahun dinikahkan tanpa kebenaran bertulis daripada Hakim Mahkamah Syariah, ia merupakan tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan. Namun, dalam kes ini perkahwinan antara dua individu ini melalui proses permohonan oleh pasangan dan anggota keluarga tanpa unsur paksaan dan dibuat secara sukarela ( atas dasar suka sama suka).
- Ulama, NGO bincang isu perkahwinan
bawah umur. Beberapa pihak berkepentingan termasuk ulama, pertubuhan bukan
kerajaan (NGO), pakar perundangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu perkahwinan
bawah umur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr.
Muhajid Yusof menyatakan perbincangan diadakan sekali pada setiap bulan sebagai
usaha pihak berkepentingan untuk membuat keputusan dalam meminda akta sedia ada
bagi menyekat perkahwinan bawah umur. Mereka mencadangkan pada masa hadapan
syarat-syarat ini ditiadakan atau diharamkan perkahwinan bawah umur yang
ditetapkan oleh undang-undang dan boleh dianggap sebagai satu jenayah jika
tidak mematuhi had umur.
No comments:
Post a Comment