بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC.
KONSEP
-
Bermula
kuasa air, stim dan mekanikal, kemudian eletrik dan pengeluaran massa,
seterusnya pengkomputeran, automasi dan elektrik adalah 3 revolusi industry
yang telah dilalui sejak tahun 60-an hingga 2010. Kini kita telah melangkah ke
era Revolusi Industri yang dikenali sebagai Fourth Industrial Revolution.
-
Menurut
pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial
Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini lebih diketahui dengan
kemunculan supercomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan
genetic dan perkembangan neoroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih
mengoptimalkan fungsi otak.
-
Revolusi
Industri 4.0 ini merangkumi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti
automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi
system, penggunaan robotic dan cloud yang bakal memberi impak kepada guna
tenaga manusia.
-
Dalam
debat pada hari ini revolusi industry yang kami bawa adalah bagaimana revolusi
ini boleh merampas kerja manusia. Kami tunjukkan kepada anda dalam dua aspek
iaitu dalam dua sector terbesar iaitu sector perkilangan dan perkhidmatan.
KERJA MANUSIA
-
Pekerjaan
yang menggunakan tenaga fizikal dan mental manusia dalam proses pengeluaran
-
Kerja
merupakan sesuatu yang dikeluarkan oleh seseorang sebagai profesi, sengaja
dilakukan untuk mendapatkan penghasilan. Kerja juga dimaksudkan sebagai
pengeluaran tenaga untuk kegiatan yang diperlukan oleh seseorang untuk mencapai
matlamat tertentu.
-
Adam
Smith dan Karl Max mendefinisikan manusia sebagai agen ekonomi semata. Para kapitalis
pula melihat manusia sebagai agen ekonomi yang tingkahlakunya berpaksikan
kepada mengaut keuntungan individu.
MERAMPAS
-
Definisi
merampas adalah mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksa atau
merebut kepunyaan orang lain.
-
Merampas
juga membawa maksud mengambil alih sesuatu kekuasaan dengan dengan tanpa rela
Kebaikan berbanding manusia
-Lebih produktif
-Lebih cepat
-Lebih jimat ( kos pengeluaran lebih rendah dan kuantiti pengeluaran adalah tinggi)
*Bukti
“Pengasas dan pengerusi eksekutif WEF (World Economic Forum), Klaus Schwab, menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0, merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisa data dan automasi robot.” (1)
9
revolusi 4.0 yg akan dperlukan yg akan menggugat manusia :
Robotik Autonomi (Autonomous Robot)
Penggunaan
robot dalam pembuatan bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan teknologi terkini
kemajuan dalam penciptaan robot akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan
berkeupayaan untuk menangani tugas rumit mahupun operasi seharian. Mereka boleh
dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan
beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia.
Simulasi (Digital Twin)
Sistem
simulasi akan lebih dibangunkan untuk bersifat ‘real-time’ samada dalam
penggunaan mesin , penciptaan objek maya manusia ataupun produk. Sekaligus akan
mengoptimumkan kendalian program dibawah pengawasan, mengurangkan potensi
masalah yang bakal berlaku dan menjimatkan masa serta tenaga kerja.
Teknologi awan (Cloud computing)
Banyak
syarikat telah pun melaksanakan teknologi ini dan akan terus ditambah baik
potensi dalam penyimpanan data di Industri 4.0 kerana kebanyakannya seperti
Digital Twin, Internet of Things memerlukan perkongsian data di seluruh
mesin , tapak dan sempadan syarikat. Dengan peningkatan teknologi awan, lebih
banyak mesin dan data pengeluaran akan dikerahkan ke awan, yang akan
menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan memastikan keberadaan
data bila bila masa sahaja.
Integrasi Sistem
Walaupun
sistem IT hari ini jauh daripada terintegrasi sepenuhnya, dengan Industri 4.0,
syarikat, jabatan, fungsi, pembekal dan pelanggan akan menjadi lebih kohesif
dan bersambung. Dengan integrasi sistem mendatar dan menegak, maklumat dan
pengetahuan akan dapat berjalan lancar melalui keseluruhan rangkaian bekalan
dan meningkatkan kerjasama antara industri R & D , pihak pengeluaran,
pelanggan dan pembekal. Ini bermaksud, segala yang berkaitan akan bersambung
untuk memudahkan urusan pihak tertentu dan mencapai objektif kelancaran sistem
pengeluaran.
Industri Teknologi Peranti Pintar (Internet of things)
Ia
boleh dihuraikan sebagai rangkaian peranti yang mempunyai kecerdasan
tersendiri, yang membolehkan komunikasi antara mesin atau peranti. Ia
menggabungkan pembelajaran mesin, teknologi big
data, data sensor, mesin untuk komunikasi dan teknologi
automasi. Berbanding manusia, mesin pintar yang terhubung dapat mengumpul
dan memproses set data yang besar dengan lebih tepat dan konsisten.
Sekuriti Siber
Dengan
peningkatan teknologi rangkaian, risiko ancaman siber dan serangan siber juga
akan meningkat. Oleh itu, adalah penting setiap syarikat untuk memberi tumpuan
kepada keselamatan siber dan mengetahui bagaimana mereka boleh melindungi data
mereka dan meminimumkan risiko yang berkaitan.
Pembuatan Additif (Percetakan 3D)
Pembuatan
bahan tambahan Industri 4.0 seperti percetakan 3D akan digunakan untuk
menghasilkan produk berbingkai yang lebih kecil mengikut kesesuaian
dengan berat yang ringan atau reka bentuk kompleks, prototaip dan banyak
lagi.
Realiti Maya (Augmented Reality)
Industri
ini akan memainkan peranan penting dalam industri 4.0, kerana ia dapat membantu
menyediakan maklumat visual yang tepat dalam masa yang tepat kepada orang yang
tepat dan di tempat yang tepat.Penyelesaian ini boleh digunakan dengan
peranti handhold seperti
telefon pintar dan tablet, atau bersepadu dalam produk seperti cermin mata atau
lain-lain. Teknologi ini akan memberikan lebih banyak kelenturan, kesesuaian,
peningkatan dan daya saing faktor manusia dan penambahbaikan yang berterusan.
Ini juga akan membawa kepada pengurangan kecacatan dalam gerak kerja yang
sesuai untuk industri perkhidmatan dan penyelenggaraan, dan mengurangkan
potensi ‘error’ dalam melatih teknologi ini kepada pekerja baru.
Analisis data besar (Big data)
Data
besar telah menjadi kata kunci popular, yang mungkin anda jumpai selama
beberapa tahun ini. Syarikat-syarikat telah mula mengumpul dan menganalisis set
data besar dengan niat untuk mengoptimumkan kualiti pengeluaran, penjimatan
tenaga, mengurangkan kos pengeluaran dan lain-lain. Dengan peningkatan bilangan
sensor bersepadu ke arah memudahkan pengilangan mesin dan produk, ia akan dapat
meningkatkan kuantiti juga kualiti data. Dengan analisis data yang besar, ia
akan dapat mengekstrak maklumat berharga daripada set data yang besar dan
mencapai perkhidmatan yang lebih baik, meningkatkan kualiti produk dalam masa
yang lebih singkat serta mengurangkan kos.
Industri
4.0 adalah satu revolusi baharu yang akan memberikan lebih banyak kemudahan
kepada kehidupan manusia sekaligus meningkat produktiviti ekonomi, hospitaliti,
perkhidmatan dan sektor lain.
*Cabaran
– melebarkan jurang pendapatan penduduk
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak
(Unirazak) turut menyatakan, Industri 4.0 dijangka akan melebarkan lagi jurang
pendapatan antara penduduk. Masyarakat kelas menengah rendah diramalkan paling
terjejas akibat kehilangan pekerjaan, susulan penggunaan robot yang akan
menggantikan tenaga buruh manusia.
Hal ini kerana kelas ini tidak memiliki pengetahuan tersirat
(tacit knowledge) untuk ditawarkan. Masyarakat kelas rendah pula masih mampu
bertahan melalui perhatian istimewa dari pihak kerajaan dan industri. Menurut
pandangannya lagi, Malaysia masih belum bersedia untuk menghadapi revolusi
mendatang ini, merujuk kepada jumlah ahli akademik yang masih terkebelakang
berbanding negara lain.
Beliau turut menekankan, kesan
buruk revolusi ini terhadap kesaksamaan taburan pendapatan dan
kemerosotan nilai akhlak serta adab yang akan timbul dari unsur kapitalisme
yang akan menguasai dunia.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, Professor
Klaus Schwab, melalui bukunya bertajuk The Fourth Industrial Revolution
menjelaskan bahawa RP 4.0 adalah berbentuk siber-fizikal. Dalam sistem ini,
kegunaan robot terus meningkat selaras perkembangan kecerdasan buatan
(artificial intelligence - AI) dan kesepaduan Internet Pelbagai Benda (IPB;
Internet of Things - IOT) yang merangkai pelbagai peranti, perisian, peralatan
dan sebagainya.
Ini mencetuskan Era Kecerdasan Berkait (Connected Intelligence
Era), satu titik masa yang meramalkan pertembungan antara alam manusia dengan
dunia robot dalam lonjakan industri abad ke-21.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) dan bekas Naib Canselor USM (2000-2011), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul
Razak, apa yang kurang pasti daripada RP 4.0 ini "adalah kemungkinan satu
ekosistem lain pula yang terbina. Malah berupaya mengubah bukan sahaja cara
hidup, masyarakat, nilai dan norma tetapi persepsi mengenai manusia itu
sendiri, yakni mencabar kesemulajadiannya.
"Ini memandangkan perbezaan aspek semulajadi manusia dan yang
tiruan menjadi bertambah sukar untuk dikesan. Ini dibayangkan oleh istilah
'transhumanisme' berdasarkan teknologi transhumanist sebagai penggeraknya.
Rata-rata ini menggambarkan betapa alam manusia mula dirangkumkan bersama dunia
robot serta AI dan bioteknologi ekoran ciri serta sifat kemanusiaan itu sendiri
sudah dapat dibongkar dan ditiru melalui olahan teknologi hari muka yang lebih
mudah menyelinap ke dalam tubuh manusia itu sendiri."
Secara umumnya, RP 4.0 memerlukan teknologi gabungan disiplin yang
mana berlakunya gabungan antara disiplin sains dan teknologi dengan sains
sosial. Misalnya kajian mengenai robot yang berperasaan memerlukan ilmu
psikologi sains sosial. Jadi gabungan disiplin ini sangat penting.
Kini timbul perdebatan dan perbincangan bagaimana hala tuju
pengajian tinggi negara dalam menghadapi tsunami RP 4.0 ini. Yang jelas,
Kementerian Pendidikan Tinggi sedang merangka dasar terbaik bagi menggerakkan
pendidikan tinggi negara untuk berdaya saing dan menjadi hab kepada RP 4.0 di
rantau Asia Tenggara sekurang-kurangnya. Yang pasti, beberapa perkara boleh
dilakukan oleh kerajaan dan universiti tempatan dalam menggerakkan RP 4.0 ini.
No comments:
Post a Comment