بسم الله الرحمن
الرحيم
Assalamualaikum
wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah
S.W.T InshaaAllah. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan salah satu
pengalaman saya di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pelajar tahun 1.
Setiap tahun UKM akan menganjurkan pertandingan debat dan pidato. Oleh itu,
setiap kolej kediaman wajib menghantar wakil untuk menyertai pertandingan
tersebut. Antara pertandingan yang popular dalam kalangan pelajar adalah
Pertandingan Debat Naib Canselor (DNC) dan Pertandingan Pidato Piala Timbalan
Naib Canselor HEPA UKM. Pertandingan ini dikendalikan oleh pihak
Urus Setia Pengucapan Umum (UPU). Pertandingan ini diadakan di Fakulti Sains
Sosial Kemanusiaan dan Pusanika manakala final diadakan di Persada Canselori
pada tahun ini sahaja. Tahun-tahun sebelumnya dan tahun kehadapan akan diadakan
di DECTAR semula.

Pertandingan
Debat Naib Canselor ini hanya terbuka kepada pelajar tahun satu sahaja. Bagi
mewakili pertandingan ini pemilihan di peringkat kolej kediaman akan diadakan
dan pelajar yang layak untuk mewakili kolej akan dilatih oleh felo dan
jurulatih yang telah dilantik.
Untuk pengetahuan
semua, program ini merupakan anjuran Biro Akademik Majlis Pewakilan Pelajar. And,
saya merupakan timbalan pengerusi bagi Biro Akademik Kolej Aminuddin Baki
2018/2019 (saja mention).
Dunia debat merupakan
dunia yang saya kenal rapat dengannya, tetapi tidak pernah terfikir untuk
tinggal di dalamnya walaupun sesaat. Dan tiba saat saya diarahkan untuk
bersama-sama turun untuk ujibakat debat kerana saya merupakan timbalan
pengerusi. Owh, lupa nak bagitahu yang semua biro (13 Biro)perlu menghantar
wakil mereka untuk di ujibakat oleh alumni debat KAB yang merupakan jurulatih debat
kolej.
Kelak diumumkan
nama calon yang telah disenarai pendek untuk menjadi wakil KAB yang merupakan
kolej yang digeruni kolej-kolej yang lain ( kalau tak percaya boleh masuk UKM
dan anda bakal mengetahui sejauh mana kebenarannya). KAB menghantar 3 kumpulan
(1 kumpulan 4 orang menteri), 2 kumpulan bertanding 1 kumpulan yang digelar ‘Research
Team’ (orang terpenting dalam dunia debat).


Haaa inilah calon-calon kekasih hati anda. Saya tahu mesti
anda semua tak nak tahu yang mana satu saya kan, tapi saya tetap nak bagitahu.
Haaa, saya yang paling tinggi dalam TEAM A. Alhamdulillah Team A melepasi semua pusingan awal dan berjaya membawa nama KAB ke pentas final.
And mesti anda
semua tertanya-tanya siapa juara DNC 2018/2019 kan? JENG JENG JENG..Haa, pijamkan saya mata dan
telinga anda untuk melihat video dibawah ini bagi mengetahui jawapannya. Lupa nak
beritahu usul yang kami debatkan dipentas final ialah 100 Universiti Terbaik : Universiti Awam
Perlu Diberikan Status Autonomi dan kami merupakan perwakilan pembangkang melawan KTSN (kolej di cheras) sebagai kerajaan.
Haa, dah tahu
jawapannya?? Ya anda betul, TEAM A KAB la JUARAnyaa!!
21 October 2018
merupakan tarikh di mana sejarah berulang kembali bagi Kolej Aminuddin Baki
UKM. Selepas 5 tahun penantian, kini KAB dinobatkan sebagai JUARA Debat Naib
Canselor 2018. Alhamdulillah besyukur sangat, penat lelah sepanjang persediaan
dan sepanjang pertandingan berbaloi jua. KAB juga dinobatkan juara liga menang
berturut turut tanpa kalah sepanjang 7 pusingan awal dan menjadi johan di
pentas final. Best speaker juga merupakan wakil daripada Team A KAB. Tahniah
Team KAB. Semoga tahun depan KAB menjadi juara.
Usul
100 Universiti Terbaik : Universiti Awam Perlu Diberikan Status Autonomi secara
rasminya DITOLAK!
Semuanya nampak indah
bukan, tapi anda mesti ingat ‘we must first pass through the storm before we are
to see the rainbow’
Bermula dalam keadaan tidak mempunyai keyakinan untuk
berucap di hadapan khalayak ramai kini saya tidak mempunyai masalah untuk
berucap (ayat seperti iklan produk bukan?).hihi. Latihan yang berterusan dari
pagi sehingga lewat pagi keesokannya, berdebat dalam keadaan yang tidak sihat dan berkat kesabaran felo dan jurulatih
yang mengajar kami amat saya hargai. Sebanyak 11 buah kolej
kediaman menghantar wakil dan setiap kolej menghantar 2 atau lebih pasukan.
Dan kami berada ditempat pertama yang terus menjadikan KAB sebagai kolej
terbaik di UKM
Kolej B KOlej
Bestari, Kolej Aminuddin Baki, Rela Ku Berbakti, Meski Terkorban Diri.
Samapai disi sahaja entri kali ini, SO stay tune untuk tahu apa yang saya lakukan di UKM lagi. Byeee..Assalammualaikum
AFTER RAIN THERE'S A RAINBOW AFTER A STORM THERE'S CALM AFTER NIGHT THERE'S A MORNING AND AFTER AN END THERE'S A NEW BEGINNING
No comments:
Post a Comment