Thursday, December 13, 2018

Management: KPJ HEALTHCARE BERHAD REPORT


1.0 PENGENALAN



KPJ Healthcare Berhad (KPJ) adalah bahagian prisihatin Johor Corporation (JCorp), dan juga merupakan peneraju dalam industri perkhidmatan kesihatan yang mencabar di Malaysia.
Sejak penubuhan hospital pertamanya dalam tahun 1981, KPJ telah berkembang maju dan kini memiliki 42 buah anak syarikat dan syarikatsyarikat bersekutu yang berteraskan perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar. Ini menjadikan KPJ sebuah perusahaan penjagaan kesihatan yang terbesar di Malaysia. Portfolio perniagaannya termasuk pengurusan hospital, perkhidmatan teknikal penjagaan kesihatan, pembangunan hospital dan pentauliahan, pendidikan kejururawatan, sains kesihatan dan pembelajaran profesional pendidikan kesihatan yang berterusan, perkhidmatan patologi dan pemerolehan.
 KPJ Healthcare Berhad adalah kumpulan penjagaan kesihatan tempatan pertama di Malaysia yang telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 29 November 1994. Dengan jumlah aset melebihi RM1.1 billion dan dana pemegang saham melebihi RM443 juta, KPJ kini menjadi peneraju kumpulan penyedia perkhidmatan penjagaan swasta terbesar negara yang tersenarai dengan modal berbayar RM 204 juta.


Berdiri teguh di belakang wawasan korporatnya, untuk menjadi “pilihan utama pengguna dalam perkhidmatan prisihatin” KPJ sejak dari penubuhannya, sentiasa mencari peluang baru bagi menjamin prestasi terbaik Kumpulan. Sebahagian besar pencapaian Kumpulan adalah hasil dari falsafah kukuh korporatnya yang sentiasa mengilhamkan kecemerlangan, menggalakkan inisiatif diri dan kerja berpasukan, melaksanakan sinergi strategik dan menyemai ketelusan yang tinggi dan semangat keusahawanan untuk menjadi barisan hadapan dalam penyediaan penjagaan kesihatan dan pembangunan negara dan antarabangsa.
Kesemua ini diperkukuhkan lagi melalui misi korporatnya, iaitu “Menyediakan Perkhidmatan Prisihatin Berkualiti Kepada Pelanggan”, sejajar dengan 5 teras nilai-nilai asas iaitu, Keselamatan, Budi Pekerti, Ketelusan, Profesionalisme dan Peningkatan Berterusan.
Komitmen KPJ adalah untuk menyediakan kepada pesakit penjagaan berkualiti dengan khidmat yang tidak ada bandingan oleh sebuah pasukan yang profesional dan anggota pekerja sokongan menggunakan teknologi tercanggih. KPJ yang diterajui oleh pakar profesional klinikal dan pengurus-pengurus penjagaan kesihatan berpengalaman, telah memberi KPJ sebuah tapak yang kukuh di dalam industri penjagaan kesihatan.
Rangkaian KPJ yang meluas meliputi 23 hospital pakar swasta termasuk 17 di Malaysia, 3 di Indonesia, 1 di Bangladesh dan 2 di Arab Saudi. KPJ, dengan asasnya yang kukuh dan dedikasi yang kuat serta komitmen yang tinggi, bersedia untuk menyahut cabaran pasaran global.


2.0 PERANCANGAN

2.1 Definisi Perancangan
Perancangan adalah proses menentukan matlamat dan memutuskan tindakan yang paling sesuai diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Menurut James A.F Stoner dan Charles Wankel (1986) dalam buku mereka yang bertajuk “Management”, perancangan adalah satu garis panduan yang dirangka oleh pihak atasan sesebuah organisasi bagi mencapai maksud asal penubuhannya. Perancangan merupakan satu proses yang melibatkan pentakrifan objektif dan matlamat organisasi, mewujudkan strategi keseluruhan untuk mencapai matlamat-matlamat ini dan membangunkan rancangan yang menyeluruh untuk menyelaras dan mengintegrasikan semua aktiviti dalam organisasi (Robbins & Coulter, 1999).
Perancangan adalah amat penting bagi sesebuah organisasi. Perancangan membolehkan seseorang pengurus menyediakan hala tuju syarikat dan mengukur prestasi organisasi. Dengan adanya perancangan organisasi, pengurus boleh membuat keputusan dan menyelaras dan memperuntukkan sumber-sumber pengeluaran. Kawalan awalan, semasa dan selepas boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut panduan. Dalam perancangan yang strategik, terdapat beberapa unsur yang hendak dititikberatkan, antaranya termasuklah visi,, misi , objektif dan lain-lain.
  Visi KPJ Healthcare Berhad adalah “The Preferred Provider Of Healthcare Services”, misinya adalah “Deliver Quality Healthcare Services To Our Customers” manakala objektifnya adalah “to maintain or enhance the overall quality of life, dignity and well-being of every individual needing healthcare service and to create a more equitable, accessible, effective and efficient healthcare system”. KPJ Healthare Berhad dapat berkembang maju atas perancangan dan matlamat syarikat yang jelas dan terperinci ini. Setiap peringkat pengurusan KPJ Healthcare Berhad memegang kepada lima nilai-nilai asas iaitu keselamatan (safety), kesopanan (courtesy), ketelusan (integrity), profesionalisme (professionalism) dan peningkatan berterusan (continuous improvement). Nilai-nilai tersebut ditentukan bertujuan untuk memastikan hasil dan perkhidmatan yang ditawarkan tersebut adalah sesuatu yang terbaik dan seragam.

2.2 Kekuatan Perancangan KPJ Healthcare Berhad

Pekerja di KPJ Healthcare Berhad dapat mengetahui matlamat dan arah tuju organisasi merupakan kekuatan organisasi ini. Hal ini sedemikian kerana pekerja pada setiap peringkat pengurusan dapat mengetahui laporan tahunan organisasi di laman web. Laporan tahunan yang terdapat di laman sesawang bukan sahaja dapat membantu pekerja lebih memahami perkembangan organisasi, malah pekerja dapat melaksanakan cadangan atau tindakan pembaikan yang disalurkan dalam laporan tahunan KPJ Healthcare Berhad.
Selain itu, kekuatannya termasuklah pihak pengurusan KPJ Healthcare Berhad mudah untuk melakukan perancangan jangka panjang. KPJ Healthcare Berhad merupakan organisasi yang berasaskan bidang perubatan. Oleh itu, perkembangan utama organisasi ini adalah memastikan kepakaran, ilmu perubatan, teknologi perubatan digital dan aplikasi-aplikasi yang digunakan dalam hasil dan perkhidmatan mengikut perkembangan dunia dari semasa ke semasa. Organisasi ini juga melaburkan “Retirement and age-care resort” di Australia dan in Sibu, Sarawak, “Senior Living Care” (SLC) centre di Tawakkal serta  “Health Centre” (THC) di Kuala Lumpur. Untuk perkembangan jangka masa panjang, KPJ Healthcare Berhad boleh memperbanyakkan pelaburan di bidang-bidang lain.


2.3 Kelemahan Perancangan KPJ Healthcare Berhad

KPJ Healthcare Berhad mempunyai beberapa kelemahan daripada pelbagai aspek. Salah satu kelemahannya adalah KPJ Healthcare Berhad tidak dapat memotivasikan pekerjanya kerana perancangan organisasi tidak dikaitkan dengan ganjaran pekerja. Organisasi ini amat menitikberatkan kepakaran dalam bidang perubatan dan pelaburan dalam bidang-bidang lain terutamanya bidang perkhidmatan, namun begitu kebajikan pekerja telah diabaikan oleh pihak pengurusan. Gaji pekerja ditentukan dan diberikan mengikut kepakaran dan pengalaman. Hal ini sedemikian mungkin akan menyebabkan pekerja-pekerja berasa tidak adil dan tidak ingin bekerjasama dengan rakan sekerja. Ganjaran pula tidak diberikan kepada mereka yang menunjukkan usaha lebih semasa berkhidmat. Sesetengah pekerja berasa tidak puas hati apabila mereka tidak ditawarkan ganjaran padahal usaha yang dilakukan adalah sama banyak.

            Di samping itu, pihak pengurusan KPJ Healthcare Berhad akan mengalami risiko yang tinggi dalam proses perancangan jangka panjang. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, organisasi ini banyak melabur di bidang-bidang lain dan membuka cawangan hospital di ssetiap negeri dan luar negara. Apabila organisasi ini ingin menjalankan perancangan jangka panjang, lebih banyak modal diperlukan untuk menampung kos pengeluaran. KPJ Healthcare Berhad juga perlu bersaing sengit dengan organisasi berasaskan perubatan dan perkhidmatan seperti Pantai Hospital untuk mendapatkan pakar-pakar dan teknologi terkini








3.0 PENGORGANISASIAN
3.1 Definisi Pengorganisasian
        Pengorganisasian secara umum boleh dianggap sebagai proses membuat keputusan mengenai cara yang terbaik untuk mengumpulkan, mengagihkan dan menyelaraskan aktiviti-aktivit sumber organisasi agar matlamatnya dapat dicapai. Melalui fungsi ini, pengurus akan menentukan tugas mana yang perlu disiapakan, bagaimana tugas-tugas tersebut boleh digabungkan secara terbaik ke dalam pekerjaan yang sepsifik, dan bagaimanan pekerjaan boleh dikumpulkan ke dalam unit-unit yang berbeza bagi membentuk struktur organisasi. Di samping itu, pengurus juga bertindak mengisi sesuatu pekerjaan dengan individu yang boleh melaksanakan pelan dengan jayanya.

3.2 Faedah Faedah Pengorganisasian  
         Fungsi pengorganisasian amat penting kepada system pengurusan kerana ia merupakan mekanisma utama yang digunakan oleh pengurus untuk mengoperasi pelan. Pengorganisasian membentuk dan mengekalkan perhubungan antara semua sumber organisasi dengan menunjukkan sumber mana yang akan digunakan untuk aktiviti yang telah ditetapkan, bila, di mana, dan bagaimana sumber-sumber tersebut akan digunakan. Fungsi pengorganisasian yang dijalankan dengan sempurna akan dapat membantu pengurus meningkatkan produktiviti organisasi serta meminimakan duplikasi usaha dan pembaziran sumber organisasi. Secara spesifik, pengorganisasian yang berkesan dapat menyediakan faedah-faedah seperti berikut:

1.      Memberi penjelasan mengenai jangkaan prestasi dan tugas-tugas khusus.
2.      Mewujudkan pembahagian kerja yang dapat mengelakkan duplikasi, konflik, dan penyalhgunaan sumber-sumber bahan dan manusia.
3.      Membentuk aliran aktiviti kerja secara logical yang boleh dilakukan dengan selesa oleh individu atau kumpulan.
4.      Menetapkan saluran komunikasi yang dapat memudahkan proses membuat keputusan dan kawalan.
5.      Mewujudkan mekanisma penyelarasan yang dapat menjamin keharmonian di kalangan ahli organisasi yang terlibat dalam pelbagai aktiviti yang berbeza.
6.      Membantu memberi focus keoada usaha yang berkaitan dengan objektif secara logical dan cekap.

3.3 Geografi
         Penjabatan mengelolakan kerja dan pekerja di dalam unit berasingan oleh lokasi geografi atau daerah. Struktur organisasi setiap cawangan atau subsidiari akan memberi gerak balas ke atas pasaran yang berbeza dengan membawa sumber dekat dengan pelanggan.

Rajah 1: Struktur Organisasi KPJ Healthcare Berhad
(Struktur Divisional Geografik)

3.3.1 Kebaikan
•      Setiap pengurus cawangan KPJ  mempunyai pengetahuan yang luas tentang kehendak dan gelagat pengguna bagi kawasan masing – masing.
•      Memudahkan pengurus di lokasi tertentu untuk membuat keputusan dengan lebih cepat dan berkesan.

3.3.2 Kelemahan
•      Pengurus merasa kurang kuasa untuk mengawal pekerja cawangan.
•      Kos yang tinggi akibat faktor demografi yang berbeza mengikut kawasan.
•      Kemahiran tidak dikongsi antara cawangan.


4.0 PENGAWALAN
5.1 Definisi Pengawalan
           Pengawalan ialah proses mengukur kemajuan pelaksanaan atau pencapaian sesuatu
perancangan dan mengambil tindakan pembetulan jika sesuatu pelaksanaan tersebut telah
menyimpang daripada rancangan asal atau standard. Menurut Sabri Hj. Hussin (2005),
penagwalan melibatkan proses untuk menetapkan paiwaian, memantau aktiviti yang sedang
dilaksanakan serta membandingkan pencapaian sebenar dengan prestasi yang ditetapkan.
Pengawalan merupakan satu proses yang berterusan dan melibatkan seluruh warga dalam
organisasi. Pengawalan organisasi merupakan proses memantau atau mengawal selia segala
aktiviti organisasi dengan sistematik dan konsisten untuk memastikan matlamat organisasi
tercapai (Daft, R.L 2018). Pengawalan secara segera dan menyeluruh dapat membantu pengurus
untuk mengesan kesilapan-kesilapan dalam organisasi seperti rungutan pelanggan, kerosakan
produk dan sebagainya. Sekiranya didapati bahawa sesuatu pelaksanaan atau pencapaian sesuatu
rancangan telah menyimpang daripada rancangan asal atau standard, tindakan pembetulan perlu
diambil segera. Pelan pembetulan tersebut dapat membaiki kesilapan yang telah berlaku serta
dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan yang bakal berlaku. Hal ini secara tidak langsung akan
meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi (Daft, R.L 2018).

5.1 Kekuatan Pengawalan KPJ Healthcare Berhad
           KPJ Healthcare Bhd telah menggunakan kedua-dua jenis kawalan dalam organisasi
mereka agar matlamat organisasi akan tercapai. Antara kedua-dua jenis kawalan yang digunakan
ialah kawalan dalaman dan kawalan luaran. Kawalan dalaman merujuk kepada pemantauan
daripada pihak pengurusan atasan terhadap pelaksanaan aktiviti organisasi. Manakala, kawalan
luaran ialah penyeliaan daripada pihak-pihak yang tidak mempunyai hubungan secara langsung
dengan organisasi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan sebagainya.

        

       Antara kawalan dalaman yang telah digunakan oleh KPJ Healthcare Bhd ialah audit
dalaman dan prosedur kerja. Audit dalaman merupakan kerja-kerja pengauditan yang dilakukan
oleh juruaudit dalam organisasi untuk kegunaan organisasi sendiri. Audit dalaman membolehkan
pihak pengurusan organisasi untuk menilai pengendalian akauan dalaman serta inventori yang
sedia ada. Audit dalaman juga dapat menentukan kebolehpercayaan amalan perakaunan serta
menilai mutu dan prestasi pengurusan. Bahagian Kewangan KPJ Healthcare Berhad telah
menyediakan laporan audit dalaman untuk menilai prestasi dan pencapaian organisasi dalam
tempoh yang tertentu. Laporan audit dalaman yang disediakan tersebut akan diserahkan kepada
akauntan yang bertauliah untuk tujuan pengesahan audit luaran.

           Selain itu, KPJ Healthcare Berhad juga memperkenalkan prosedur kerja yang teratur dan
jelas untuk seluruh warga organisasinya. Dasar organisasi merupakan tatacara atau garis panduan
yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk melakukan aktiviti-aktiviti organisasi dengan
lebih efektif dan berkesan. Setiap subordinat dalam organisasi perlu mematuhi prosedur kerja
supaya setiap kerja dapat dilaksanakan dengan mengikuti proses kerja yang seragam. Prosedur
kerja juga menjadi rujukan kepada subordinat semasa melaksanakan tugasan atau membuat
keputusan. KPJ Healthcare Berhad telah memperkenalkan Kod Etika Kerja KPJ untuk seluruh
warga organisasi untuk mengelakkan berlakunya sebarang dilema kerja. Kod Etika Kerja KPJ
meliputi panduan-panduan seperti Kod Etika Pemakaian, Panduan untuk mengurus konflik
antara staf dengan pesakit, gangguan seksual, Larangan untuk menerima rasuah dan sebagainya.
Dengan adanya prosedur kerja yang kukuh, maka seluruh warga KPJ Healthcare Berhad dapat
meningkatkan lagi integriti dan ketelusan dalam melaksanakan tugasan masing-masing.

          Kawalan luaran yang telah digunakan oleh KPJ Healthcare Bhd meliputi audit luaran dan
undang-undang. Audit luaran ialah kerja-kerja pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit
professional atau akauntan bertauliah yang tidak mempunyai sebarang hubungan langsung
dengan organisasi. Audit luaran bertujuan untuk memastikan organisasi mematuhi tatacara
pengawalan luaran organisasi serta meningkatkan lagi kebolehpercayaan perakaunan organisasi.
Laporan audit dalaman yang disediakan oleh juruaudit dalaman KPJ Healthcare Berhad akan
disemak dan dinilai oleh juruaudit luaran ataupun akauntan bertauliah bagi memastikan
prosedur-prosedur pengauditan BY-LAWS (on Professional Ethics, Conduct and Practice) yang
ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara ditepati dan dipatuhi. Akauntan bertauliah menyemak
dan menilai pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit dalaman bagi memastikan
kebolehpercayaan kerja-kerja pengauditan. Audit luaran juga memberi gambaran yang jelas
kepada pihak ketiga seperti pelabur dan pembiaya tentang prestasi organisasi. Laporan audit
dalaman yang telah disahkan akan diterbitkan dalam bntuk Laporan Tahunan untuk kegunaan
pihak ketiga.

         Di samping itu, KPJ Healthcare Berhad juga mematuhi dan bertegang teguh kepada
undang-undang yang sedia ada. Undang-undang merujuk kepada peraturan-peraturan yang telah
digubal oleh badan perundangan sesebuah negara yang termaktub dalam perlembangan sesebuah
negara atau sesebuah akta. KPJ Heathcare Berhad telah menjadikan Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang telah diperkenankan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia sebagai sumber rujukan untuk melaksanakan pengurusan harian di hostipal
dan pusat kesihatan. KPJ Heathcare Berhad juga mengimplementasikan Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010 supaya segala maklumat tentang pesakit adalah terlindung dan sulit serta akan
disebarkan keluar tanpa persetujuan pesakit.


5.2 Kelemahan Pengawalan KPJ Healthcare Berhad
          Secara umumnya, KPJ Healthcare Bhd juga mempunyai beberapa kelemahan dari segi
pengawalan walaupun pendekatan pengwalan yang sistematik dan kukuh telah direalisasikan.
Antaranya ialah Perundangan dan kod etika yang sedia ada tidak berupaya untuk menyelesaikan
pertenglikahan antara organisasi dengan keluarga pesakit walaupun akta-akta tersebut dipatuhi
sepenuhnya. Hal ini demikian kerana masih wujud bahagian yang tidak dinyatakan secara jelas
dalam undang-undang atau kod etika yang sedia. Penyelesaian atau intervensi yang dikemukakan
oleh KPJ Healthcare Bhd untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau pertenglikahan mungkin
dianggap tidak adil terhadap salah satu pihak kerana tidak ada panduan yang jelas.

            Selain itu, KPJ Helathcare Bhd juga tidak mempunyai panduan yang lengkap tentang
pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat. Tanggungjawab Sosial Korporat merupakan satu
kewajipan atau tanggungjawab pihak pengurusan organisasi dalam membuat keputusan serta
mengambil tindakan yang sepatutnya demi menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat serta
organisasi. KPJ Healthcare Bhd merupakan satu organisasi yang menyediakan perkhidmatan
penjagaan kesihatan. Sehubungan dengan itu, KPJ Healthcare Bhd tidak mempunyai kepakaran
dalam menganani isu-isu sosial. Jadi, KPJ Healthcare Bhd mungkin akan menghadapi kritikan
daripada masyarakat sekiranya Tanggungjawab Sosial Korporat tidak direalisasikan dengan baik
dan sudah pastilah reputasi dan nama baik organisasi akan tercemar dan terjejas.


5.0 KONKLUSI

KPJ Healthcare Berhad telah menjadi salah satu perkhidmatan kesihatan yang terkemuka di
Malaysia kerana pengorganisasian syarikatnya serta sifat kepimpinan yang dimiliki oleh
pengurusnya.
Faktor utama kejayaan serta pencapaian KPJ Healthcare Berhad sepanjang ia beroperasi adalah
kerana pengurusnya yang berdedikasi serta mampu mentadbir organisasi dengan baik.
Pengetahuan yang luas serta dapat memahami gelagat pengguna yang dimiliki oleh pengurus
dapat menjamin kelangsungan perkhidmatan KPJ Healthcare Berhad di Malaysia.
Kecekapan dalam membuat pengurusan pengawalan juga dapat menjadikan KPJ Healthcare
Berhad sebagai salah satu pusat kesihatan yang berjaya dan mampu mencapai keuntungan serta
prestasi yang disasarkan oleh syarikat.
KPJ Healthcare Berhad telah menjadi antara salah sebuah pusat kesihatan yang terpenting dalam
kalangan masyarakat Malaysia kerana perkhidmatan dan langganan yang diberikan sangat
berbaloi dan memberi kepuasan kepada pelanggan.



Friday, November 23, 2018

ECON HUNT MAKROEKONOMI 2018


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya menyertai econ hunt makroekonomi 2018 yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.


Peserta yang menyertai Econ Hunt ini disertai oleh pelajar yang mangambil subjek Makroekonomi bagi sesi 2018/2019. Aktiviti ini dikendalikan secara sepenuhnya oleh pelajar tahun satu dibantu oleh pensyarah-pensyarah bagi setiap set.

Siswa dan siswi dari setiap set akan dipecahkan kepada 30 kumpulan dan setiap kumpulan harus mempunyai 10 orang pelajar dari setiap set termasuk pelajar antarabangsa. Tujuan Econ Hunt ini adalah untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang subjek Makroekonomi dan mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dari setiap set. Aktiviti ini dilakukan di kawasan UKM untuk mendapatkan soalan (clue) di setiap check point.



Terdapat sebanyak 20 checkpoint di sekitar kawasan UKM harus dijelajahi oleh peserta Econ Hunt. Peraturan game atau aktiviti ini amat mudah kerana pelajar perlu mengambil gambar soalan (clue) dengan menggunkan aplikasi HP Reveal dan mengambil swafoto tempat (checkpoint). Pada akhir game, pelajar bersama ahli kumpulan perlu mengambil gambar bagi menandakan bahawa mereka selesai menyelesaikan tugasan yang diberikan dan menjawab soalan yang diperolehi daripada setiap checkpoint melalui Google Doc. Maka secara keseluruhannya, setiap kumpulan harus mengumpulkan sebanyak 41 buah gambar dan menghantar kepada AJK Econ Hunt.



Pelajar dapat mengumpul pengalaman, meningkatkan ilmu pengetahuan dan menambahkan kenalan baru melalui aktiviti yang dijalankan ini. Sebagai contoh, melalui aktiviti berkumpulan bersama pelajar-pelajar dari set lain, kami dapat berkenalan dengan pelajar international student dan ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana setiap pensyarah, AJK dan peserta telah bekerjasama untuk menjayakan program ini.

Sunday, November 18, 2018

MINGGU KEUSAHAWANAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan antara aktiviti yang diadakan di Kolej Aminuddin Baki.

Hari ni saya nak ceritakan aktiviti yang dilakukan di Kolej Aminuddin Baki baru-baru ini. Setiap tahun kolej ini akan mengadakan Mingguan Keusahawanan KAB. Makna kata setiap biro yang terdapat di kolej tersebut wajib untuk membuat jualan seperti jualan minuman, makanan berat atau ringan, perkhidmatam dan sebagainya. Minggu Keusahawanan ini diadakan pada 12 November sehingga 15 November 2018 bermula pada jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.




Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang Minggu Keusahawanan ini diadakan antaranya pameran keusahawanan, gerai jualan, money drop, fun fair game, catur bestari dan persembahan dikir barat pada malam majlis penutupan. Pada majlis penutupan, menyampaian hadiah kepada pemenang yang memenangi game turut dilakukan dan banyak hadiah yang menarik serta lumayan telah dimenangi.


Baiklah itu sahaja untuk entry kali ini,,byeee



Saturday, November 17, 2018

Time to share: Power Point (Making Slide)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Apa agaknya yang saya mahu kongsikan kepada anda untuk entry kali ini ya?

Hmm Baiklah, topik yang saya nak kongsikan kepada anda hari ini adalah tentang Microsoft Power Point. Saya akan kongsikan kepada anda serba sedikit tentang power point, kelebihan, penggunaan dan cara membuat slide presentation yang mudah dan ringkas.

Sebenarnya saya belum belajar lagi mengenai power point dalam Aplikasi Komputer. Tetapi disebabkan saya selalu menggunakan power point (student tak lari dengan presentation, dunia kerja pon guna power point okay!). Maka gemar untuk saya kongsikan serba sedikit kepada anda.


Apa itu Microsoft Power Point ?

Merupakan sebuah program yang digunakan untuk mereka bentuk sesuatu persembahan.
digunakan untuk menghasilkan persembahan yang mengadungi grafik, audio, video dan animasi
Maklumat dan data dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan cepat serta mudah difahami
Terdapat juga istilah penting yang digunakan dalam Microsoft Power Point seperti persembahan (presentation), slaid (slide), edaran (handouts) dan outline


Ciri-ciri presentation yang baik dalam menggunakan power point

1) Menggunakan ayat yang ringkas
2) Mempersembahkan huraian yang tepat, padat dan mantap
3) Tidak menggunakan banyak perkataan
4) Mudah difahami
5) Menggunakan gambar, carta, jadual dan grafik

Cara-cara memulakan Power Point

 


1. Reka Power Point (Pemilihan tema/layout)
2. Buka fail baru
3. New Slide
4. Duplicate Slide
5. Delete Slide
6. Format teks

Untuk penerangan yang lebih mudah boleh tengok di sini





Kelebihan Power Point



1. Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas
2. Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, warna, 
3. latar, corak serta aturan perisian
4. Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan
5. Boleh mereka animasi slaid
6. Dilengkapi banyak tools

Sampai disi sahaja entry kali ini, semoga bertemu di entry yang akan datang. Bye, Assalammualaikum.

SHARING KNOWLEDGE MAKES US STRONGER




LAWATAN KE SYURGA





REFLEKSI LAWATAN ILMIAH KE SK RAJA MUDA
Pada 15 November 2018 bersamaan dengan hari khamis yang lalu, saya dan rakan-rakan telah membuat satu lawatan ilmiah ke Sekolah Rendah Raja Muda yang terletak di Shah Alam, Selangor. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Citra Kesukarelawanan Khidmat Bakti Universiti Kebangsaan Malaysia tentang sistem pengurusan dan pendidikan murid-murid bekeperluan khas di sekolah tersebut. Selain itu, tujuan lawatan ini diadakan juga adalah untuk memberi pengalaman kepada para pelajar melihat sendiri bagaimana ciri-ciri yang ditonjolkan oleh murid bekeperluan khas seperti autisme, disleksia dan sindrom down. 
            Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk melawat SK Raja Muda, Shah Alam, Selangor. Jutaan terima kasih buat Dr Wardah kerana telah merancang lawatan yang bagi saya sangat berinformasi ini. Sebelum ini, saya belum pernah melawat program yang diintegrasikan dalam sesebuah sekolah jenis kebangsaan. Jadi, ini merupakan pengalaman yang baru bagi saya, dan saya merasakan program ini merupakan satu program yang perlu diperluaskan dan patut diberi perhatian oleh pihak kerajaan.
            Semasa lawatan ini, saya memperoleh banyak peluang. Antara peluang tersebut ialah saya berasa bertuah kerana dapat melihat sendiri cara kanak-kanak yang istimewa di sekolah tersebut belajar dan bermain bersama rakan-rakan. Melihat kanak-kanak syurga ini membuatkan hati saya sangat tersentuh, sebak dan terharu. Pada masa yang sama, dengan melihat mereka membuatkan saya berasa lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah telah kurniakan kepada diri saya. Melihat kanak-kanak ini juga bukan hanya memberikan impak yang besar kepada diri saya, malahan membuka mata saya tentang pengorbanan guru-guru yang mengajar kanak-kanak ini. Guru-guru tersebut dilihat sangat mesra, sabar dan sangat komited untuk mengajar kanak-kanak tersebut. Mereka bijak dalam mengendalikan kanak-kanak bekeperluan khas supaya kanak-kanak ini mempunyai minat untuk belajar dan mempunyai kemahiran insaniah.  
            Antara kekuatan yang saya dapat semasa mengikuti lawatan ini ialah, saya dapat mempelajari dengan jelas tentang ciri-ciri khusus yang terdapat pada setiap kanak-kanak bekeperluan khas. Antaranya ialah autisme. Saya teringat akan seorang murid autisme di sekolah itu. Murid autisme itu sangat cerdas dan pintar. Dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan sangat aktif di dalam kelas. Dia kreatif membina robot dan kapal menggunakan permainan Lego serta dapat membuat pengiraan operasi tambah dan tolak dengan sangat baik. Apabila saya merujuk kepada guru murid tersebut, beliau mengatakan dia mempunyai ‘mild autisme’. Murid tersebut ialah seorang murid yang pintar dan aktif. Namun, dia mempunyai sedikit masalah tingkah laku. Murid itu mudah untuk mengamuk apabila sesuatu yang diinginkan tidak tercapai. Dia juga seorang yang mementingkan kesempurnaan. Dia akan menyusun buku-bukunya dengan teratur dan memastikan mejanya sentiasa bersih dan berada dalam keadaan yang baik.
            Selain itu, kekuatan daripada lawatan ini adalah saya dapat belajar sendiri dengan tenaga pelajar di situ iaitu bagaimana guru di SK Raja Muda mengurus dan mengendalikan kanak-kanak bekeperluan khas ini. Sistem stesen yang digunakan semasa proses pengajaran sangat sistematik dan berkesan untuk memastikan kanak-kanak tersebut seronok dan mempunyai minat untuk belajar. Keadaan kelas yang ceria dan bewarna-warni juga dapat memberi semangat kepada murid untuk belajar.
            Seterusnya adalah kedudukan kelas kanak-kanak bekeperluan khas di SK Raja Muda. Kedudukan kelas bagi kanak-kanak program pendidikan khas terletak di aras bawah blok dan di aras atas blok tersebut merupakan kelas murid-murid tipikal. Saya berpendapat kedudukan blok sekolah ini mempunyai kelebihan dan kelemahan. Antara kelebihan kedudukan blok yang bercampur dengan murid tipikal ialah kanak-kanak istimewa ini dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka dengan bercampur dan bergaul dengan murid-murid tipikal. Mereka juga dapat melatih kemahiran insaniah dan kemahiran berkomunikasi.
Kelemahan daripada kedudukan kelas yang bercampur dengan murid tipikal ini adalah kanak-kanak istimewa ini  mungkin akan diejek oleh murid-murid nakal. Perkara ini akan merendahkan keyakinan kanak-kanak bekeperluan khas untuk bergaul dengan murid tipikal. Mereka akan berasa disisihkan dan dibezakan daripada murid yang lain.
Di samping itu, antara kelemahan lain ialah keadaan fizikal sekolah tersebut yang tidak mempunyai padang akan meningkatkan risiko murid-murid istimewa ini untuk tercedera. Mereka hanya bermain dan melakukan aktiviti di hadapan kelas, yang lantainya keras dan berbatu. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlulah menyediakan blok yang spesifik kepada murid-murid bekeperluan khas ini supaya aktiviti dan proses pengajaran mereka tidak terhad.
 Akhir sekali, saya berasa amat bertuah kerana dapat menyertai lawatan ilmiah ini. Kanak-kanak bekeperluan khas ini merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempuyai hak dan peluang yang sama dengan murid tipikal untuk mendapatkan pelajaran. Mereka tidak seharusnya disisihkan daripada masyarakat dan keluarga.

Friday, November 16, 2018

Time to share: MICROSOFT ACCESS DATABASE

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Untuk entry kali ini saya akan kongsikan ilmu yang telah saya pelajari dalam kursus Aplikasi Komputer di UKM.


Mesti ada di antara anda yang tak pernah tahu pun tentang kewujudan Access Database ni. Oleh itu, ilmu yang sedikit ini saya nak kongsikan bersama anda agar dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Apakah Database ?


Database adalah adalah yang disimpan secara sistematik dalam program komputer atau laptop. Data boleh dibuat atau diperoleh dengan menggunakan aplikasi atau software. Database ini amat penting untuk menyimpan maklumat atau info-info yang penting. Data anda dapat dipersembahkan dalam empat bentuk iaitu jadual (table), queries, borang (form), dan laporan (report). Akan tetapi untuk membuat queries, borang dan laporan anda harus menyediakan jadual (table) terlebih dahulu kerana maklumat daripada queries, borang dan laporan itu hanya boleh didapati melalui maklumat dari jadual.

Dan apa yang paling saya suka tentang Access ialah 'relationship'. Relationship disini bermaksud kita boleh menarik sebarang maklumat dari pelbagai jenis data yang berlainan dengan syarat data-data tersebut mempunyai key yang sama.



Di sini saya kongsikan link untuk membuat Microsoft Access Database 👇


https://www.slideshare.net/NorolizahHassan/lengkap-microsoft-access-langkah-demi-langkah


Semoga bermanfaat. Assalammualaikum

"SHARE YOUR KNOWLEDGE   IT IS A WAY TO ACHIVE IMMORTALITY"

Friday, November 2, 2018

Time to share: HTML



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini merupakan perkongsian ilmu yang saya dapat daripada kursus Aplikasi Komputer, hari ini kita akan belajar mengenai

HTML

What is HTML?
•HTML is the standard markup language for creating Web pages.
•HTML stands for Hyper Text Markup Language
•HTML describes the structure of Web pages using markup
•HTML elements are the building blocks of HTML pages
•HTML elements are represented by tags
•HTML tags label pieces of content such as "heading", "paragraph", "table", and so on
•Browsers do not display the HTML tags, but use them to render the content of the page

LETS PRACTICE USING HTML
•Write HTML Using Notepad or TextEdit
•Web pages can be created and modified by using professional HTML editors.
•However, for learning HTML we recommend a simple text editor like Notepad (PC) or TextEdit
(Mac).
•We believe using a simple text editor is a good way to learn HTML.
•Follow the four steps below to create your first web page with Notepad or TextEdit.

Step 1: Open Notepad (PC)
     •Windows 8 or later:
     •Open the Start Screen (the window symbol at the bottom left on your screen). Type Notepad.
     •Windows 7 or earlier:
     •Open Start > Programs > Accessories > Notepad

Step 2: Write Some HTML
Write or copy some HTML into Notepad.



<!DOCTYPE html>
<html>
<body><h1>My First Heading</h1>

<p>My first paragraph.</p>

</body>
</html>





Step 3: Save the HTML Page
         •Save the file on your computer. Select File > Save as in the Notepad menu.
      Name the file 
"index.htm" and set the encoding to UTF-8 (which is the preferred encoding            for HTML files).


Step 4: View the HTML Page in Your Browser
Open the saved HTML file in your favorite browser (double click on the file, or right-click - and
choose "Open with"). The result will look much like this:


Haaa mudah sahaja kan? Mula2 dulu pon saya rasa susah, tapi lepas banyak buat practice ianya jadi mudah sahaja.

HTML Tutorial  (This tutorial teaches you everything about HTML.)

Okay sampai sini sahaja entry kali ini, jumpa di entry yang lain pula. Assalammualaikum

ENHANCING YOUR SKILLS    SHARING YOUR KNOWLEDGE

Buletin : PENUNTUT UKM

  PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...