Sunday, October 28, 2018

Debat NC : DEWAN INI AKAN MENJENAYAHKAN PERKAHWINAN BAWAH UMUR



Image result for PERKAHWINAN


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC.


1.      MERISIKOKAN KESIHATAN
-          Perkahwinan bawah usia membawa kepada hubungan seksual awal yang secara tidaj lansung akan mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada risiko kehamilan dan bersalin. Pusat Antarabangsa Penyelidikan dan Wanita melaporkan bahawa kanak-kanak perempuan di bawah 15 tahun adalah lima kali lebih cenderung untuk meninggal semasa kehamilan dan bersalin daripada wanita dalam usia mereka 20-an. Perempuan berumur di bawah 18 tahun juga mengalami komplikasi yang lebih tinggi dalam kehamilan dan bersalin berbanding wanita berumur 20-24 tahun. Hal ini berlaku kerana pada usia muda ini mereka belum mencapai kematangan fizikal dan organ pembiakan mereka masih belum berkembang sepenuhnya.
-          Fakta : 45% gadis di Mali dan 42% di Uganda melahirkan anak pada usia muda.  Gadis seawal usia 10 dan 14 tahun adalah lima kali ganda terdedah dengan risiko kematian.
-          Hal ini kerana, pada usia ini mereka mempunyai pelvis yang kecil dan masih belum sedia untuk melahirkan anak. Mereka terdedah dengan fistula obstetric sebanyak 88%. ( Fistula obstetric merupakan komplikasi ketika melahirkan anak yang mana pembukaan antara vagina dan rectum yang tidak normal)

2.      MERISIKOKAN NYAWA BAYI DALAM KANDUNGAN
-          Kajian yang dijalankan oleh Nawal M Nour seorang pakar obstetrik dan ginekologi mendapati bahawa kadar kematian bayi adalah 60% lebih tinggi apabila ibu yang mengandung berusia di bawah 18 tahun. Kehamilan awal dalam perkahwinan kanak-kanak juga selalunya akan membawa kepada masalah keguguran, kematian pada ketika lahir dan pengguguran. Walaupun kandungan dan bayi itu selamat, bayi tersebut akan mengalami masalah kekurangan berat badan, kurang zat dan nutrisi dan membantutkan perkembangan fizikal dan kognitif
-          Data yang dikumpul juga membuktikan bahawa selepas tahun pertama masih hidup, kanak-kanak mempunyai kadar mortaliti (jangka hayat) sebanyak 28%. Hal ini kerana, kekurangan zat dan nutrisi, ketidakmatangan emosi dan fizikal dan risiko menghidap penyakit berjangkit.

3.      RISIKO TINGGI UNTUK MENDAPAT STDs DAN KANSER SERVIKS
-          Gadis yang berkahwin pada usia muda lebih cenderung untuk dijangkiti STDs terutamanya penyakit HIV dan virus papilloma (HPV). Kajian yang dilakukan oleh Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan bahawa gadis-gadis muda terdedah dengan risiko yang lebih tinggi mendapat STDs yang disebabkan perkahwinan awal.
-          Sesetengah keluarga berpandangan bahawa dengan mengahwinkan anak-anak mereka di bawah umur akan melindungi mereka daripada penyakit HIV /AIDS. Namun kajian yang dijalankan oleh Dr. Nawal M Nour membuktikan bahawa perkahwinan awal usia ini merupakan faktor kepada jangkitan penyakit ini.
-          Fakta : Di Uganda, kadar jangkitan HIV yang dihadapi oleh gadis yang berkahwin dalam linkungan umur 15 adalah 89% dan 19 tahun adalah 66%. Jangkitan ini berlaku kerana pasangan mereka yang menjangkiti mereka semasa mengadakan hubungan seks.
-          Di samping itu, ketidakupayaan fizikal juga meningkatkan risiko jangkitan HIV dan juga menyebabkan penyakit lain seperti herpes, simplex virus type 2, gonorrhoea dan ch;amydia.
-          Oleh itu, penyelidikan telah membuktikan bahawa perkahwinan bawah umur dapat meningkatkan risiko penularan virus, STDs, HIV dan kanser serviks.

4.      GANGGUAN PSIKOLOGI DAN PSIKIATRI
-          Gadis-gadis yang berkahwin bawah umur ini akan kehilangan zaman kanak-kanak mereka kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk bermain, berkawan, membina kemahiran bersosial atau memperoleh pendidikan yang sepatutnya mereka dapat. Perkara ini seterusnya akan menganggu emosi dan perkembangan psikologi, mereka berasa terasing, dipulau dan tertekan berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Nour dalam artikel beliau, Child Marriage : A Silent Health and Human Rights Issue

1.      PENDIDIKAN
-          Apabila golongan di bawah umur ini berkahwin, mereka akan cenderung untuk berhenti sekolah tidak kiralah sebelum perkahwinan atau selepas perkahwinan. Hal ini kerana, tugas yang digalas sebagai seorang isteri atau ibu akan melakukan kerja-kerja suri rumah dan menjaga keluarga.
-          Mereka yang berkahwin bawah umur ini susah untuk memberikan komitmen sebagai seorang pelajar kerana bebanan yang perlu ditanggung sebagai isteri dan ibu. Terdapat sesetengah negara mengharamkan kanak-kanak yang hamil atau ibu muda ini untuk melanjutkan pelajaran mereka.

ISU BERKAITAN PERKAHWINAN BAWAH UMUR
-          Kerajaan jawab isu budak 11 tahun kahwin lelaki 41 tahun
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/30/kerajaan-jawab-isu-kahwin-bawah-umur/#E4pxpxz4h8vMegbk.99. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes perkahwinan bawah umur melibatkan budak perempuan berumur 11 tahun bersama lelaki 41 tahun di Kelantan. Jika seorang budak berumur bawah 16 tahun dinikahkan tanpa kebenaran bertulis daripada Hakim Mahkamah Syariah, ia merupakan tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan. Namun, dalam kes ini perkahwinan antara dua individu ini melalui proses permohonan oleh pasangan dan anggota keluarga tanpa unsur paksaan dan dibuat secara sukarela ( atas dasar suka sama suka).

-  Ulama, NGO bincang isu perkahwinan bawah umur. Beberapa pihak berkepentingan termasuk ulama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar perundangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu perkahwinan bawah umur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Muhajid Yusof menyatakan perbincangan diadakan sekali pada setiap bulan sebagai usaha pihak berkepentingan untuk membuat keputusan dalam meminda akta sedia ada bagi menyekat perkahwinan bawah umur. Mereka mencadangkan pada masa hadapan syarat-syarat ini ditiadakan atau diharamkan perkahwinan bawah umur yang ditetapkan oleh undang-undang dan boleh dianggap sebagai satu jenayah jika tidak mematuhi had umur.    

Debat NC : REVOLUSI INDUSTRI 4.0 MERAMPAS KERJA MANUSIA

Image result for REVOLUSI 4.0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC.


KONSEP
-          Bermula kuasa air, stim dan mekanikal, kemudian eletrik dan pengeluaran massa, seterusnya pengkomputeran, automasi dan elektrik adalah 3 revolusi industry yang telah dilalui sejak tahun 60-an hingga 2010. Kini kita telah melangkah ke era Revolusi Industri yang dikenali sebagai Fourth Industrial Revolution.
-          Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini lebih diketahui dengan kemunculan supercomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetic dan perkembangan neoroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.
-          Revolusi Industri 4.0 ini merangkumi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi system, penggunaan robotic dan cloud yang bakal memberi impak kepada guna tenaga manusia.
-          Dalam debat pada hari ini revolusi industry yang kami bawa adalah bagaimana revolusi ini boleh merampas kerja manusia. Kami tunjukkan kepada anda dalam dua aspek iaitu dalam dua sector terbesar iaitu sector perkilangan dan perkhidmatan.


KERJA MANUSIA
-          Pekerjaan yang menggunakan tenaga fizikal dan mental manusia dalam proses pengeluaran
-          Kerja merupakan sesuatu yang dikeluarkan oleh seseorang sebagai profesi, sengaja dilakukan untuk mendapatkan penghasilan. Kerja juga dimaksudkan sebagai pengeluaran tenaga untuk kegiatan yang diperlukan oleh seseorang untuk mencapai matlamat tertentu.
-          Adam Smith dan Karl Max mendefinisikan manusia sebagai agen ekonomi semata. Para kapitalis pula melihat manusia sebagai agen ekonomi yang tingkahlakunya berpaksikan kepada mengaut keuntungan individu.


MERAMPAS
-          Definisi merampas adalah mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksa atau merebut kepunyaan orang lain.
-          Merampas juga membawa maksud mengambil alih sesuatu kekuasaan dengan dengan tanpa rela

Industri 4.0 adalah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada proses pembangunan dalam industri pengeluaran dan automasi ke tahap lebih pintar dari yang sedia ada dengan teknologi yang lebih sesuai dan fleksibel. Ini bermakna mesin akan beroperasi secara bebas, atau bekerjasama dengan manusia. Mesin akan beroperasi secara autonomi iaitu menjadi entiti bebas yang akan mengumpul data dan menganalisa.

Kebaikan berbanding manusia
-Lebih produktif
-Lebih cepat
-Lebih jimat ( kos pengeluaran lebih rendah dan kuantiti pengeluaran adalah tinggi)

*Bukti

“Pengasas dan pengerusi eksekutif WEF (World Economic Forum), Klaus Schwab, menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0, merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisa data dan automasi robot.” (1)


9 revolusi 4.0 yg akan dperlukan yg akan menggugat manusia :
Robotik Autonomi (Autonomous Robot)
Penggunaan robot dalam pembuatan bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan teknologi terkini kemajuan dalam penciptaan robot akan menjadi lebih autonomi, fleksibel dan berkeupayaan untuk menangani tugas rumit mahupun operasi seharian. Mereka boleh dipantau dan dikendalikan dari jauh dan diprogramkan untuk wujud bersama dan beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia.
Simulasi (Digital Twin)
Sistem simulasi akan lebih dibangunkan untuk bersifat ‘real-time’ samada dalam penggunaan mesin , penciptaan objek maya manusia ataupun produk. Sekaligus akan mengoptimumkan kendalian program dibawah pengawasan, mengurangkan potensi masalah yang bakal berlaku dan menjimatkan masa serta tenaga kerja.
Teknologi awan (Cloud computing)
Banyak syarikat telah pun melaksanakan teknologi ini dan akan terus ditambah baik potensi dalam penyimpanan data di Industri 4.0 kerana kebanyakannya seperti Digital Twin, Internet of Things  memerlukan perkongsian data di seluruh mesin , tapak dan sempadan syarikat. Dengan peningkatan teknologi awan, lebih banyak mesin dan data pengeluaran akan dikerahkan ke awan, yang akan menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan memastikan keberadaan data bila bila masa sahaja.
Integrasi Sistem
Walaupun sistem IT hari ini jauh daripada terintegrasi sepenuhnya, dengan Industri 4.0, syarikat, jabatan, fungsi, pembekal dan pelanggan akan menjadi lebih kohesif dan bersambung. Dengan integrasi sistem mendatar dan menegak, maklumat dan pengetahuan akan dapat berjalan lancar melalui keseluruhan rangkaian bekalan dan meningkatkan kerjasama antara industri R & D , pihak pengeluaran, pelanggan dan pembekal. Ini bermaksud, segala yang berkaitan akan bersambung untuk memudahkan urusan pihak tertentu dan mencapai objektif kelancaran sistem pengeluaran.
Industri Teknologi Peranti Pintar (Internet of things)
Ia boleh dihuraikan sebagai rangkaian peranti yang mempunyai kecerdasan tersendiri, yang membolehkan komunikasi antara mesin atau peranti. Ia menggabungkan pembelajaran mesin, teknologi big data, data sensor, mesin untuk komunikasi  dan teknologi automasi. Berbanding  manusia, mesin pintar yang terhubung dapat mengumpul dan memproses set data yang besar dengan lebih tepat dan konsisten.
Sekuriti Siber
Dengan peningkatan teknologi rangkaian, risiko ancaman siber dan serangan siber juga akan meningkat. Oleh itu, adalah penting setiap syarikat untuk memberi tumpuan kepada keselamatan siber dan mengetahui bagaimana mereka boleh melindungi data mereka dan meminimumkan risiko yang berkaitan.
Pembuatan Additif (Percetakan 3D)
Pembuatan bahan tambahan Industri 4.0 seperti percetakan 3D akan digunakan untuk menghasilkan produk berbingkai yang lebih kecil  mengikut kesesuaian dengan berat  yang ringan atau reka bentuk kompleks, prototaip dan banyak lagi.
Realiti Maya (Augmented Reality)
Industri ini akan memainkan peranan penting dalam industri 4.0, kerana ia dapat membantu menyediakan maklumat visual yang tepat dalam masa yang tepat kepada orang yang tepat dan di tempat yang tepat.Penyelesaian ini  boleh digunakan dengan peranti handhold seperti telefon pintar dan tablet, atau bersepadu dalam produk seperti cermin mata atau lain-lain. Teknologi ini akan memberikan lebih banyak kelenturan, kesesuaian, peningkatan dan daya saing faktor manusia dan penambahbaikan yang berterusan. Ini juga akan membawa kepada pengurangan kecacatan dalam gerak kerja yang sesuai untuk industri perkhidmatan dan penyelenggaraan, dan mengurangkan potensi ‘error’ dalam melatih teknologi ini kepada pekerja baru.
Analisis data besar (Big data)
Data besar telah menjadi kata kunci popular, yang mungkin anda jumpai selama beberapa tahun ini. Syarikat-syarikat telah mula mengumpul dan menganalisis set data besar dengan niat untuk mengoptimumkan kualiti pengeluaran, penjimatan tenaga, mengurangkan kos pengeluaran dan lain-lain. Dengan peningkatan bilangan sensor bersepadu ke arah memudahkan pengilangan mesin dan produk, ia akan dapat meningkatkan kuantiti juga kualiti data. Dengan analisis data yang besar, ia akan dapat mengekstrak maklumat berharga daripada set data yang besar dan mencapai perkhidmatan yang lebih baik, meningkatkan kualiti produk dalam masa yang lebih singkat serta mengurangkan kos.
Industri 4.0 adalah satu revolusi baharu yang akan memberikan lebih banyak kemudahan kepada kehidupan manusia sekaligus meningkat produktiviti ekonomi, hospitaliti, perkhidmatan dan sektor lain.

*Cabaran – melebarkan jurang pendapatan penduduk
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) turut menyatakan, Industri 4.0 dijangka akan melebarkan lagi jurang pendapatan antara penduduk. Masyarakat kelas menengah rendah diramalkan paling terjejas akibat kehilangan pekerjaan, susulan penggunaan robot yang akan menggantikan tenaga buruh manusia.
Hal ini kerana kelas ini tidak memiliki pengetahuan tersirat (tacit knowledge) untuk ditawarkan. Masyarakat kelas rendah pula masih mampu bertahan melalui perhatian istimewa dari pihak kerajaan dan industri. Menurut pandangannya lagi, Malaysia masih belum bersedia untuk menghadapi revolusi mendatang ini, merujuk kepada jumlah ahli akademik yang masih terkebelakang berbanding negara lain.
Beliau turut menekankan, kesan
buruk revolusi ini terhadap kesaksamaan taburan pendapatan dan kemerosotan nilai akhlak serta adab yang akan timbul dari unsur kapitalisme yang akan menguasai dunia.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, Professor Klaus Schwab, melalui bukunya bertajuk The Fourth Industrial Revolution menjelaskan bahawa RP 4.0 adalah berbentuk siber-fizikal. Dalam sistem ini, kegunaan robot terus meningkat selaras perkembangan kecerdasan buatan (artificial intelligence - AI) dan kesepaduan Internet Pelbagai Benda (IPB; Internet of Things - IOT)‎ yang merangkai pelbagai peranti, perisian, peralatan dan sebagainya.

Ini mencetuskan Era Kecerdasan Berkait (Connected Intelligence Era), satu titik masa yang meramalkan pertembungan antara alam manusia dengan dunia robot dalam lonjakan industri abad ke-21.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan bekas Naib Canselor USM (2000-2011), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, apa yang kurang pasti daripada RP 4.0 ini "adalah kemungkinan satu ekosistem lain pula yang terbina. Malah berupaya mengubah bukan sahaja cara hidup, masyarakat, nilai dan norma tetapi persepsi mengenai manusia itu sendiri, yakni mencabar kesemulajadiannya.

"Ini memandangkan perbezaan aspek semulajadi manusia dan yang tiruan menjadi bertambah sukar untuk dikesan. Ini dibayangkan oleh istilah 'transhumanisme' berdasarkan teknologi transhumanist sebagai penggeraknya. Rata-rata ini menggambarkan betapa alam manusia mula dirangkumkan bersama dunia robot serta AI dan bioteknologi ekoran ciri serta sifat kemanusiaan itu sendiri sudah dapat dibongkar dan ditiru melalui olahan teknologi hari muka yang lebih mudah menyelinap ke dalam tubuh manusia itu sendiri."

Secara umumnya, RP 4.0 memerlukan teknologi gabungan disiplin yang mana berlakunya gabungan antara disiplin sains dan teknologi dengan sains sosial. Misalnya kajian mengenai robot yang berperasaan memerlukan ilmu psikologi sains sosial. Jadi gabungan disiplin ini sangat penting.

Kini timbul perdebatan dan perbincangan bagaimana hala tuju pengajian tinggi negara dalam menghadapi tsunami RP 4.0 ini. Yang jelas, Kementerian Pendidikan Tinggi sedang merangka dasar terbaik bagi menggerakkan pendidikan tinggi negara untuk berdaya saing dan menjadi hab kepada RP 4.0 di rantau Asia Tenggara sekurang-kurangnya. Yang pasti, beberapa perkara boleh dilakukan oleh kerajaan dan universiti tempatan dalam menggerakkan RP 4.0 ini.



Debat NC : PERPADUAN MALAYSIA: BUNGA KEMBANG BERBALIK KUNCUP


Image result for perpaduan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T InshaaAllah. Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat yang kami dan research team untuk persediaan usul debat NC


Bunga kembang berbalik kuncup adalah suatu peribahasa yang digunakan untuk menggambarkan seorang pengkhianat yang tidak lagi dapat dipercaya. Pengkhianat pada awalnya datang seperti seorang pahlawan yang memiliki kredibilitas di mata kita. Namun ternyata, demi kepentingannya sendiri atau egonya yang besar dia tega menyakiti orang yang mempercayainya. Penggunan bunga berbalik kuncup menggambarkan “sesuatu di balik keindahan” yang sangat buruk.

Tuntutan Suqiu melampau

MENJELANG pilihan raya umum November 1999, sebuah Gabungan Persatuan-persatuan Cina (Suqiu) telah mengemukakan 83 tuntutan di bawah 17 Perkara.Tuntutan ini disifatkan sebagai memenuhi hak kaum Cina di negara ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri dalam Perutusan Hari Kemerdekaan ke 43, menyifatkan Suqiu sama dengan komunis kerana mengamalkan sifat ekstremisme.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock mengemukakan soalan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan maksud komunis seperti yang dilabelkan beliau kepada Suqiu yang dikatakan telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Berikut jawapan penuh Perdana Menteri, kepada soalan berhubung Suqiu di Dewan Rakyat.

SOALAN asal Kerk Kim Hock (DAP-Kota Melaka) meminta Perdana Menteri menyatakan:

a) Apakah beliau maksudkan dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan ke-43 yang menyatakan jawatankuasa Suqiu tidak banyak berbeza dengan komunis dulu yang hendak menghapuskan sama sekali kedudukan istimewa orang Melayu; dan dari segi pendekatan, mereka adalah sama dengan Al-Ma'unah; dan

b) Adakah beliau sedar bahawa kata-katanya yang tidak berasas dan telah menyinggung perasaan komuniti Cina.

Jawapan:

MALAYSIA adalah sebuah negara berbilang kaum yang aman dan makmur. Semasa Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ramai yang meramalkan bahawa Malaya bukan sahaja tidak akan maju tetapi tidak akan aman kerana orang Melayu akan merebut kuasa dan akan menindas kaum-kaum lain. Ini adalah kerana 80 peratus daripada warganegara Persekutuan Tanah Melayu semasa kemerdekaan dicapai adalah orang Melayu yang termiskin dan ketinggalan dalam bidang pelajaran dan perniagaan.

Pada masa itu pendekatan yang popular di negara yang baru merdeka ialah memiliknegarakan semua perniagaan dan perusahaan dan mengagihkan kekayaan kepada warganegara. Tetapi pemimpin-pemimpin Melayu telah bermuafakat dengan pemimpin-pemimpin kaum Cina dan India yang diwakili oleh MCA dan MIC supaya rampasan harta tidak dilakukan dan sistem sosialis ditolak.



Sebaliknya lebih satu juta penduduk bukan Melayu diberi kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu setelah mereka bersetuju dan mengiktiraf orang Melayu sebagai bumiputera anak watan dengan hak istimewa. Dengan perkataan lain orang Melayu sanggup cairkan (dilute) dominasi mereka dalam politik kerana ingin mengiktiraf hak bukan Melayu dan menerima konsep negara berbilang kaum.

Pakatan atau sosial kontrak ini membolehkan semua kaum menuntut kemerdekaan bersama. Malangnya setelah merdeka tidak banyak kemajuan yang dicapai oleh orang Melayu dan bumiputera lain. Mereka memiliki hanya 1 peratus sahaja dari kekayaan dan punca kekayaan negara.

Dalam pilihan raya 1969 apabila mereka lihat bagaimana hak istimewa mereka tidak menjamin kemajuan mereka dan setelah diejek oleh parti tertentu bahawa mereka akan hilang kuasa mereka, maka rusuhan kaum berlaku.

Sekali lagi ramalan bahawa Malaysia tidak akan dapat dipulih dan akan terus dilanda huru-hara dan rusuhan kaum sepanjang masa. Tetapi kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Perikatan sekali lagi diperlihat apabila Mageran yang dikuasai oleh orang Melayu tidak dikekalkan.

Sebaliknya pemimpin Perikatan mengajak semua parti dan semua kaum berunding untuk menjalin kerjasama antara kaum yang baru. Rundingan ini akhirnya menghasilkan pendekatan baru untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan pembangunan antara kaum.

Dengan itu Dasar Ekonomi Baru dibentuk dan dilaksanakan. Walaupun 60 peratus dari warganegara Malaysia terdiri dari orang Melayu dan bumiputera lain, Dasar Ekonomi Baru hanya memperuntukkan 30 peratus dari kekayaan ekonomi negara bagi mereka.

Untuk mencapai matlamat yang sederhana ini beberapa affirmative action plan dilaksanakan.

Untuk meningkatkan ekonomi bumiputera dari 1 peratus kepada 30 peratus pertumbuhan sebanyak 3000 peratus dalam masa 20 tahun diperlukan. Bagi bukan bumiputera pertumbuhan 33 peratus dalam 20 tahun mencukupi untuk mencapai matlamat 40 peratus. Tidak hairanlah jika hari ini Melayu dan bumiputera mencapai hanya 20 peratus. Itu pun 17 peratus dimiliki oleh agensi kerajaan dan hanya tiga peratus oleh orang Melayu. Bukan bumiputera pula sudah mencapai jauh lebih tinggi dari 40 peratus yang dijadikan matlamat Dasar Ekonomi Baru.

Jika diberhentikan affirmative action maka prestasi orang Melayu dan bumiputera lain akan merosot. Mereka akan kembali menjadi kaum yang termiskin dan terasing di negara mereka sendiri. Sudah tentu ketegangan akan berlaku dalam hubungan mereka dengan kaum-kaum lain. Keamanan tidak boleh dijamin dan kemajuan juga akan tergugat.

Di Malaysia kita terima hakikat bahawa tidak akan ada mana-mana kaum yang akan dapat semua yang dianggap sebagai hak oleh mereka. Semua kaum mesti korban sedikit supaya hak orang lain tidak terhakis. Sebab itu keharmonian antara kaum dan pembangunan yang pesat dapat dicapai di Malaysia.



Suqiu telah membuat 83 tuntutan di bawah 17 tajuk. Walaupun ada beberapa yang boleh diberi pertimbangan tetapi umumnya tuntutan Suqiu ialah supaya orang Cina mendapat semua yang mereka anggap senagai hak mereka. Inilah maksud dan hasil daripada memansuhkan perbezaan antara bumiputera dengan bukan bumiputera.

Memang benar Suqiu tidak berkata demikian. Seperti juga dengan Malaysian Malaysia, yang dituntut ialah hak sama rata dan meritokrasi. Kita sudah lihat di sebuah negara berdekatan dan di negara negara lain yang telah dirampas oleh pendatang asing daripada penduduk asal, bagaimana penduduk asal yang diketepikan menjadi miskin dan daif dan tidak berperanan dalam pemerintahan apabila hak sama rata dan meritokrasi diamalkan kononnya. Sebenarnya mereka sengaja disekat dan ditindas.

Kajian ilmiah yang dibuat di negara tertentu menunjuk bagaimana kaum yang lemah dapat diketepikan sama sekali dan kekal dalam kemiskinan dan kedaifan tanpa affirmative action.

Saya tidak berhajat untuk mengulas semua yang terkandung dalam tuntutan Suqiu. Jika semua 83 tuntutan Suqiu diterima maka bukan sahaja kita perlu membelakangkan sosial kontrak, asas negara yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India tetapi Perlembagaan Malaysia juga akan diketepikan. Saya yakin jika ini dibuat negara kita tidak lagi akan aman dan tidak mungkin maju.

Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan negara. Saya tahu sebarang percubaan untuk merampas hak Melayu dan bumiputera akan menyebabkan huru-hara berlaku. Ia tidak menjadi serius dan rusuhan tidak berlaku kali ini kerana saya melarang Pemuda UMNO dan lain-lain kumpulan orang Melayu daripada memprotes secara keras. Mereka diberitahu bahawa saya akan menangani tuntutan Suqiu ini. Hasutan orang asing supaya Malaysia juga jatuh ke dalam keadaan huru-hara seperti di negara membangun yang lain, terutama negara Islam, sudah berkesan di kalangan rakyat Melayu dan Cina.

Tetapi Suqiu nampaknya ingin teruskan juga dengan tuntutan mereka. Sikap mereka tidak mengendahkan larangan untuk tidak membangkitkan isu sensitif dan tidak menghormati sosial kontrak, dasar-dasar negara dan arahan kerajaan adalah sama dengan sikap Komunis. Tindakan mereka tidak menghormati hak kaum lain sama dengan Al-Ma'unah.

Teguran saya hanyalah terhadap kumpulan Suqiu terutama pemimpin-pemimpin tertentu mereka. Tetapi dengan pintarnya mereka dan akhbar Cina tertentu menjadikan teguran saya sebagai ditujukan kepada masyarakat Cina keseluruhannya. Jika orang Cina berasa tersinggung kerana salah faham yang disengajakan oleh Suqiu dan akhbar tertentu, saya mohon maaf. Tetapi saya masih berpendapat bahawa Suqiu perlu ditegur kerana mencabar sosial kontrak dan mencuba merebut semua untuk satu kaum melalui kononnya hak sama rata dan meritokrasi telah ditolak oleh orang Melayu setengah abad dahulu


Tuntutan Hak Asasi Hindu

BARISAN Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) telah menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dengan menyenaraikan 25 cadangan untuk menangani isu yang dihadapi golongan B75 masyarakat India. Dewan Pemuda IKATAN Bangsa Malaysia menghormati hak Hindraf selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menyuarakan isu yang dihadapi masyarakat India di Malaysia.

Dewan Pemuda IKATAN Bangsa Malaysia menggesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, memperhalusi semua 25 cadangan tersebut dan menolak tuntutan yang melangkaui perlembagaan negara kerana akan merencatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Isu kemiskinan tegar di kalangan masyarakat India harus diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Namun begitu, isu berkaitan hak keadilan sosial perlu ditangani dengan bijaksana.

Dewan Pemuda IKATAN Bangsa Malaysia menolak cadangan membuka UiTM kepada bukan bumiputera kerana UiTM merupakan satu-satunya institusi yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan tinggi kepada orang Melayu dan Bumiputera secara eksklusif ke arah keadilan sosial masyarakat Malaysia melalui polisi yang dipersetujui semua pihak, Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Diharapkan kerajaan Pakatan Harapan memberi fokus kepada penyelesaian masalah ekonomi peringkat Nasional dan membasmi ketirisan serta rasuah, daripada membuka lebih banyak isu yang membabitkan keharmonian antara kaum. Perpaduan Bangsa Malaysia hanya boleh dicapai melalui pendidikan, bukan di peringkat pendidikan tinggi, tetapi harus dimulakan di peringkat tadika dan sekolah rendah.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendirian bahawa perubahan hanya dapat dilakukan jika kita sama-sama bersetuju ke arah sekolah satu aliran di mana semua anak-anak Bangsa Malaysia belajar di bawah satu bumbung dan sama-sama mempelajari bahasa Melayu, Cina dan India serta budaya masing-masing

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yangaman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan Indiayang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuahnegara yang unik di rantau ini. Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar dalamingatan setiap insan di Malaysia. 

Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhankaum padda ketika itu perlu menjadid iktbar bagi setiap generasi.Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalamsejarah perpaduan kaum di Malysia wajar direnungi agar pisang tidakberbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agarMalaysia dapat mengorak langkah menuju kea rah pembentukan negarabangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 

Justeru,langkah-langkah drastic perlu diimplementasikan dalam usahamemperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.Lungan merdeka 53 tahun yang lalu adalah hasil usaha permuafakatanantara kaum di Malaysia. Persoalannya, mengapakah phentingnya perpaduankaum kepada sesebuah negara? Perpaduan kaum amat penting untukmewujudkan sesebuah negara yang aman dan damai. Ketika negara laindiancam dengan rencaman isu keganasan, Malaysia tetap gah di mata duniasebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni. 

Hal ini adalah keranasegenap lapisan masyarakat hidup bersatu padu dan menjadi perencahkepada kemakmuran Malaysia. Keakraban dan permuafakatan dalamkalangan masyarakat majmuk telah melahirkan satu identiti negara yangdikagumi pada peringkat global. Tuntasnya kita dapat menyimpulkan bahawamasyarakat yang bersatu padu akan membina satu bangsa yang berdaulatdan maju serta mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai.

Dalam mengharungi arus pemodenan dan cabaran globalisasi, sesuatuperlu dilakukan untuk memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.Pendidikan merupakan satu wadah pentng untuk merealisasikan hasratmurni ini. Secara analoginya, system pendidikan di Malaysia telah mengalamiperubahan sejak dari zaman sebuelum merdeka hinggalah kini. PelaksanaaanDasar Bahasa Kebangsaan berteraskan Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Ordinan Pelajaran 1957,Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1983 dan beberapa penyata serta akata-akta pendidikan yang lain telah membolehkan semua kaum berkomunikasisecara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu.

 Pengenalan satusystem pendidikan bercorak kebangsaan yang merupakan wadah untukmengeratkan hubungan antara kaum. Melalui system pendidikan yang sama,pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar dan berinterksi bersama-sama dan proses ini akan menggalakkan proses perpaduan kaum. KementerianPelajaran juga telah memprkenalkan sekolah wawasan yang menempatkantiga aliran pendidikan iaitu aliran kebangsaan, Cina, dan India di satukawasan yang sama. Interaksi antara ketiga-tiga aliran pendidikan ini akanmemperkasakan hubungan antara kaum. 

Selain itu, penggunaan BahasaMelaayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsan turutmembolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sam lain.Sesungguhnya system pendidikan kebangsaan menjadi pemangkin untukmengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakaninformasi yang drastic dan radikal yang sedang melanda seantero pelosoknegara, hubungan antara kaum juga perlu disemarakkan. Amalankemasyarakatan seperti bergotong royong turut membantu mengeratkanhubungan antara kaum. Inovasi terhadap budaya tolong menolong yangmelahirkan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong danRukun Tetangga mampu menjana semangat perpaduan yang erat dalamkalangan masyarakat. usaha menyemarakkan aktiviti-aktiviti ini semulaadalah dengan menyediakan insentif-insentif tertentu yang sudah pasti akanmenambahkan wadah pemupukan perpaduan bangsa. 

Cadanganmenjalankan aktiviti gotong royong sebagai satu program nasional atausekurang-kurangnya sebagai acara dalam perayaan menyambut ulang tahunHari Kemerdekaan wajar dipertimbangkan kerana amalan ii dapatmemperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.Perkembangan budaya yang berlaku dalam negara ii sejak zamankemerdekaan jelas menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai budayasesuatu kaum oleh suatu kaum yang lain berlakku tanpa paksaan. Misalnya,bilangan wanita bukan Melayu yang memakai pakaian tradisional Melayuseperti baju kurung semasa menghadiri majlis-majlis rasmi semakinbertambah walaupun tiada sebarang peraturan yang memaksa merekaberbuat demikian. Demikian jugalah dengan bilangan rakyat bukan Melayuyang menggemari nasi lemak, sambal belacan dan sebagainya bertambahbanyak. 

Orang Melayu juga banyak yang menggemari masakan orang Cinaseperti nasi goring dan kuetiau goring. Penerapan nilai-nilai budaya berbilangkaum ini akhirnya akan menjurus kepada perpaduan kaum yang utuh dankukuh.Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa unsur-unsur mangkinyang efektif membantu memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia.Pelbagai pihak perlu bertoleransi, bermuafakat dan bekerjasama dalamusaha mencapai aspirasi keharmonian dan pemodenan negara bak katapepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Perpaduan antara kaum dapat mewujudkan suasana harmoni dalamkalangan masyarakat dan menjadi wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat glokal mahhupun global. 

Perpaduankaum merupakan aset negara yang paling bernilai demi menjamin kemajuannegara menjelang tahun 2020 dan bagi melahirkan satu bangsa Malaysiayang cemerlang, gemilang dan terbilang


Buletin : PENUNTUT UKM

  PENUNTUT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas program perwakafan buku untuk perpustakaan mini Masjid UKM – ber...